Monday, September 8, 2014

[ Merantaulah ]

Assalamualaikum..


Merantaulah,
Agar kau tahu bagaimana rasanya rindu dan kemana kau harus pulang.

Merantaulah,
Engkau akan tahu betapa berharganya waktu bersama keluarga.

Merantaulah,
Kau akan mengerti alasan kenapa kau harus kembali.

Merantaulah,
Akan tumbuh cinta yang tak pernah hadir sebelumnya. Pada kampung halamanmu. Pada mereka yang kau tinggalkan.

Merantaulah,
Engkau akan menghargai setiap detik waktu yang kau lalui bersama ibu, ayah, adik, kakak dan mereka yang kau kasihi ketika kau pulang ke rumah.

Merantaulah,
Engkau akan lebih faham kenapa dan mengapa Orang tuamu berat melepaskanmu pergi.

Merantaulah,
Engkau akan lebih mengerti erti sebuah perpisahan.

Merantaulah,
Semakin jauh tanah rantauan, semakin jarang pulang, semakin terasa betapa berharganya pulang.

Merantaulah,
Engkau akan tahu kenapa kau harus pulang dan engkau akan tahu siapa yang akan kau rindu.




Merantaulah dengan penuh keyakinan, nescaya akan engkau temui lima kegunaan, iaitu ilmu pengetahuan, adab, pendapatan, menghilangkan kesedihan dan mengagungkan jiwa. (Imam Syafi'i )



P/S :: Independent

2 cOmments (",):

Si DauN CeRi said... [Reply]

la ni sy duk umah pulak.. Alhamdulillah puas dah merantau.



Goodluck admin, best wishes for you. Keep blogging :)

Normi Nieza said... [Reply]

nice..jaga diri dtempat orang..:)