Pertamanya semOga diberi kekuatan untuk menulis entry kali nie. WalaupOwn hanya sekadar penulisan entry biasa namun ini larh sebahagian serpihan perasaan yang terbuku di hati yang dapat dikongsi bersama. Lima tahun setengah kita bersama, dan kini hanya tinggal 5 hari sahaja lagi. Bayangkan lima tahun setengah kita bersama-sama. Pelbagai cabaran dan dugaan yang pernah kita lalui dijalan ini, mengharungi pelbagai suka duka, pahir getir, jatuh bangun dan segala-galanya dalam merasai secebis erti kehidupan sebenar. Terasa bagai semalam segala-galanya baru bermula. Tapi hakikat yang terpaksa diterima penghujungnya telah hampir tiba.
Masa terlalu cepat berlalu dan seandainya dapat diundurkan masa itu, ingin saja ditambahbaik segala kekurangan yang pernah dilakukan. Sepanjang perjalanan yang berliku ini mungkin ada yang pernah berkecil hati atau secara tidak sedar ada hati yang turut terluka. Sesungguhnya saya hanya manusia biasa yang tak dapat lari dari melakukan kesilapan dan mungkin sesekali diri ini pernah tersasar dari landasan yang telah tetapkan. Seribu kemaafan diminta atas kekhilafan diri ini. Entah dimana silapnya mengapa terjadi sebegitu. Namun bila menilai kembali sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah s.w.t dan yang buruk itu datang dari kelemahan saya sendiri yang Allah benarkan berlaku untuk menunjukkan kita hanya manusia biasa dan tidak sama dengan Yang Maha Sempurna.
[ Buat PISMP Semester 8 ]
Sedang kita meniti hari-hari terakhir sebagai seOrang guru pelatih, seOrang daripada kita sedang berjuang untuk terus hidup akibat terlibat dalam sebuah kemalangan. Sesungguhnya berat hati kami semua dan merasa seperti satu kekurangan untuk mengakhiri hari-hari terakhir yang sepatutnya kita raikan bersama-sama. Sayu rasa hati bila melihat meja di dalam dewan peperiksaan yang sepatutnya berpenghuni tetapi kosong. Buatmu sahabat, sesungguhnya iringan dOa sentiasa kami iringi agar engkau terus kuat untuk menghadapi dugaan dan melawan kesakitan. SemOga Allah s.w.t memakbulkan dOa kami semua agar dirimu kembali pulih seperti sedia kala. Kuatkan semangat dan tabahlah duhai sahabat.
[ Buat IPG Kampus Kota Bharu ]
Di sini segala-galanya bermula. Bersama melakar warna seindah pelangi. Ceritera jiwa dan akal. Tangisan dan keringat yang pernah tertumpah disini. Melangkah bersama mengenali erti persahabatan. Menghayati erti harapan dan kasih sayang. Tiba masa untuk kita mengucapkan selamat tinggal. Kita ditemukan dan akhirnya dipisahkan. :'(
[ Sumber : Thanks Abg Long utk video sentimental value nie. *_* ]
" Terima Kasih IPG KKB. Kami bangga menjadi guru.Selamat Bertugas "
** [ Dedikasi ] ** [ A Thousand Years ] ** [ Penghargaan ] **
** [ Dedikasi ] ** [ A Thousand Years ] ** [ Penghargaan ] **
P/s :: Be strOng my heart :'(
4 cOmments (",):
it's time to leave...untuk teruskan perjuangan yg masih panjang, masih jauh...best of luck cikgu :)
gambar bersama yang cantik, penuh warna (:
moga dipermudahkan urusan posting kita :)
@padiputeh
Yes, its tyme to leave but its hurt. :'(
Besh Of luck to yOu too cikgu. :)
@ahsfantasy24
Insyaallah. semoga dipermudahkan. :)
Post a Comment