Tuesday, January 14, 2014

[ 14.01.14 : My 25th Birthday ]

Assalamualaikum..
 

Ya Allah, sudah 25 tahun aku bernaung di bawah langitMu. Belum pun terasa menjadi hambaMu yang sebenar. Masih berpura-pura. Alangkah alpa dan berdosanya aku. Apakah sisa umurku masih panjang? Atau, hanya seketika lagi? Aku tidak pasti.


Ketika ramai teman mengucapkan selamat panjang umur, hakikatnya umurku semakin pendek. Bukankah tarikh mati setiap insan sudah ditetapkan? Hari ini, esok dan lusa aku menapak lagi. Semakin hampir pada tarikh kematian yang dijanjikan. Tertipunya aku ketika menerima ucapan selamat hari lahir. Namun, selamatkah hari matiku?


Aku belum bersedia untuk bertemuMu Ya Allah. Walaupun aku tahu, siapalah aku untuk menyatakan tidak dan tunggu. Ya Allah, segala kekuatan hanya padaMu jua. Kau yang Maha Tahu apa yang terbaik buat diriku. Aku merayu padaMu Ya Allah, pada tarikh ini untuk mengemis keampunanMu dengan tangan yang berdosa, dengan hati yang sentiasa dicalar dosa. Jika tidak mengenangkan yang Engkau Maha Pengampun, aku tidak akan datang Ya Allah. Rasa malu dan hina untuk meminta. Apakah aku diterima?



Ya Allah, pada hari ini, ku pinta leraikanlah segala kekusutan di fikiranku. Mohon dijinakkan nafsu liarku. Tenangkanlah gelojak hati ini. Wahai Yang Maha Adil, kutiplah aku untuk menumpang sekalipun di pinggir rahmatMu. Walau sering aku lupa, namun aku sentiasa mendamba.



Aku kembara telah jauh, namun kolam hatiku kian keruh. Beban bertambah berat, diriku kian penat. Urusan kian payah, jiwa semakin gundah. Justeru mudah-mudahan di hari lahirku ini aku akan 'dilahirkan' semula. Lahir sebagai insan yang sentiasa mengingatiMu. Yang mampu hidup antara kekangan takut dan lingkungan harap. Takut, kalau-kalau dimurkai. Harap, minta-minta diampuni.


Buat sahabat, teman dan kenalan, terima kasih di atas ingatan kalian. Pada yang jauh, maafkanku kerana gagal mendekat. Pada yang hampir, maaf kerana tidak pandai membelai. Dalam kehidupan ini, kerap kali yang kita lihat sebagai satu pengakhiran rupa-rupanya adalah suatu permulaan yang baru. Mudah-mudahan, ini adalah permulaan yang baik. Ameen Ya Rabbal 'Alamin.


 
[ Shortest love stOry. She found Allah and lived happily ever after. Insyaallah. ]


 

 P/s ::  [Happy Birthday Niadeanna]. 25 years Old, too little too late.

Monday, January 6, 2014

[ Walau ]

Assalamualaikum Cinta..




Walau,
Walau sekuat mana aku setia,
Walau segagah mana aku bertahan,
Walau selama mana aku menunggu,
Walau sekeras mana aku bersabar,
Walau sejujur mana aku menerima seadanya,
Walau seribu pengOrbanan yang aku lakukan,
Walau aku sanggup air mata sebagai teman,
Walau aku biarkan mata terpejam dalam jaga,
Walau aku pekakkan telinga untuk setiap kata,
Walau hati aku sekeras mana sekalipun,
Walau aku kental dengan apa yang terjadi,
Walau aku takut dengan bayangan semalam,
Walau sukar untuk aku hayunkan langkah kaki,
Walau beribu dugaan yang bakal mendatang,
Tabahkan hati ini. Jangan biarkan aku alpa lagi,
Kuasa hanya ditanganMu. Berikan aku petunjukMu.
Kerana aku tidak mampu. Tidak mampu sendiri lagi.
Segalanya kini aku serahkan pada kekuasaanMu.
Lembutkan hati ini.
Nukilan  [ 041111 ].







" SemOga 2014 sebagai pembukaan yang baik buat hati ini. "




P/s :: Tyme gOes by, we can never stay the same. MOve On Diana.