Saturday, September 6, 2014

[ Selalu Ada ]

Assalamualaikum.



Tuhanku,
Terima kaseh Tuhanku atas segala cintaMu.
Cuma kerana cinta dan dari cinta untuk cinta,
Terima kaseh Tuhanku atas segala kasih sayangMu.
Sungguh tiada lagi nikmat yang terbesar melainkan ini, 
Lidahku kelu tak mampu jiwa melahirkan suara.
Syukur atas segalanya.



Tuhanku,
Terima kasih untuk setiap mehnahMu,
Mengajar aku menjadi tabah dan terus gagah,
Engkau satu-satunya yang bisa menguatkan aku,
Memandang langit hitam melepaskan setiap sesakku,
Moga hati ini terus engkau pegang, tuntunlah langkahku,
Kerana sungguh aku tak mahu lagi pulang ke masa lalu.




[ Engkau selalu ada, walau bukan depan mata ]








 [ Selagi dihidup nyawa, Engkau selalu wujud. Dekat terkadang jauh, datang tak pernah luput. Seperti kekalnya zarah dalam hati dan darah.]


P/s : Bila engkau memiliki Tuhan, kau akan memiliki segala. Dan engkau harus selalu percaya, selagi Dia ada, kau tak akan pernah kehilangan apa-apa. Peganglah pada janji-janji Tuhan, pasti Dia sentiasa dekat dengan kita. Insyaallah. Terima kaseh Tuhan.  :')

0 cOmments (",):