Tuesday, December 30, 2014

[ Pray For Pantai Timur ]

Assalamualaikum...





Bissmillahirrahmanirahim..


Bantu.
Walau tidak hulur dengan kudrat tangan yang dua,
Boleh juga tadah dengan Doa kepadaNya.


Doa.
Kerna tidak ada yang lebih memujuk selain Allah,
Dan tidak ada yang lebih melayani selain Allah.


Redha,
Walau ada alasan untuk kecewa,
Kerna hakikatnya kita hanya seOrang hamba,
Yang pasti, ada sisipan kekuatan disebalik kesakitan.


Tabah,
Walau mudah mengalir air mata
Disebalik itu terbit kekuatan luar biasa.
Semua hanya dari Dia.




P/s : Ingatlah Aku, Aku pasti ingat padaMu (Al-Baqarah :152).Allah. :')

Thursday, December 25, 2014

[ Tentang Semalam ]

Assalamualaikum...


Bissmillahirrahmanirahim..


Malam sunyi penuh syahdu,
Berdendang lagu bait-bait pilu,
Hati meruntun menyesak dada,
Terkenang kembali saat mula.


"Cause all Of me lOve all Of yOu,
Love ur curves and all yOur edges,
All yOur perfect imperfectiOns,
Give yOur all tO me, I'll give my all tO yOu,
You're my end and my begining,
Even when i lose i'm winning,


Mata berkaca dibiar pejam,
Sebagai alasan mengalirnya air mata,
Sandaran rapuh tangis mula teresakan,
Tangis tertangguh setelah lama bertahan,
Tersedar tatkala suara menyapa "Kenapa menagis?
SOalan tergantung, dikesat air mata dan lagak biasa.


My head under water,
But im breathing fine,
You're crazy and i'm out of my mind,


Jiwa ternyata sakit dari dalam,
Tapi tidak diakukan perit yang terpendam,
Diakarkan terlalu lama luka yang meraja,
Semalam tertumpahlah semua,
Puas untuk tangis mengesakan.
Noktahkan.


Serahkan kembali rasa kepada Yang Memberi dan Memiliki,
Biar Tuhan atur segalanya, Redha untuk setiap satunya,
DOa dalam setiap sujud tadah tangan tutup muka.
MOga dipermudah segala. Insyaallah.

- Diana, 2014 -



[ Tentang Semalam, 22 - 23 Disember 2014 ]







P/s :: Menulis disini kerana aku mahu mencari kekuatan dan aku juga sedar tentang kesilapan. Maafkan untuk setiap khilafnya diri ini. Perempuan biasa yang tidak sempurna.

Tuesday, December 9, 2014

[ Last but nOt least ]

Assalamualaikum.


Disangka paling gagah menongkah api dengan kaki
Hingga jatuh terhenyakkan pun masih mahu berjalan
Degil!

Tetap dirangkul jiwa paling hitam, menuju ke gaung dalam,
Lalu terperangkap dalam segenap ruang, ruang menyesakkan.

Suara dilaung tak kedegaran, sepi dalam hingar,
Tangis mengesak tak kelihatan, mimpi dalam sedar,

Dirasuk-rasuk tanda tanya. Diragut-ragut dengan kenapa.
Ditusuk-tusuk sama ragu. Namun jawapnya hanya satu.
Tuhanku.


Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Aku lihat sendiri banyak yang terbentang mata,
Andainya tidak pandai menghargai,
Jangan pelik suatu masa akan hilang semua.
Selagi Tuhan memberi mohOn dakap seeratnya.

Insyaallah, Insyaallah. Insyaallah.

Aku belajar erti redha, belajar erti tabah.
Aku belajar erti sabar, belajar erti kepayahan.
Aku belajar erti pengOrbanan dan belajar erti kesyukuran.



" When yOu have friends, dOn't expect yOur friend to fill yOur emptiness. When you get married, dOn't expect yOur spOuse to fullfill yOur every need. When yOu're an activist, don't put yOur hope in the result. When yOu're in trOuble don't depend On yourself. Don't depend On people. Depend On Allah " -------- Yasmin MOgahed.





P/s : Jalan ini jalan perjuangan. Perjuangan yang ada tujuan. Syurga biar cita-cita dan impian. Alhamdulillah. [ #Peristiwa ]. Masih perempuan biasa yang tidak akan pernah sempurna.

Sunday, October 26, 2014

[ Salam Maal Hijrah 1436 ]

Assalamualaikum.


Hye! Alhamdulillah dengan izinNya melangkah juga kita  ke bulan Muharam iaitu bulan pertama dalam perkiraan kalender Hijrah. Sebelum tu kite nk ucapkan Selamat tahun baru dan Salam Maal Hijrah 1436. SemOga dengan kehadiran tahun baru ini kite semua akan sentiasa diberkati Olehnya. Insyaallah. Ouke, kasi thrOwback ciked, teringat plak zaman sekOlah rendah,*eyh skunk pOm di sekOlah rendah jugak. Huhu. Xde la ekceli bila awal Muharram jee, mesty kita dah familia dengan nyanyian lagu nie " Satu Muharam detik permulaan, perkiraan tahun Islam hijrah, Perpindahan Nabi dan umat Islam, dari Kota Makkah ke Kota Madinah" *eyh, nyanyi ke tuuu? Ngee. Apa pOm nak highlight kat sini wOrd #satu Muharram detik permulaan dan #hijrah.


[ #Satu Muharam detik permulaan. ]

 [ Mengapa aku berada disini, isi hatiku hanya kau yang tahu, bicaraku seOrang diri, aku redha. *** Life is a wOndeful jOurney ]



































Ouke, sempena tahun baru, detik permulaan yang baru, dengan nafas yang baru ingin aku perbaharui niat. Niatku untuk menjadi seOrang hambaMu yang lebih baik, seOrang anak yang baik, perempuan yang baik, guru yang baik dan segala-galanya yang dapat membuat diriku berhijrah dari buruk kepada baik, baik kepada lebih baik dan lebih baik kepada terbaik. Insyaallah. Semagat baru untuk kau Diana! Tiap apa yang mematah tegak. Tiap yang menOlak. Tiap yang memijak henyak. Biar dibelakang. Biar masih dengan pendirianku "Bukan jatuh yang penting tapi kebangkitan selepas itu". Aku belajar sesuatu dari apa yang berlaku. Aku bOleh. MOga Tuhan kuatkan dan tabahkan hatiku ini.



Aceceh! Lagak je lebih kau Diana! *kutuk diri sendiri.  Jatuh jee menagis. Chill la! *Habis tu kalau tak menangis nk buat apa, kena faham Org sentimental mmg mcm nie. Huhu. Menagis untuk jadi lebih kuat. Biar lelah tak terkata, kOnflik jiwa hanya aku yang rasa. Lagak tabah pada semua walhal sedang berperang berlawan dengan diri sendiri yang pastinya. Huh! Tapi dari satu sudut masih aku punya baki pOsitifnya. Ya, aku pasti! Moga dengan tulisan-tulisan ini dapat menguatkan aura pOsitif aku yang baru-baru ini telah berkecai menjadi serpih-serpih kaca yang berderai. [ First Posting ] benar-benar mengajar aku mengenal erti hidup, mengajar aku menjadi seorang yang sederhana dan yang penting aku belajar bersabar, belajar erti redha, belajar mensyukuri nikmat pemberianNya. Syukur. Terima kasih kepada yang Terkasih atas segala kasih sayangMu kepadaku. :')




P/s :: Dedicate tO sOmeOne Out there, "Selamat Tahun Baru dan Selamat memperbaharui niat. Rabbir yassir wala tuassir. Rabbi tammim bilkhair. :)

Tuesday, October 7, 2014

[ Pelik ]

Assalamualaikum w.b.t.
Bissmillahirrahmanirrahim..



Pelik.
Kau lihat aku.
Kau rasa aku pelik?
Kalau kau rasa aku biasa,
Hakikatnya aku hanya lagak biasa.


Kau nampak aku teguh berdiri.
Yang rasa sukarnya aku sendiri.
Satu kaki di wilayah fizik
Dan lagi satu di kerajaan mistik.
Mana mungkin punya titik bertemu.


Sepi sendiri, aku terrmenung,
Tak mampu menghayun langkah kaki,
Andai punya sayap ingin aku terbang pergi.
Tapi aku masih sedang berkira.
Satu suara memaksa pergi.
Dan satu lagi memujuk mari.
Aku??



[ ..... ]


Entah bagaimana mahu menulis untuk rungkaikan segala yang tersumbat di  dalam jiwa. Entah mengapa juga jiwa terasa begitu kOsong. Apakah diri ini berada pada jalan yang benar? Semacam semuanya mimpi dan aku masih tidak lagi bangun sedarkan diri. Entah terasa masih terkurung dalam satu ruang. Entah kan ruang masa, entahkan ruang udara atau entahkan juga ruang tempat. Dimana aku selayaknya? Kompleks bunyinya bukan. Pelik! Jiwa meronta-ronta mahu keluar. Tetapi aku tidak tahu dari apa dan kepada apa.


Jiwa sepertinya terasa sakit, luka yang darahnya tidak memercik keluar, hanya mengalir perit di celah-celah susuk diri. Apa sebenarnya yang aku sedang lalui? Masih lagi aku mahu persOalkan kepada Tuhan. Ya, masih sebab saat aku ligat berfikir dan akhirnya terhenti pada titik tanya kenapa? Kenapa? Kenapa? Pelik dengan semua. Pelik dengan segala. Aku tiada jawapan. Saat ini hanya mampu mencari kekuatan dari dalam dan yakini setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Ahh!Siyes aku fed up menulis saat emOsi mula kuasi diri. Sbb aku gagal mengawal segala! Noktahkan saja.



P/s :: Perempuan biasa yang tak pernah akan sempurna. Masih gagah mencari Tuhan semula setelah hilang arah tuju. Gagah mengutip kembali serpih-serpih jiwa yang berkecai. Gagah untuk tidak lagi memikirkan duka-duka sendiri. Tawakkal Alallah.  :')

Thursday, September 25, 2014

[ Hujan Matahari ]

Assalamualaikum.



Life is wOnderful jOurney,
No One knOws what will happen in the future
We have to go ahead of the moon and the stars
We have reach beyOnd the skies
The wOrld will left behind
WhO knOws what the future is


Life is a wOnderful jOurney
No One knows what the future is
Tread life jOyfully
DOn't wOrry about the rest of the wOrld
Past the day smilingly
No One knOws what the future will be


Yes, life is a beautiful jOurney
No One knows what the future will be
Death will befall us one day
The sOul will be depart one day
Why wOrry about such things
Who knOws what the future will be


Life is a wOnderful journey
No One knOws what the future will be

Cc : Hlovate

































[ Hujan dan matahari adalah perpaduan yang unik. Saling bergantungan menjadi sebab dan akibat.
Hujan dan matahari memaksa orang-orang berlindung dibalik tempat teduh. Kecuali orang-orang yang berani menghadapi dingin dan terik. Dan aku mOhon agar aku punya jiwa pemberani. ]





P/s :: Bukan jatuh yang penting tapi kebangkitan selepas itu. Broken things have nO value, except a brOken heart in frOnt of Allah. HOw valueable it is.

Thursday, September 11, 2014

[ Dianalah. ]

Assalamualaikum..



Sebab mata yang mengalir luka manakan sama mata yang memandang cuma.
Aku relakan diragut ribut biar mengering terdampar asal jangan ditinggal Tuhan.
Biar kali ini aku tegar pada akar teguh asal jangan terus terabai.






Bersenyumlah. Berhenti tanya Tuhan kenapa dan mula terima apa sahaja kurangnya kau sebagai satu anugerah. Hidup terlalu singkat untuk penuhi dengan sOalan kenapa dan kenapa. :')
 Redha. Insyaallah.



P/s ::  Selalu punyai konflik dalaman. Berperang dengan tulisan dan jiwa asal. Lelah lagi.

Monday, September 8, 2014

[ Merantaulah ]

Assalamualaikum..


Merantaulah,
Agar kau tahu bagaimana rasanya rindu dan kemana kau harus pulang.

Merantaulah,
Engkau akan tahu betapa berharganya waktu bersama keluarga.

Merantaulah,
Kau akan mengerti alasan kenapa kau harus kembali.

Merantaulah,
Akan tumbuh cinta yang tak pernah hadir sebelumnya. Pada kampung halamanmu. Pada mereka yang kau tinggalkan.

Merantaulah,
Engkau akan menghargai setiap detik waktu yang kau lalui bersama ibu, ayah, adik, kakak dan mereka yang kau kasihi ketika kau pulang ke rumah.

Merantaulah,
Engkau akan lebih faham kenapa dan mengapa Orang tuamu berat melepaskanmu pergi.

Merantaulah,
Engkau akan lebih mengerti erti sebuah perpisahan.

Merantaulah,
Semakin jauh tanah rantauan, semakin jarang pulang, semakin terasa betapa berharganya pulang.

Merantaulah,
Engkau akan tahu kenapa kau harus pulang dan engkau akan tahu siapa yang akan kau rindu.




Merantaulah dengan penuh keyakinan, nescaya akan engkau temui lima kegunaan, iaitu ilmu pengetahuan, adab, pendapatan, menghilangkan kesedihan dan mengagungkan jiwa. (Imam Syafi'i )



P/S :: Independent

Sunday, September 7, 2014

[ Brunei Darussalam : Masjid Omar Ali Saifuddien ]

Assalamualaikum.


Hi! Ouke, senyum dulu. Im in a gOod mOod. *Peace! Saat sendiri ke mana lagi suara hati ingin diluahkan melainkan disini. Lama rasanya hilang dengan entry2 traveling ke sana sini. Asyik melayan karenah jiwa jee. Tapi hari nie terasa ingin membuka kembali memOri lama. Family trip ke Negara Brunei Darulsalam. *Nie yg tetiba rindu nk balik semanjung. Alhamdulillah dengan rezeki berkerja di bOrneO dapat jugak angkut family datang melihat sendiri keindahan yang ada di negara kecil plus cOmeyl nie. Islamic city. *Haaa. Nampak tak hikmah tu Diana.




Ouke, satu tempat yang buat hati terpaut di Negara Brunei nie bila terpadang Masjid Sultan Omar Ali Saiffuddien. Wow! Tersangat indah bagi pandangan mata. *Krikk. Krikk. OfcOz larh indah rumah Allah plus antara masjid terchentek di dunia.*Imagine Baru dunia. Subahanallah. Warna putih plus kubah yang disalut emas tulen. Shining bright like a diamOnd uOlss. Biar berkali-kali pOn datang ke sini tetap perasaan teruja itu tak pernah hilang. Ouke, kasi up picture terus. Taknak cakap banyak dah. Picture do the talk.




[ MonOlog dalaman. *** Tuhanku, rasa malu dan hina untuk meminta. Apakah aku diterima? Tenangkan segala gelojak hati ini. Kutiplah aku untuk menumpang sekalipun dipinggir RahmatMu. Meski aku bukan hambamu yang terbaik. Walau aku selalu lalai yang pasti aku sentiasa mendamba. Perempuan biasa yang tak pernah sempurna :') ]





[ #ThrOwback. Kasi cOp dulu buku merah mOga2 belum tamat tempOh! ]


[ Kenyit mata cket! BOyfiend. ]




 
[ Yang tak pakai cermin mata tu jenuh tahan panaih cahaya matahari. Ngee. ]



[ Done! Brunei Darussalam. ]



P/s :: Next family trip. SingapOre here we cOme. Insyaallah. :)

Saturday, September 6, 2014

[ Selalu Ada ]

Assalamualaikum.



Tuhanku,
Terima kaseh Tuhanku atas segala cintaMu.
Cuma kerana cinta dan dari cinta untuk cinta,
Terima kaseh Tuhanku atas segala kasih sayangMu.
Sungguh tiada lagi nikmat yang terbesar melainkan ini, 
Lidahku kelu tak mampu jiwa melahirkan suara.
Syukur atas segalanya.



Tuhanku,
Terima kasih untuk setiap mehnahMu,
Mengajar aku menjadi tabah dan terus gagah,
Engkau satu-satunya yang bisa menguatkan aku,
Memandang langit hitam melepaskan setiap sesakku,
Moga hati ini terus engkau pegang, tuntunlah langkahku,
Kerana sungguh aku tak mahu lagi pulang ke masa lalu.




[ Engkau selalu ada, walau bukan depan mata ]








 [ Selagi dihidup nyawa, Engkau selalu wujud. Dekat terkadang jauh, datang tak pernah luput. Seperti kekalnya zarah dalam hati dan darah.]


P/s : Bila engkau memiliki Tuhan, kau akan memiliki segala. Dan engkau harus selalu percaya, selagi Dia ada, kau tak akan pernah kehilangan apa-apa. Peganglah pada janji-janji Tuhan, pasti Dia sentiasa dekat dengan kita. Insyaallah. Terima kaseh Tuhan.  :')

Tuesday, August 19, 2014

[ Mengenal Jiwa ]

Assalamualaikum,


Bissmillahhirrahmanirrahim,



Mengenal jiwa
Mengenal diri sendiri tidak sukar
Mengenal jiwa itu yang nyata sukar
Diri sendiri dan jiwa dua perkara berbeza
Sama seperti jasmani dan rohani
Jiwa dan raga, zahir dan batin
Itu bezanya, rasanya yang berbeza



Entah bagaimana sisi aku pada semua, layakkah aku?
Perit mana rasa yang menusuk, tetap aku selamanya hamba,
Kekal merendah jiwa, pada Tuhanku sujud menunduk,
Tadah tangan tutup muka, dOa dalam setiap sujud,
Biarkan jiwaku pulang merindu Tuhan


Aku akan terus berjalan di jalan ini, jalan rasa
Engkau pula berjalan pada jalan yang nyata
Jalan kita berbeza, manakah benarnya?
Jalan engkau atau aku, jalan nyata atau jalan rasa?
Kedua-duanya benar, kerna perlu kedua-duanya
Dengan itu, engkau aku dapat mengenal
Engkau aku yang selama ini saling terahsia.



Berjalanlah engkau pada jalanmu dan aku pada jalanku,
DOakan untuk dipertemukan agar dapat berjalan sejalan,
Namun, jangan pernah sekali pun jalan ini engkau aku dilupakan.








 [ Its yOur rOad, and yours alone, Others may walk it for you, but no one can walk it for you"

 
P/s :: Doakan aku biar menang kalahkan jahiliyyah dalam diri. Dengan rela hati niatku kerana Illahi. Rabbiryassirwalatuaasir.

Sunday, August 17, 2014

[ Syawal : ReuniOn ]

Assalamualaikum.


Ouke, entry thrOwback raya. *I knOw what yOu did last raya! Entry sarat dengan gambar bersama dengan kawan2 tyme raya baru nie. Dah lama rasanya diri nie xjOin dgn aktiviti acah-acah gathering, mini reuniOn bagai nie. Asal ade jee byk plak kekangan yang mendatang. Ye la, tyme belajar dah jauh tercampak di Pantai Timur, zaman kerja plak lg laa jauh tercampak dikepualuan borneO.*Wuuuu. Apa pOm tyme raya nie la bOleh berjumpa untuk mengeratkan silaturrahim gitu.



Ekceli, kalO tyme raya nie OfcOs la family first tp kali nie feeling free cket, sempat jee curi2 masa untuk jOin dengan diOrg. Siyes malu-malu kucing mase mula2, mcm janggal jee. *Mioewwww. Xsangka kejapnya masa berlalu n dah bOleh sambut perayan jubli perak! *Krikkk2. Masing-masing dah punya kerjaya sendiri. Tp, part yg paling best bila sembang mesty kaitkan dgn kerjaya masing2. Nak cari siapa semua apa. Me? OfcOurse la still dgn cita2 nk jd staf kepci yang xkesampaian. Pape pom skunk biar gambar berbicara. Disetiap gambar ade cerita, disetiap gambar ada lagu. Lagu mana? *Keep smiling. 



[ 1 Syawal ] 

[ Sahabat, yOu are truly a wOnderful part Of my life. ]



[ Salam Kosong-Kosong ]
 


 [ Picture skema macam nie harus ade! Hehe. Peace!]



 [ 2 Syawal ]


[ Open table, wOmen talk and chairman. Opsst! chairwOmen! ]


[ Eyh, salam lagi dan senyum sampai nampak gigi. Kan? ]


[ Skema. Pandang kamera, tengok depan dan senyum. One wOrd. PoyOs! ]



[ 4 Syawal ]

[ Kawan dan sahabat selamanya ]



[ Melepak sambil bergOsip di tepi pantai ]


Ouke, dah habis tayang gambar, serOnoknya raya sampai qhenyeh ke telinga. Huhu. Last sekali, masih dengan dOa dan pengharapan agar ikatan persahabatan yang terjalin ini akan terus berkekalan. Insyaallah. Tidak dilupakan juga iringan  dOakan buat salah seOrg rakan agar sembuh dan pulih seperti sediakala kerana diuji dengan tumOr. SemOga diberi kekuatan untuk meneruskan hari2 mendatang. Ameen. 


Entry berkaitan : [ Reunion zaman muda mudi ]


P/s :: Walk behind me, i may nOt lead. Walk in frOnt Of me, i may nOt fOllow. Just walk beside me and be my friend.

Friday, July 4, 2014

[ Ramadhan ]

Assalamualaikum.


Bissmillahirrahmanirrahim.


Ramadhan,
Hadirnya seperti seOrang kekasih,
Selalu diharap-harap kemunculannya,
Rasanya tak ingin sekalipun berpisah,
Saat jiwa mula merasa kemanisannya.


Ramadhan,
Ajari aku mengenal jiwa dari sudut paling dalam,
Ajari aku mengenal siapa sebenarnya aku di hadapan Tuhan,
Tatkala tiada lagi bisik-bisik Sang Iblis yang tegar dalam merasuk hati,
Namun, yang ada hanya jiwa sendiri serta nafsu yang tak pernah beradu,
Nah, kemana langkah yang akan membawa diriku pergi?


Ramadhan,
MohOn peganglah dan pimpinlah hatiku agar tidak terus menjauh,
Saat aku rebah tersungkur, saat aku tergelincir dari landasan
Mohon tegakkan lagkah aku kembali dan jangan pernah berhenti,
Ingatkan aku, jalan ini jalan yang penuh perjuangan dan ada tujuan.






[ Terima kasih hari-hari jatuh. Jatuh yang membangunkan. Terima kasih waktu-waktu rapuh. Rapuh yang menguatkan.]





P/s :: Diana. Trust in Allah. Everything that Occurs in yOur life is part Of God's tO wake yOu up. "Wake up". Selalu jaga iman, jaga hati walau diri tak pernah henti dicalar dOsa. Perempuan biasa tak sempurna.

Sunday, June 29, 2014

[ This I promise yOu ]

Assalamualaikum.


I will never find anOther lOver sweeter than yOu
I will never find anOther lOver mOre preciOus than yOu

And all my life I've prayed fOr sOmeOne like yOu
And I thank GOd that I finally fOund yOu

I hOpe that yOu feel the same way tOo
Yes, I pray that yOu dO lOve me tOo

YOu're all that im thinking Of
And I prOmise tO never fall in lOve with a stranger
This i prOmise yOu.






 [ I give yOu my wOrd, I give yOu my heart, FOrever has nOw begun ]



P/s :: Selamat menyambut bulan yang mulia, Bulan Ramadhan. Selamat menunaikan ibadah rukun Islam ketiga, selamat berpuasa. Selamat membuka lembaran baru. Selamat menjalankan tugas. Selamat menjaga keamanan negara. Jaga iman. Jaga hati. Jaga diri. This i prOmise yOu. LOve yOu Mr. UnknOwn dengan izin darinya. With lOve, Niadeanna.

Thursday, June 5, 2014

[ Segenap Rasa ]

Assalamualaikum..


Soal hati. Aku senyumkan. Sinis.
Betapa lebatnya hujan dalam hatiku.
Betapa kencangnya ribut dalam jiwaku.
Mesti semua pengsan berkali-kali.
Penat, letih dengan semua tu.
Cukuplah dengan itu saja.
Noktahkan segalanya.


Saat hati berkata ingin.
Namun Allah berkata tunggu.
Saat air mata menitis,
Namun Allah berkata bersenyumlah.
Saat segalanya terasa memenatkan,
Namun Allah berkata teruslah melangkah.
Aku merancang, Allah juga merancang,
Tapi perancangn Allah itu yang Terbaik.


Tidak aku mahu mencari cinta lagi.
Cukuplah dengan segenap rasa yang dirasakan.
Kerna manusia tak pernah sempurna sifatnya.
Aku, dia, engkau dan mereka juga sama sifatnya.
Yang penting ajari jiwa mensyukuri segala nikmatnya.
Biarlah kali ini cinta itu datang dengan sendiri. 
Cinta halal dari Ilahi. 



Allah mempunyai cinta dan kasih yang lebih besar untukku!
Dia telah menciptakan seseorang buat hidupku.
Ketika merasa aku mencintai seseorang,
Namun aku tahu cintaku tidak berbalas.
Allah tahu apa yang ada di depan ku ,
Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik bagiku.



Aku gantungkan segenap harapan kepadaMu Tuhan.
Engkau yang Maha Memberi. Nescaya aku tidak dizalimi.
Engkau mendengar setiap pengharapanku dalam setiap sujud. 
Engkau menunaikannya dengan cara tersendiri.
Cukup rasa cinta hadir dalam diam dari kejauhan.
Dengan kesederhanaan dan keikhlasan.
Kerana tiada yang tahu rencanaMu Tuhan.


Mungkin saja rasa ini ujian.
Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan
Serahkan rasa itu pada Yang Memberi dan Memilikinya.
Biarkan Tuhan yang mengatur semuanya.
Hingga keindahan itu datang pada waktunya.
Sesuai dan tepat pada masa.


Kumpulkan segala keringat.
Moga jodoh itu ada.
Yang dapat menerima seadaanya.
Doa dalam setiap sujud.
Tadah tangan, tutup muka.
Insyaallah.



 [ Adakala laluan kita makin payah. Sedangkan langkah kaki mula lelah dan langkah makin lemah. Namun, hanya hati yang sarat dengan keyakinan terhadap janji dan rahmat Allah sahaja yang akan kekal kuat dan tidak pernah merasa sendiri. ]




[ Tumpahkan. Limpahkan. Bebaskan pada Tuhan.  Lepaskan semua rasa punah yang tersimpan yang tergenggam yang terpendam. Lawan semua takut dan gundah yang menyesakkan.  Its tyme tO renew my life, refresh and relax. ]



**Kenapa pandang bawah? Jawapannya. Siapa aku untuk terus mendOngak kerana aku sedar aku hanya perempuan biasa yang pernah punya sisi gelap dalam hidup yang masih berusaha memperindah diri kepadaNya.



P/s : Ketika takdir itu sulit untuk difahami, apa yang perlu hanyalah yakin. Yakin dengan janji Allah. Unknown. Yang dirahsiakan oleh Tuhan. Yang kental. Yang gagah perkasa. Yang akan hadir bila sudah tiba masa. Love yOu Mr. Unknown dengan izin darinya. Moga akan hadir menemani di setiap langkah yang menyakini di jalanan ini. Insyaallah. With lurve, Niadeanna.

Monday, May 26, 2014

[ Dari dalam ]

Assalamualaikum..



Walau jatuh berkali-kali, 
Adakah masih Tuhan sisipkan kekuatan lagi?
Aku mendOngak langit,  
Melontar segala kesuh kesah di dada,
Antara celahan awan aku mencari sesuatu,
Mengumpul sedikit kekuatan, untuk hari hadapan.


Tak ada kurasa, yang siap untuk disakiti,
Namun ketika rasa sakit itu datang, 
Sendiri tetap harus mampu pertahankan diri.
Karena jika bukan diri sendiri, siapa lagi?
Dan hanya padamu Tuhan aku mengemis,
Beriku mencari kekuatan,
Kekuatan dari dalam,
Sebagai bekalan.




[ Yakini perempuan ini dia lebih tegar dari apa yang dia fikirkan. 
Yakni dia agar hatinya tak patah di persimpangan jalan]




P/s :: Move On Diana dan akur sahaja. Biar aku tak terlihat dengan zahir mata tetapi bisa dimaknakan hadirnya pada hati. Dan aku sedar aku perempuan biasa yang tak pernah sempurna. #26Mei2014.

Thursday, April 24, 2014

[ Askara ]

Assalammualaikum..


Tidak pasti seperti mana aksara-aksara ini patut disusun. Ringkasnya, Bismillahhirahmanirrahim. Dengan sepenuh cintaMu, Allah redhakanlah. Perlahan dari dalam tumpahkan semua yang terpendam. 




" Sering aku tertanya-tanya, apa yang aku punya? Ya, tidak aku punya apa, melainkan nyawa yang banyak kali tercungap-cungap bila jahiliyah merentap jantung. Itu pun pinjaman Allah jua. "

"Dan jika ditanya ke mana hati menyusup pergi, jawapannya di sini.  Dengan mengeja aksaranya setiap satu, kau sedang membaca aku."





* Rindu pada awan. Rindu pada laut biru. Rindu pada pasir pantai. Rindu pada ros putih. Rindu pada haruman bunga. Jiwaku pasti tersenyum. SemOga aku masih dengan senyuman yang menguatkan jiwa.



P/s :: Trust Allah Diana.

Friday, April 18, 2014

[ Akur ]

Assalamualiakum...


[ SemOga masih dengan senyuman yang menguatkan jiwa. ]


[ Jauhku menunggu, jauhku berharap, tenangkan jiwaku, jiwaku mati. ]



" Duhai hati, teguhlah, tabah dan sabar. Bukankah lebih dari ini kau pernah rasa? Aku belajar rendahkan jiwa dan akur sahaja bahwa Tuhan, ajar aku untuk masih membungakan senyum. Dan aku sedar, aku bukan sesiapa tanpa Tuhan. KOsOng."



P/s : Pada yang jauh, maafkanku kerana gagal mendekat. Pada yang hampir, maaf kerana tidak pandai membelai. Dalam kehidupan ini, kerap kali yang kita lihat sebagai satu pengakhiran rupa-rupanya adalah suatu permulaan yang baru.

Saturday, April 12, 2014

[ Semalam ]

Assalamualaikum..



Waktu, terus saja berjalan.
Melewat dan melewati, dengan apa yang tertinggal di belakang.
Sedang lewatinya waktu, aku belajar tentang sesuatu.
Sesuatu, yang tak mati dalam ingatan, tak mungkin sama sekali.
Walau kau mahu menidakkan dan tak mempedulikan.
Semalam sebagai satu [ Keterikatan ] buatku.



Semalam sebagai satu kenangan.
Dan keterikatan aku terikat pada hari semalam.
Aku mahu mengingat semua kenangan, dengan senyuman.
Walau mungkin, ada kenangan-kenangan yang pernah menyesakkan.
Tak mengapa.
Kerana aku tahu, dengan kenangan,
Tuhan sedang mengajarkan.
Tuhan sedang menguatkan.
Tuhan sedang memberi aku merasa pengalaman.



Kenangan, aku simpan di sudut hati paling dalam.
Terlalu jauh dan tidak mungkin terselam.
Cuma ada waktu, aku kembali menyelami.
Mengulang semula kenangan. 
Lalu, mengingatnya satu per satu,
Tanpa membuat ada air mata terurai sesalan.
Kerana, aku pikir, ada antara kenangan itu, indah memorinya.
Untuk dilupakan dan kenangan takkan mungkin terhapus.
Walau terpaksa atau memaksa melupakannya.
Kerna itu adalah cerita, cerita hidup yang pernah dirasakan.


Cuma, jangan terlalu angkuh mendOngak ke langit hingga alpa pada semalam, 
Kerna ada kalanya perlu menOleh ke belakang,
Untuk menilai diri sendiri yang semalam,
Nah, sekarang aku sedar, perit untuk melawan diri yang semalam,
Aku tidak pernah bertarung dengan siapa-siapa.
Aku hanya melawan diri aku yang semalam.



[ Semalam yang membangkitkan aku untuk kuat seperti hari ini ]



[ Masih penuh dengan mimpi-mimpi dan impian. Yang sepertinya sama seperti semalam. 
Yang sederhana dengan senyuman yang menguatkan jiwa. MOga dipermudahkan segalanya. ]




Tuhan, yakini perempuan ini dia lebih tegar dari apa yang dia ffikirkan. Tuhan, yakni dia agar hatinya tak patah di persimpangan jalan. Dia cumalah seOrang perempuan biasa yang takkan pernah sempurna. Yang pernah punya sisi gelap dalam hidupnya. MOga masih dalam rahmat Tuhan hendaknya. Kepada Tuhan sahaja dia meminta mOga sampai ke pengakhirannya. Ameen Ya Rabbal'alameen.




P/s :: Terima kasih semalam. Semalam, seminggu, sebulan atau setahun yang telah menjadi hari semalam buatku. Semalam yang bertarikh 11 April 2014.

Wednesday, April 9, 2014

[ Wordless Wednesday #14 ]





















[ Diam. Hanya dengan diam kau bisa dengarkan suara jiwa aku dalam-dalam. Diam-diam perlahan dari dalam tumpahkan semua yang terpendam. Pada apa di jiwa malah depan mata beri tanpa karat caci-maki yang kOngsi tanpa rasa benci ] 



P/s :: Biarkan dunia berputar, seiring waktu berjalan.

Tuesday, April 8, 2014

[ Keterikatan ]

Assalamualaikum..



[ Ikat. Terikat. Diikat. Ikatan. Keterikatan ]


Perjalanan hidup ini tidak pernah terlepas dari rasa keterikatan. Keterikatan kepada yang Maha Kuasa, manusia, sesOrang, sesuatu, benda atau apa sekalipun. Namun, aku bersyukur kerana rasa keterikatan ini yang membuat aku terus berpegang pada tali yang satu walau ada kalanya membuatkan hidup penuh dengan kecemasan dan kegelisahan hingga akhirnya membawa aku belajar untuk sentiasa menjadi hamba yang memperindah diri kearahNya.




'Keterikatan'. Iyaaa, aku sering dirundung perasaan ini. Kerap merasakan bahawa hati aku terikat pada tempat yang aku kunjungi. Aku jadi terngiang-ngiang bau udaranya, teringat-ingat wajah-wajah Orangnya, terbayang-bayang kabut dan damai suasananya. Mungkin lebih tepat, aku rindu saat-saat indah itu. Entah, sebenarnya adakah aku sahaja yang disesak dengan perasaan dan penyakit ini? Hingga terkadang aku sendiri tidak pernah faham dengan keadaan diri aku sendiri. KOmpleks bunyinya bukan? 



Aku bukan terikat pada tempat atau merasakan bahawa hati aku tertumpah pada tempat yang aku kunjungi. Macam yang aku kata, aku rindu saat-saat itu. Bila aku rindu, aku akan jadi teringat-ingat. Bila teringat-ingat, aku akan sebak. Hari-hari yang aku lalui, akan dihantui dengan rasa sebak. Iya, lagi kOmpleks bukan? Gila! Memang, pernah satu saat aku merasa diri sendiri sudah gila. Keterikatan dan merasa terikat ini adalah satu kegilaan. Dan yang penting aku tidak pernah minta untuk difahami.



Hinggalah akhirnya, aku mula mengerti kegilaan dan keterikatan ini atas dasar apa. Lalu, lantas aku letakkan kegembiraan atau kesedihan sesuatu keterikatan itu disandarkan pada Tuhan semata-mata. Walhal hakikatnya, aku sedang berperang dengan jiwa untuk kuatkan hati. Aku akan sentiasa mengemis-ngemis dengan Tuhan, "Kuatkan aku. Kuatkan aku. Kuatkan aku. Aku sebenarnya tak mampu." Namun, terkadang bila iman aku condong, aku terhenti pada titik tanya, "Kenapa aku jadi begini?" "Kenapa aku buat begini?" Dan kunci jawapannya semua tersimpan hikmah pada Tuhan. Aku cuba cari kekuatan dari dalam diri dan yakini setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.



*****
Perempuan gila, Perempuan gila-gila dan Perempuan Keras Kepala, 
Perempuan biasa, Perempuan hati luar biasa dan Perempuan Tak Sempurna.
Niadeanna.


 [ Kau bOleh menyandar pada seribu bahu kalau kau mahu, tapi kau memilih untuk yang satu itu,
yang paling dungu, yang buat kau bersandar sambil air mata jatuh bertalu dan hati kau pecah seribu ]




P/s :: Tuhan jagakan mereka yang aku kasih dan sayang.  Tuhan jagakan kamu buat diriku. Pasti dan ini yang membuat aku mampu terus tersenyum. MOga kau juga tersenyum sama bila mana mata terhenti baca pada nOktah terakhir. With lurve, Niadeanna.

Sunday, April 6, 2014

[ Dia ]

Assalamualaikum..

Bissmilahirrahmanirrahim..

Dia..
Hati seOrang dia..
Hati dia sebuah taman rahsia,
Bersama pagar yang tinggi binaannya.


Dia hanya seOrang yang lagak tabah sahaja,
Gemar hadiahkan senyuman pada sesiapa,
Padahal dia, dia sembunyikan tangisnnya.
Cukup sekadar Orang rasa dia baik-baik sahaja.


Iyaa, Dia baik-baik sahaja,
Dia tak mahu nampak kalah tampak tewas.
Dia tahu jiwanya kental. 
Dia bukan perempuan berjiwa rapuh,
Hanya kerana pernah terjatuh, 
Hati dia tidak mudah lumat,
Hanya kerana pernah dikecewa hebat.


Kini, hati dia bukan lagi hati biasa,
Telah dia kunci dengan kunci yang luar biasa,
Dan telah dia serahkan kuncinya pada Pencipta,
Biar sahaja Tuhan yang buka semula.


****
Dea'adeanna, Niadeanna.
 

dan hujan pun mula turun 
menjadi memori yang tersusun nan indah


P/s :: Heart fOr the Only One. Only.

Sunday, March 30, 2014

[ Andai ]

Assalamualaikum..


Rasanya sudah terlalu lama hilang kata,
Tiba-tiba ada yang mengetuk jiwa.

Kadang, walau butir bicara tampak biasa,
Tapi kalau guna jiwa, bOleh merObek hati untuk rasa.

Sungguh, dalam dOaku pilu, aku terluka aku merindu, 
Masih ada cinta ku menanti sinar cahaya..

Andainya ada cinta diruangan nalurimu kasih, 
Andainya ada rindu, di lembaran sentuhan hatimu,
Aku menanti..
 




Si Merah : BOleh awk bawa saya pergi? Menuju masa yang saya rindui?
Si HarimeOw : Erm. *Just staring right at Si Merah.
Si Merah : Smiling and whispered i lOve the way u staring at me.


Aku berdOa, MOga Tuhan tak menghapus jejak untuk terus berada di jalan ini walau atas banyaknya sisa sisa dOsa. SemOga, dengan izinNya. Semangat baru. Insyaallah.


P/s : N I A : Now in allignment. Perempuan biasa, tak sempurna. Lurve u.

Monday, March 3, 2014

[ Tunjukkan Aku ]



Muzik dari jiwa, lagu dari hati..
Cerita sepurnama, canda dan menangis..



Belum ku selami, caturan terjadi..
Lelah dipukul badai, apa mungkin terlerai..



Soalan tersendu, balas hampa bisu..
Tuhan, tunjuk sesuatu, apa dia yang satu itu..

Tunjukkan aku..
 

Apa bisa ku cinta kamu seperti mana..
Aku dicinta kamu? Aku dijaga kamu?
 
Atau kamu terlalu indah buat diriku?


Beza dari diriku, aku pun tak menahu..
Aku pun tak menahu, Apa bisa ku cinta..
Tuhan, Tunjukkan aku.




[ Sumber : Ehsan Gugel ]


P/s :: Ingatkan aku cinta ini Allah yang punya. Cinta kau aku jangan pernah melebihi Dia. MOga hati ini terus engkau pegang kerna aku tidak lagi mahu untuk kecundang. [ 3 Mac 2014 ]

Sunday, February 16, 2014

[ Terima Kasih ]

Bissmillahirahmanirrahim.


Terima kasih Ya Allah. Syukur. Kerana engkau masih peduli dan sayang pada diriku. InsyaAllah, semua yang terjadi ini dibawah izinMu. Siapa aku untuk melawan takdirMu. Siapa aku untuk salahkan takdirMu. 


Jika benar ini yang terbaik untuk diriku. Ajari jiwaku untuk bersyukur. Yakini aku dengan setiap apa yang terjadi. Kerana aku percaya engkau tidak pernah lupa untuk memberi nikmatMu walau diriku tidak pernah henti dicalar dOsa. 


Engkau tunjukkan aku satu persatu hal-hal yang aku anggap baik, sebenarnya bukan yang terbaik. Cukup untuk buat diriku sedar. Ya Allah, Engkau Maha Mengetahui, dan sekarang, cukup untuk aku bertahan dengan percaya yang setiap takdirMu adalah yang paling terbaik atas segala.


Atas terlalu banyak perkara berulang, patah hati, kecewa, terluka, penyesalan, ternyata di sebaliknya ada hikmah yang paling besar. Terlalu besar dan tak terganti. Semuanya ada pelajaran yang tersendiri.


Aku belajar. Bukan jatuh yang penting, tetapi kebangkitan selepas itu. Dan,aku belajar Allah itu selalu ada. Meski biar aku tak pernah menjadi hambaNya yang sempurna.


Ya Allah, terima kasih atas semua rasa itu. Terima kasih, kerana semua rasa-rasa itu mengajarkan aku untuk menjadi seperti hari ini. Hamba yang masih berusaha memperindah dirinya. 


Tangis dan tawa hanya nyanyian yang selalu mengiringi. Nyata hatiku rindukan cinta dijalanMu. Namun ku percaya, hatikan menyakini semua akan indah pada akhirnya. 




P/s :: Andai dapatku mengulang, waktu yang hilang dan terbuang, andai dapat perbaiki segala yang terjadi. Tapi waktu tak terhenti, waktu tak kembali. Harap ampunkan hambaMu ini. Masih punya duri dalam diri. Aku tidak sempurna.