Wednesday, September 12, 2012

[ Penghargaan Istimewa Ku Berikan ]



PENGHARGAAN 

Alhamdulillah, bersyukur saya kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia-Nya, dapat saya menyiapkan Laporan Projek Ijazah Sarjana Muda Perguruan ini dengan ilham, kurnia dan petunjuk yang dianugerahkan oleh-Nya.


Seinfiniti penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Tn. Hj Salimie Bin A.B Rahman selaku penyelia bagi projek ini. Beliau telah banyak membantu, membimbing dan menjadi pemudah cara di sepanjang proses menyiapkan kajian ini. Tanpa tunjuk ajar yang jitu dan padu daripada beliau, mana mungkin saya dapat menyiapkan kajian ini dengan sempurna. 


Penghargaan khas ditujukan buat ayahanda dan bonda tercinta iaitu Tn. Hj Abu Bakar Bin Hj Mat dan Pn. Hjh Fatimah Binti Abdullah atas jasa yang tidak terhingga dalam mendidik dan mengasuh saya sejak dari kecil hingga ke hari ini agar dapat menjadi diri saya yang terbaik. Buat kekanda tercinta terima kasih yang tidak terhingga atas segala dorongan, nasihat dan kasih sayang yang dicurahkan dengan penuh keikhlasan.


Tidak dilupakan juga buat guru-guru dan para pensyarah yang mendidik sejak dari awal persekolahan sehingga sekarang yang sentiasa memberi contoh teladan terbaik. Sekalung penghargaan turut diberikan kepada rakan-rakan seperjuangan yang banyak memberi sokongan dan idea-idea yang bernas tatakala berada dalam ketandusan idea. Terima kasih atas segala pertolongan yang diberikan dan saya sangat hargai. Begitu juga penghargaan diberikan kepada murid-murid yang terlibat dalam  tugasan projek ini, kerjasama yang diberikan sangat dihargai.


Akhir sekali, semoga Allah S.W.T  memberikan ganjaran pahala yang besar kepada mereka semua yang terlibat secara langsung atau tidak kerana sanggup berkorban meluangkan masa bersama saya dalam menyiapkan projek ini. Amin. Sekian, terima kasih. Wasssalam. 



 P/s ::  Bila buat part nie utk tesis mmg rasa tOuching sgt. Meaningful :'( 

2 cOmments (",):

Admin said... [Reply]

hehe.. sidah vivakah syg?

Cik Diana said... [Reply]

@ahsfantasy24
blOm lg. huhu. titew kena 8/10 nie. awop?