Showing posts with label [ Teacher Life ]. Show all posts
Showing posts with label [ Teacher Life ]. Show all posts

Wednesday, July 1, 2015

[ Julai ]

Bissmillahhirahmanirahim.


#Julai


Genap angka kedua,
1 Julai 2013 - 1 Julai 2015
Impress Hotel - Kuching - Miri - Limbang,
Angka kedua? Mimpi indah atau ngeri aku dah lali,
Jatuh bangun tetap jugak perlu gagah berdiri sendiri,
Entah barangkali hingga malas peduli apa yang terjadi.
 

Namun, tetap juga aku bersyukur yang terbentang mata,
Tuhan itu terlalu baik untuk diri aku, terlalu bagi aku,
Selalu punya cara buat aku mengingatinya,
Sebab aku manusia yang selalu lupa.
Selamat Ulang Tahun Kedua,
Cikgu Diana.



[ Terima kasih kekasih untuk kasih yang tak terkasih buat dirku, Maha Pengasih. ]





P/s :: Terdetik juga, entah berapa lama lagi aku akan berada di arena ini, kerna sampai masa aku akan tinggalkan. Doakan baik-baik saja untuk perjalanan ini. Insyaallah. Biiznillah.

Monday, May 26, 2014

[ Dari dalam ]

Assalamualaikum..



Walau jatuh berkali-kali, 
Adakah masih Tuhan sisipkan kekuatan lagi?
Aku mendOngak langit,  
Melontar segala kesuh kesah di dada,
Antara celahan awan aku mencari sesuatu,
Mengumpul sedikit kekuatan, untuk hari hadapan.


Tak ada kurasa, yang siap untuk disakiti,
Namun ketika rasa sakit itu datang, 
Sendiri tetap harus mampu pertahankan diri.
Karena jika bukan diri sendiri, siapa lagi?
Dan hanya padamu Tuhan aku mengemis,
Beriku mencari kekuatan,
Kekuatan dari dalam,
Sebagai bekalan.




[ Yakini perempuan ini dia lebih tegar dari apa yang dia fikirkan. 
Yakni dia agar hatinya tak patah di persimpangan jalan]




P/s :: Move On Diana dan akur sahaja. Biar aku tak terlihat dengan zahir mata tetapi bisa dimaknakan hadirnya pada hati. Dan aku sedar aku perempuan biasa yang tak pernah sempurna. #26Mei2014.

Wednesday, December 11, 2013

[ First POsting : SekOlahku Duniaku ]

Assalamualaikum...




Ceritera First pOsting. First pOsting sebagai seOrang pendidik. Alhamdulillah, [ 1 Julai 2013 ] cerita bermula.  Sudah hampir enam bulan bekerja namun sekarang baru diwujudkan entry berkaitan sekOlah dimana tempat mencurah bakti dan tempat mencari rezeki. Ku akui terlalu lama masa yang diambil dan diperlukan untuk fasa penyesuaian diri. Segalanya baru buat diriku, hinggakan aku terkesima dgn apa yang terjadi. Berlaku secara sekelip mata dgn perubahan yang sgt ketara. 



Secara jujurnya Negeri Sarawak bukan pilihanku, namun takdir telah menletakkan ku untuk bertugas di Negeri Sarawak. *HOw a big surprise fOr me. Pengsan! MelOpong mulutku dihujung talian saat diberitahu my classmate "Diana, awak dapat Sarawak!" Terkebil2 mata saat tu. Betul ke nie? Sarawak? *Sepi plus bunyi cengkerik. Saat tu kalO pengsan pOm mmg sesuai sgt la, terus masuk wad sbb dekat HOspital Bukit Mertajam utk buat medical checkup masa tu. Huh! Terflashback la plak. Ouke, skunk nk tayang cket gamba sekOlah dimana tempat saban hari aku berada. Sebuah sekOlah yang terletak di hujung Negeri Sarawak.






[ A jOurney Of a thOusand mile begins with a smile. ]
 

 

 [ The jOurney Of the thOusand miles begins with a single step ]



 [ I cOnsider this wOrld like tO be a schOol and our lives to be the classrooms. ]



 [ Life is a jOurney and i will enjOy the jOurney ]





 [ In any field, find the strangest thing and then explOre it ]




 [ SchOol is a building which has fOurs wall with tOmorrow inside. ]




[ YOu are the creatOr Of yOur Own destiny ]



   [ Believing yOur self is the first step to success ]



So, mcm mnaa? Macam cantik jee, macam cOmei jee. Huhu. *Haruslah syOok sendirikan. Alhamdulillah, Allah beri peluang untuk aku merasainya sendiri. Cuma apa yang aku perlukan ialah masa. One a big hijrah fOr me.  Dari semenanjung ke tanah bOrneO, dari dekat dgn yg disayang ke lebih jauh dgn yg disayang, dari pekan ke luar bandar, dari sekOlah menengah ke sekOlah rendah, dari sekOlah batu ke sekOlah kayu, dari 3000 student ke 60 student, dari 200 Orang guru ke 13 Orang guru. Pape pOm, dgn rasa rendah hati bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan. Dapat juga bantu keluarga. Insyaallah setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Perancangan Allah adalah yang terbaik. *Pegang itu Diana.




Ouke, tarikh nafas dalam2. Disember bakal bertemu ke penghujungnya. Hanya mampu menghitung hari untuk kembali berpijak di Tanah Borneo. *Hatiku mula sepi. Kenapa masa itu terlalu cepat berlalu. Lebih kurang  seminggu sahaja lagi untuk bersama mereka yang aku kasihi, yang aku sayangi di semenanjung. Bila sampai masanya kita bakal berpisah lagi dan yang pasti aku akan pergi menjauh. *Suasana sayu menyelubungi hati. Bunyi cengkerik. Ouke, COme On Diana. Be a strOng gurl. Akan ku gagahkan jua mencari kOnklusi untuk kuatkan hati ini. Insyaallah.



" Terasa rindu untuk jadi Diana yang dulu. Pliss Hati be nice tO me. "



P/s :: SemOga Allah sentiasa tabahkan hati ini. Sepenuh jiwa dan ragaku telah kuserahkan pada ketentuanMu. Ikhlaskanlah hatiku ini. Insyaallah. (-_-)

Saturday, June 1, 2013

[ Officially Graduated !! ]

Assalamualaikum.


[ Save the date  : 28 May 2013 ]
[ Putrajaya InternatiOnal COnventiOn Centre ]

 

[ YOu never knOw how strOng yOu are, until being strOng is the Only chOice yOu have.]



[ Laugh yOur heart Out. Dance in the rain. Cherish the mOment. IgnOre the pain. Live. Laugh.  LOve. FOrgive and FOrget. Life is tOo shOrt tO be living with regrets ]




P/s :: Set my heart stOng. Set it sO strOng. Insyaallah. MOve On Diana.

Saturday, May 25, 2013

[ Menghitung Hari Berjubah ]

Assalamualikum.


Hyee! Ouke, ekceli saya sekarang nie sedang menghitung hari menantikan hari jubah yang sebenar. Itu pasal mOod untuk hari jubah sudah diaktifkan dengan galak sekali. Ye laa, hanya dua perkara yang ada dalam fikiran, pertama serOnok sebab penantian belajar selama 5 1/2 akan menemui titik nOktah dengan menggenggam segulung ijazah. Alhamdulillah. *Imagine 5 1/2 tahun lama kOwt! Cuma agak terkilan sebab pOinter tidak hebat untuk berada pada Ijazah Kelas Pertama. *Menyesal 5 minit. Ouke, yang keduanya OfcOz la sebab rindu. Rindu pada rOomate, hOusemate, classmate, cOursemate, batchmate and sOulmate. *Eyh, sOulmate mcm terpesOng la plak. Huhu. :p


Tapi dalam banyak2 yang paling penting sekali, mestilah hOusemate n classmate. DiOrg yang paling rapat. Asyik mengadap kOrg jee sepanjang 5 1/2 tahun tuh. Tahun nie jee rasa janggal sebab dah xtengOk kOrg. Huhu. Bile dah xde nie baru nak rindu tapi bile dekat mula nk bergaduh. Hehe. Serius rindu. Dekat 6 bulan tidak berjumpa dan meninggalkan aktiviti yang sering dilakukan secara bersama-sama. Ouke, skunk nie giler sekejap, bOleyh plak pergi layan gambar2 lama maka sebab itu bOleh ade entry nie. So, apa lagi lets pictures dO the talk!




[ My Sayang-sayang ]






[ Classmate! Bergaya Opah ganyang kau. ]










[ Bergabung untuk Jabatan yang sama ]





Sikit2 sudah laa. Ekceli nk buat entry pasal gambar2 nie last year, tp disebabkan busy dengan kajian tindakan, jadi blOg mmg di anak tirikan. Pape pOn selamat menghitung hari berjubah kawan2 IPG seluruh Malaysia. Selamat berkOnvO buat  guru pelatih PISMP JAN 2009 sama ada yang sudah berinterim serta penganggur. SemOga setelah selesai urusan berkOnvO, satu langkah ke hadapan bakal menghampiri kita untuk mendengar perkhabaran yang lebih baik.  Insyaallah.



P/s :: Happy GraduatiOn Cik Diana. ;)

Thursday, May 16, 2013

[ Happy Teacher's Day ]

Assalamualaikum.


Kerana mereka guru dan pendidik yang terbaik buat diriku.








" Terima kasih kerana menjadi ibu dan ayah yang terbaik di sepanjang perjalanan hidup nie. Terima kasih atas teguran, nasihat, ketegasan, tunjuk ajar dan segala-galanya. Terima kasih atas setiap usaha dan keringat dalam mendidik aku menjadi insan yang berguna. Mereka tidak pernah kenal erti jemu dari dulu hingga kini. Dan itulah yg menjadi bekalan buat diriku dari kecil hingga kini untuk menjadi seOrang "Diana" seperti hari nie. Terima kasih juga kerana menjadi pendidik yang paling sabar dalam melayan karenah seseOrang yg bernama "Diana". Mungkin aku bukan anak yang baik. *Akui. Tp aku akan sentiasa cuba menjadi anak yang terbaik. Insyaallah. Happy Teacher's Day Mummy and Daddy. "



P/s :: Sepi. I miss that tyme, Selamat Hari Guru Diana.

Wednesday, April 24, 2013

[ Duniaku ]

Assalamualaikum w.b.t.


Alhamdulillah. Akhirnya dapat jgk publish entry yg setelah sekian lama tertangguh tersadai dalam draf. Bukan apa sebelum nie sungguh xde mOod. KalO up entry sebelum nie pOn ringkas sgt dan maaf juga sebab entry sepanjang 2013 agak suram. Mungkin jugak tahun nie tahun yang penuh dgn emOsi kOwt. Ouke. Kita letak tepi sekejap sOal emOsi. Malas nk igt pasal emOsi, mOod bagai nie. Sumpah aku letih!


Jadi, utk tidak melayan mOod itu, aku cuba busykan diri. Membanting tulang empat kerat untuk mencari rezeki. Aku grab segala bagai peluang yang ada untuk penuhi setiap masa senggang sementara menunggu pOsting. Hinggakan kadang2 aku rasa lelah untuk aku bernafas tapi yang nyata aku puas walaupun hakikatnya aku sangat [ Letih ].


Aku lah [ Guru Ganti ] dan aku lah Guru Tuisyen. Inilah duniaku. Dari hari ke hari, minggu ke minggu dan kini bulan berganti bulan. Itu larh rutin harianku. SOal bayaran aku ketepikan dahulu walaupun aku layak dapat lebih dari yang sepatutnya. Namun, aku anggap ini rezeki yang telah ditetapkan OlehNya. *Wah, haruslah Optimis dan sabar.


Ouke, duniaku dari Isnin hingga Jummat akan berada di sekOlah. Sabtu kadang kala berehat dan kadang kala bekerja. Ahad pulak mengajar tuisyen. Seawal pagi bangun buat apa yang patut *Eyh. Awal la jgk rasanya. KalO mOod rajin semak buku, kertas PBS, Nilam. Tapi bila mOod gila datang berjam2 aku tersadai depan lappy tgk drama KOrea When A Man LOves. 


Tepat pukul 12.00 baru larh tergesa2 nk siap2 ke sekOlah buat itu dan ini. Kemudian jadi racer yang berhemah di jalan raya. Pukul 1 clOck in utk jadi rObOt n pukul 7 clOck Out  utk jd manusia yang paling letih. Sebelum balik pulak harus dan wajib tersadai dalam kesesakkan manusia yang berada di atas jalan raya. Mudah bicara keadaan siang kini sudah berganti malam. Sampai rumah buat apa yang patut kemudian tidur atau pun kadang kala tertidur. EsOknya ku ulangi lagi perkara yang sama. 
 






























Ouke, jadi ini lah bukti tahap kesibukkan aku sepanjang lima hari bekerja dari Isnin hingga Jumaat. Mula2 aku rasa janggal dan kekOk. Ini kah realiti dunia seOrg guru? Start clOck in aku terus bekerja dan bekerja. Serius sgt berbeza dengan time [ Praktikum ]. Kemudian aku tanya pada diri aku sendiri. Kenapa Orang lain bOleh buat? Jadi aku juga mesti bOleyh buat jugak! 9 class fOrm 1 berada dalam jajahan aku. Tapi dalam banyak2 hari, hari Rabu yang paling lawak. Serius aku rasa aku rObOt. Lepas kelas ini kelas itu then masa senggang hanya untuk sembahyang zOhOr and asar. 7 class berbeza bayangkan. Kadang2 naik lemau n sakit tekak. Tapi aku suka sbb aku berjaya busykan diriku.








Dari hari ke hari kini minggu berganti minggu. Habis hari Isnin hingga Jumaat. Sabtu ahad juga aku bekerja. Yeah. Mmg patut aku sibuk sbb aku tak mahu melayan perasaan. Pape pOwn, Alhamdulillah. Aku mula jatuh cinta dengan kerja aku. Aku mula jatuh cinta dengan Jit Sin. Aku mula jatuh cinta dengan Kaliber. Aku mula jatuh cinta dengan kesibukkan diri aku yang tahap melampau sekarang ini. Mungkin lepas nie aku layak dapat anugerah wOrkahOlic. Ouke, setelah sekian lama tidak mengOmel di blOg. Sekali banyaknya n berjuta2 lemOn huruf yang ada. Tapi adakalanya, aku terdiam sendiri dan persoalkan pada diri. Adakah hidup aku ini hanya untuk bekerja? *Mula kembali melayan perasaan. Out. Kbai!


P/s :: SOmetimes yOu just have tO smile, pretend everything's Ouke, hOld back the tears and just walk away.

Sunday, February 3, 2013

[ Perasmian Sambutan Tahun Baru Cina ]

Assalamualaikum.


Ouke, disebabkan sy kini berada di [ sekOlah jenis kebangsaan (c) ] maka haruslah adanya sambutan ini. SO, ini adalah pengalaman pertama merasai sambutan seumpama ini dengan lebih dekat. Serius teruja, rasa beruntung sangat sebab dapat peluang macam nie. Tetiba juga mula timbul semangat 1 Malaysia dalam jiwa. *Huh! Nilai patriOtik disitu. Ouke, kalO ikutkan seminggu lagi utk sambut Tahun Baru Cina, sO ini dikira sebagai perasmian utk menghangatkan suasana. Kawasan sekOlah pOwn dah meriah n kaya dengan warna merah. Semasa perasmian nie berlangsung, byk jgk persembahan pelajar. Terhibur la jgk waktu tu. Kreatif remaja zaman sekarang. *Remaja tu termasuk sy. :p




 [ Pentadbir Sekolah yg terdiri drp Pengetua, Penolong Kanan n Guru Kanan ]

Yusheng, yee sang atau yuu sahng (Cina Ringkas: 鱼生; pinyin: yúshēng) ialah sejenis salad ikan mentah gaya Chaozhou. Yee sang biasanya terdiri daripada potongan daging ikan mentah (khususnya salmon), yang bercampur dengan cebisan sayur-sayuran dan beraneka sos dan perasa, dan ramuan-ramuan lain. secara harifah, "yusheng" diterjemah menjadi "ikan mentah", namun boleh dianggap melambangkan kemewahan, kemakmuran dan kesuburan.




 [ Comei jee singa nie menari ]

Tarian Singa (bahasa Cina: 舞獅; pinyin: wǔshī) adalah sebahagian daripada tarian tradisional dalam adat warisan masyarakat Cina, yang mana penari akan meniru pergerakan singa dengan menggunakan kostum singa. Kostum singa itu dimainkan oleh dua penari iaitu seorang memainkan di bahagian hadapan dengan menggerakan kepala kostum, manakala pasangan penari akan memainkan bahagian belakang kostum singa tersebut. Kedua-dua penari itu akan bergerak seakan-akan singa di atas pentas yang disediakan. Tarian singa ini akan diiringi oleh gong, dram, dan dentuman mercun yang dikatakan akan membawa tuah.


Ouke, kasi uplOad gamba cket2 sudah. Janji hidup juga blOg nie dari terus dipinggirkan. Rasa mcm baru lg jee masuk bln satu. Last mOnth pOwn sempat buat satu jee entry. Ouke larh. Yang pentingnya sedar tak sedar dah masuk tiga minggu berkhidmat disini. SemOga Allah mempermudahkan setiap yang sukar bagi diriku dan orang lain dapat menerimaku seadanya. Student plak jgn la membuli dari segi mental. 
Mornight.


P/s : Alhamdulillah.

Sunday, January 27, 2013

[ Guru Ganti - KGSK ]

Assalamualaikum.


Ouke, first entry untuk 2013. Terlalu lama menyepi rasanya. Banyak kisah untuk dikongsi tapi terlalu banyak yang menghalang. Lebih baik berdiam diri. Ape pOn, buat masa sekarang nie hanya memberi fOkus terhadap peluang yang ada iaitu menjadi Guru Ganti - Kumpulan Guru Simpanan Kebangsaan (KGSK) di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Jit Sin, Bukit Mertajam. Guru ganty pOn kira Ouke larh sementara menunggu pOsting yang masih belum ade khabar berita. Penempatan secara interim yang dikhabarkan secara berperingkat juga masih menjadi tanda tanya. Apa pOn dikesempatan nie rasanya masih belum terlewat  untuk mengucapkan tahniah kepada sahabat2 yang telah berjaya diberi penempatan secara interim ke SJKC dan SJKT. Cuma yang masih belOm tersenarai, termasuk diri sendiri, sila yakin dan percaya bahawa "Perancangan Allah adalah yang terbaik untuk setiap hamba-Nya". InshaaAllah.




[ Hadiah Untuk Diri Sendiri - Ulangtahun Kelahiranku ]




[ Sebaik-baik rancangan mengajar, perancangan Allah adalah yang terbaik ]












Alhamdulillah, sudah masuk 2 minggu berada dekat sini. Banyak pengalaman baru yang dapat. Yang paling penting teruja sangat sebab dapat mengajar sekOlah menengah. Pada mulanya agak kekOk sebab tak biasa dengan student yang dah besar2. Waktu [ Praktikum ] pOm mengajar sekOlah rendah. Mmg dah terbiasa melayan perangai budak sekOlah rendah yang cOmei plus manja, sO bila masuk sekOlah menengah jd  blurr sekejap. Nk dilayan seperti sekOlah rendah, dah besar, nanty mula la pijak kepala plak. Jadi nk xnak banyak juga yang belajar dari cikgu2 dekat situ. Tanya itu, tanya ini. Alhamdulillah banyak jgk ilmu yg dapat, dr cara nk bagi denda, kawal murid, latihan etc.



Ekceli, pernah jugak rasa menyesal sbb masuk sek menengah tapi pujuk jee diri sendiri supaya jadi berani, bila lagi nak amek pengalaman masuk sekOlah menengah. Tapi secara jujurnya, masa mula2 ada jgk rasa menyesal sebab takut tak bOleh gO on tambah2 bila ada yang bagi kata2 negatif. Almaklum larh sekOlah  kluster kecemerlangan n majOriti student chinese. Jadi, masalah utama mungkin agak sukar dari segi komunikasi. Tapi sekarang nie, perasaan tu dah hilang dah. Dah mula wujud perasaan suka terutama dengan budaya pembelajaran dekat situ. Pape pOwn, thanks n sy sangat menghargai Orang2 yang bagi kata2 semangat utk sy. Sedikit sebanyak yakin la juga mampu berada di situ terutamanya kata2 dr Pengetua yang blh buat tahap cOnfident dgn diri sendiri up la cket. Thanks Mr. Tan. Ouke, ape pOwn, sangat2 bersyukur dengan apa yang berlaku secara kebetulan dan dalam sekelip mata dengan bantuan serta izin dariNya. Rezeki dariNya. Alhamdulillah. 




P/s ::Rindu nk dengar student bagi salam n baca dOa sebelum mulakan pembelajaran. :)

Tuesday, December 4, 2012

[ Officially GraduatiOn ]

Assalamualaikum.



[ Ceritera suatu masa dulu : 2007 ]


Waktu itu, usiaku masih lagi belasan tahun ditambah pula dengan perasaan yang bercampur baur dalam diri yang sukar untuk dimengertikan, ku cuba melapangkan dada dan yakini bahawa ini adalah yang terbaik dalam hidupku. Ku bersyukur kehadratnya, ku cuba melihat diriku 6 tahun akan datang. Siapa diriku? Dan InshaaAllah, dengan izinNya bakal terjadi. Ku mula mengatur langkah demi langkah untuk demi bergelar Guru Pelatih. WalaupOn pengambilan diriku sebagai seOrang student secOnd intake, namun kupanjatkan rasa syukur ke hadratNya kerana rezeki buatku tertulis untuk aku ditempatkan disini. Allah s.w.t memakbulkan hasrat kedua ibu bapaku yang inginkan aku untuk menjadi guru. Alhamdulillah.


Namun, berat juga rasa hati kerana ini pertama kalinya aku akan berpisah dan berjauhan dengan ahli keluarga. Waktu itu terasa jauhnya bumi Penang dengan bumi Kelantan. Mungkin juga faktOr anak bOngsu yang mempengaruhi diriku. Banyak perkara dan benda baru  yang perlu aku pelajari dan sesuaikan. Tempat, kenalan, suasana, kehidupan asrama dan alam belajar. Ape pOwn, dari sini aku mula belajar untuk berdikari. Mencabar diri sendiri apabila melihat kawan-kawan yang juga mampu untuk berada di sini. Aku mula percaya dengan kekuatan diri sendiri. Aku juga mampu! Namun, sejujurnya ku akui bahawa rakan-rakan yang menjadi kekuatan untuk terus mengharungi hidup setiap hari di sini. Hinggalah tersemai bibit-bibit kasih sayang selama 5 1/2 bergelar guru pelatih.Kita seperti satu keluarga. Ini kisah kita, ini [ Kisah Kasih Kita ].




[ 5 1/2 years spending tyme at here  ]


[ PrOud tO be teacher ]



[ They shOuld prOud tO me, mybe. :p ]













[ My family n my everything ]











[ Ceritera masa kini : 2012 ]


Waktu ini sudah genap sebulan menamatkan pengajian. Bermakna sudah 5 1/2 tahun berlalu dan sudah 5 1/2 tahun perjalanan sebagai seOrang guru pelatih telah berjaya ku tempuhi. Cepatnya masa berlalu. Terasa bagai semalam baru bersama ahli keluarga yang mana mereka menghantar diriku untuk mendaftar. Namun realitinya kini mereka kembali ke sini untuk mengambilku dan menjemputku pulang setelah menamatkan pengajian. Alhamdulillah dan syukur. Hanya itu yang mampu aku ungkapkan. Bukan mudah untuk mengharungi perjalanan sepanjang 5 1/2 tahun ini. SemOga diriku tidak pernah alpa dengan setiap apa yang dikurniakan buatku.  SemOga setiap apa yang aku pelajari akan berguna buat diriku dan juga dapat memberi manfaat buat Orang lain. SemOga aku akan terus melangkah dengan lebih berani bersama bekalan yang ditimba sepanjang 5 1/2 tahun.


Kini, kenangan bersama sepanjang 5 1/2 tahun yang terlakar di bumi Kelantan tidak mudah untuk dilupakan. Segalanya menjadi yang terindah dalam hayat ini. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. WalaupOn pahit untuk ditelan namun ini hakikat dalam kehidupan. Sekali lagi aku diuji, berpisah dengan mereka yang aku sayangi sepanjang berada di sini. Namun, ungkapan si dia sentiasa aku ingati " Selalunya Orang yang kita sayang akan pergi meninggalkan kita ". Aku terpaksa mengakuinya dan ini  mengajar aku menerima kenyataan sebenar. Nilai persahabatan ini terlalu berharga. Aku hanya mampu bermOhon semOga Allah s.w.t memanjangkan nilai persahabatan ini. Kalian adalah anugerah terindah dalam 5 1/2 tahun ini especially my hOusemate. :)








P/s :: Doakan semOga diberi kelancaran semasa interview SPP.  SemOga cepat juga dipOstingkan.  Amin. InshaaAllah.

Wednesday, May 16, 2012

[ Selamat Hari Guru ]

Assalamualikum.



Selamat Hari Guru buat semua warga pendidik!




Sumber :: Cik Gugel


PrOud tO be One Of them ::

Jika hari ini seOrang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seOrang Raja  menaiki takhta
Jika hari ini seOrang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seOrang Ulama yang mulia
Jika hari ini seOrang Peguam menang bicara
Jika hari ini seOrang penulis terkemuka
Jika hari ini seOrang siapa sahaja menjadi dewasa
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis baca.


Ucapan ::

Ouke, pertama terima kasih buat ibu dan bapa saya yg xjemu2 menjadi guru dlm mendidik dan membesarkan saya sehingga sekarang. Seterusnya, selamat hari guru buat semua guru2 yang pernah mengajar dan mendidik saya bermula dari Tadika Kemas, PrasekOlah, SekOlah Kebangsaan Mengkuang, SekOlah Kafa, SekOlah Menengah Kebangsaan Mengkuang, SekOlah Menengah Kebangsaan Penanti,  Pensyarah di Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu. Ouke, ade lagi yang paling special buat semua bakal-bakal guru di seluruh IPG. SemOga kita akan menjadi penyambung warisan dalam mendidik anak bangsa. *Perghh! Semangat terlebih sudah. Ngee. Eyh! Satu lagi sebelum tertinggal tak lupa jugak cikgu di SekOlah Memandu Sri Mutiara yg mendidik sy untuk menjadi racer terkemuka di atas jalan raya, Hehe. :p




p/s :: thanks buat yg wish tepat pukul 12. :)

Sunday, May 13, 2012

[ Let Pictures Do The Talk ]

Assalamualaikum.


Ouke, kalau ikutkan  entry nie mmg dah lama tertingal kapal terbang, kereta api n segala bagai transpOrt yg ada. Dah lama berlalu baru nk up entry. Owh! Lagi satu nk cakap siap2  yg entry nie sarat dengan gambar2 semasa menjalani Praktikum Fasa 3. SO, dOnt waste the tyme. Let pictures do the talk.


[ Team Bola Baling ]

WalaupOwn sekadar menjuarai peringkat kumpulan tetapi diOrg dh lakukan yg terbaik. Mungkin rezeki tidak menyebelahi. Sekadar berpuas hati mendapat tempat ketiga pada perlawanan peringkat zOn Wakaf Bharu. Banyak suka duka dengan diOrg tyme petang2 melatih main bOla baling. Padahal xde larh pandai sangat pOwn nk main. :p






































[ PrOjek Vandalisme ]

Alhamdulillah, siap jugak akhirnya. Hasil percubaan membuat mural buat pertama kalinya. Siyes sangat berpuas hati. WalaupOwn tOne warna ada yg xsama tp aci main redah jee larh. Tension jgk sbb setiap kali bancuh cOlOur xsama. Huhu. Selain tuh, gara-gara buat mural jgk muka burn dek kena bahang matahari. Bertambah gelap la plak jadinya. Dah banyak jgk yg menegurnya. Jd mmg betul larh. huhu  :O







































[ CAKNA ]

Ouke, diOrg larh anak murid kesayangan sbb diOrang larh yang akan membantu untuk buat thesis. WalaupOwn selalu kena marah dgn sy yg garang nie harap bersabar jee larh. Eyh! Mcm terbalik. Saya yg sepatutnya kena bersabar. Huhu. Pape pOwn diOrg larh bahan ujikaji.  PrOpOsal pOwn dah siap hantar, tunggu sem depan untuk laksanakan. SemOga berjalan lancar hendaknya.























[ Jamuan Perpisahan ]

Wah! Biar betul ade jamuan? Ngee. Makan free! Suka2. Ish, masa mula2 mmg terkejut baca nOtis tuh. terharu pOwn ada. Susah2 jee pihak sekOlah nk buat jamuan utk kitOrg. Apa larh sangat jasa kitOrg untuk pihak sekOlah. Mula larh nk rasa tersa diriku begitu berharga. Hehe. SO, syukur n alhamdulillah sbb sekOlah nie lebih dari segala bagai berbanding sekOlah yang sebelum nie.














Oppst! Byk plak gambar kan? Ouke, ekceli saya lebih suka uplOad gamba dekat blOg berbanding di facebOok etc. Tepek gambar2 dekat blOg rasa lebih dekat dihati, lebih selesa n lebih mesra. Thats why larh "MelOdy frOm my sOul". KalO yg xnk tgk dengan hormatnya sila tekan buttOn X di penjuru atas sebelah kanan yee.  Btw thanks fOr reading my entry. Bubbye! :)



p/s :: nk exam nie esOk lusa. bila nk sedar diri ntah??

Wednesday, May 9, 2012

[ Pantai SenOk ]

Salam.


Yurp! Lagi misi jalan-jalan di Pantai. Kalau entry yg lepas ke [ Pantai Sri Tujuh ] di Tumpat, kali nie ke Pantai SenOk di BachOk plak. Ngee. Sungguh kaya dengan pantai negeri Pantai Timur nie. Rasanya lima tahun belajar dekat Kelantan blh buat diri mula mengenali n suka dengan pantai. KalO sblm nie terfikir juga kenapa Orang suke pantai tapi sekarang dh tahu jawapan yg terlalu subjektif tuh. Bukan apa kadang2 bile baca nOvel Or tgk cerita bila sampai satu tahap mesti akan ada yang pergi pantai. Selalu juga terfikir betapa istimewanya pantai nie. *Pengaruh TV dan NOvel. Ouke, nk uplOad cket pic yang xberapa nk menjadi nie. Psssst! KalO rasa xnak tgk sile tekan butang X di ruangan atas sebelah kanan yee. :)




[ Grrrrr! Tudung xjadik. Angin pantai kan. Hurm. ]



[ Ouke, serabut! ]








[ Warna-warni Hidupku ]

 

 
 [ Mesyuarat tetingkap. :O ]


















[ DiOrang yg spOrting! ]



Pssst! Nk kasi taw satu rahsia. Ekceli hari yg pic nie diambil kitOrg ada sekOlah ganty, tapi kitOrg satu rumah berpakat xnak pegi. Buat diam n xinfOrm mana2 guru lain pOwn. Ngee. Nampak sangat nakalkan kitOrg? Nk cakap jahat tuh mcm tak manis sbb xsampai tahap tuh lagi kOwt. Huhu. Dah larh ade class ngan [ Budak-budak ] nie. EsOknya diOrg tnye kenapa cikgu masuk kelas diOrg. Ngeee. Dengan muka xbersalah nya cakap larh cikgu xdtg sebab. *Tettttttt. Rahsia larh tuh. Hehe. Biasa larh bila dah nk  [ Last Day Praktikum ] baru bOleyh tunjuk Onar. :p



p/s :: tak sedap hati. semOga apa yang dilakukan betul. :(

Friday, May 4, 2012

[ Terpahat Rindu Di Hati ]

Assalamualaikum.


Alhamdulillah. Sudah seminggu selesai menjalani [ Praktikum Fasa 3 ]. Segala pahit manis yang dilalui akan sentiasa terpahat dalam memOri ingatan. Menjadi panduan buat diri sendiri untuk belajar menjadi lebih baik dari sebelumnya dan masa akan datang. 3 bulan bukan satu tempOh masa yang singkat. Pernah juga terlintas rasa dOwn dan tak layak untuk bergelar cikgu. Feel lOike very empty and i have nO knOwledge hOw tO teaching. Mmg tersangat [ TensiOn ]. TensiOn dan stress.


Apa pOwn yang berlaku selalu jugak igtkan diri supaya "sentiasa melatih diri bOleyh bekerja walau pOwn tgh keadaan tensiOn dan stress". Terpaksa memaksa diri. Tapi kalO dah sampai tahap petala ke lapan tu, mmg xde larh nk buat mcm nie. Fleksible semula. Sbb bile dh tahap ting tOng mmg mcm2 larh yg akan jadi. LOike kes nie [ Dugaan Awal April ]. Ouke, walau apa pOwn yg berlaku bila bersama mereka akan membuatkan diri lupa segala masalah yang ada. Ngee. Layan jee gelagat diOrg yg baik dan jurus belaka. Dgn muka innOcentyg buat2 cOmeyl. Maka kite pOwn jOin sekaki larh. :p




 






 [ Tahun 3 Cemerlang - 2012 ]




[ Tanduk dah mula naik ]



 [ Peace yOo ]





 [ Dari sinar  mata ]




 [ ShOw me the lOve ]



 [ Lastly, lOve my twin. Azira and Atirah. ]



Ouke, siyes rindu sama mereka2 semua. Rindu nk dgr diOrg cakap "Assalamualikum Cikgu" setiap kali msuk kelas. Bacaan dOa sblm nk belajar. Yang paling rindu sekali sbb dh xdpt dgr diOrg puji Cikgu COmey, Cikgu cantik, *Biar kOya pOwn. janji hati berbunga2. Hahaha. Rasanya mmg ini larh praktikum yg paling bermakna. Thanks buat semua yang sentiasa membantu dan menyOkOng. :)



p/s :: i lOve u lOike a lOve sOng baby.