Thursday, January 1, 2015
[ 1 Januari 2015 ]
Allah.
Dengan nama Dia aku mula.
Redah dengan hati yang redha,
MOga tidak lelah dalam mencari redha Dia,
MOga dipermudah setiap, segala dan semua.
Insyaallah.
Aku.
Masih sama seperti semalam,
Perempuan biasa, tidak pernah sempurna,
Masih penuh dengan mimpi-mimpi dan impian,
Yang sederhana dengan senyuman yang menguatkan jiwa.
P/s :: Insyaallah, mOga senyum terlebih gula 2015. Allah. :')
Tuesday, December 30, 2014
[ Pray For Pantai Timur ]
Bissmillahirrahmanirahim..
Bantu.
Walau tidak hulur dengan kudrat tangan yang dua,
Boleh juga tadah dengan Doa kepadaNya.
Doa.
Kerna tidak ada yang lebih memujuk selain Allah,
Dan tidak ada yang lebih melayani selain Allah.
Redha,
Walau ada alasan untuk kecewa,
Kerna hakikatnya kita hanya seOrang hamba,
Yang pasti, ada sisipan kekuatan disebalik kesakitan.
Tabah,
Walau mudah mengalir air mata
Disebalik itu terbit kekuatan luar biasa.
Semua hanya dari Dia.
P/s : Ingatlah Aku, Aku pasti ingat padaMu (Al-Baqarah :152).Allah. :')
Tuesday, October 7, 2014
[ Pelik ]
Bissmillahirrahmanirrahim..
Pelik.
Kau lihat aku.
Kau rasa aku pelik?
Kalau kau rasa aku biasa,
Hakikatnya aku hanya lagak biasa.
Kau nampak aku teguh berdiri.
Yang rasa sukarnya aku sendiri.
Satu kaki di wilayah fizik
Dan lagi satu di kerajaan mistik.
Mana mungkin punya titik bertemu.
Sepi sendiri, aku terrmenung,
Tak mampu menghayun langkah kaki,
Andai punya sayap ingin aku terbang pergi.
Tapi aku masih sedang berkira.
Satu suara memaksa pergi.
Dan satu lagi memujuk mari.
Aku??
Jiwa sepertinya terasa sakit, luka yang darahnya tidak memercik keluar, hanya mengalir perit di celah-celah susuk diri. Apa sebenarnya yang aku sedang lalui? Masih lagi aku mahu persOalkan kepada Tuhan. Ya, masih sebab saat aku ligat berfikir dan akhirnya terhenti pada titik tanya kenapa? Kenapa? Kenapa? Pelik dengan semua. Pelik dengan segala. Aku tiada jawapan. Saat ini hanya mampu mencari kekuatan dari dalam dan yakini setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Ahh!Siyes aku fed up menulis saat emOsi mula kuasi diri. Sbb aku gagal mengawal segala! Noktahkan saja.
P/s :: Perempuan biasa yang tak pernah akan sempurna. Masih gagah mencari Tuhan semula setelah hilang arah tuju. Gagah mengutip kembali serpih-serpih jiwa yang berkecai. Gagah untuk tidak lagi memikirkan duka-duka sendiri. Tawakkal Alallah. :')
Monday, September 8, 2014
[ Merantaulah ]
Merantaulah,
Agar kau tahu bagaimana rasanya rindu dan kemana kau harus pulang.
Merantaulah,
Engkau akan tahu betapa berharganya waktu bersama keluarga.
Merantaulah,
Kau akan mengerti alasan kenapa kau harus kembali.
Merantaulah,
Akan tumbuh cinta yang tak pernah hadir sebelumnya. Pada kampung halamanmu. Pada mereka yang kau tinggalkan.
Merantaulah,
Engkau akan menghargai setiap detik waktu yang kau lalui bersama ibu, ayah, adik, kakak dan mereka yang kau kasihi ketika kau pulang ke rumah.
Merantaulah,
Engkau akan lebih faham kenapa dan mengapa Orang tuamu berat melepaskanmu pergi.
Merantaulah,
Engkau akan lebih mengerti erti sebuah perpisahan.
Merantaulah,
Semakin jauh tanah rantauan, semakin jarang pulang, semakin terasa betapa berharganya pulang.
Merantaulah,
Engkau akan tahu kenapa kau harus pulang dan engkau akan tahu siapa yang akan kau rindu.
P/S :: Independent
Thursday, June 5, 2014
[ Segenap Rasa ]
Soal hati. Aku senyumkan. Sinis.
Betapa lebatnya hujan dalam hatiku.
Betapa kencangnya ribut dalam jiwaku.
Mesti semua pengsan berkali-kali.
Penat, letih dengan semua tu.
Cukuplah dengan itu saja.
Noktahkan segalanya.
Saat hati berkata ingin.
Namun Allah berkata tunggu.
Saat air mata menitis,
Namun Allah berkata bersenyumlah.
Saat segalanya terasa memenatkan,
Namun Allah berkata teruslah melangkah.
Aku merancang, Allah juga merancang,
Tapi perancangn Allah itu yang Terbaik.
Tidak aku mahu mencari cinta lagi.
Cukuplah dengan segenap rasa yang dirasakan.
Kerna manusia tak pernah sempurna sifatnya.
Aku, dia, engkau dan mereka juga sama sifatnya.
Yang penting ajari jiwa mensyukuri segala nikmatnya.
Biarlah kali ini cinta itu datang dengan sendiri.
Cinta halal dari Ilahi.
Allah mempunyai cinta dan kasih yang lebih besar untukku!
Dia telah menciptakan seseorang buat hidupku.
Ketika merasa aku mencintai seseorang,
Namun aku tahu cintaku tidak berbalas.
Allah tahu apa yang ada di depan ku ,
Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik bagiku.
Aku gantungkan segenap harapan kepadaMu Tuhan.
Engkau yang Maha Memberi. Nescaya aku tidak dizalimi.
Engkau mendengar setiap pengharapanku dalam setiap sujud.
Engkau menunaikannya dengan cara tersendiri.
Cukup rasa cinta hadir dalam diam dari kejauhan.
Dengan kesederhanaan dan keikhlasan.
Kerana tiada yang tahu rencanaMu Tuhan.
Mungkin saja rasa ini ujian.
Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan
Serahkan rasa itu pada Yang Memberi dan Memilikinya.
Biarkan Tuhan yang mengatur semuanya.
Hingga keindahan itu datang pada waktunya.
Sesuai dan tepat pada masa.
Kumpulkan segala keringat.
Moga jodoh itu ada.
Yang dapat menerima seadaanya.
Doa dalam setiap sujud.
Tadah tangan, tutup muka.
Insyaallah.
**Kenapa pandang bawah? Jawapannya. Siapa aku untuk terus mendOngak kerana aku sedar aku hanya perempuan biasa yang pernah punya sisi gelap dalam hidup yang masih berusaha memperindah diri kepadaNya.
P/s : Ketika takdir itu sulit untuk difahami, apa yang perlu hanyalah yakin. Yakin dengan janji Allah. Unknown. Yang dirahsiakan oleh Tuhan. Yang kental. Yang gagah perkasa. Yang akan hadir bila sudah tiba masa. Love yOu Mr. Unknown dengan izin darinya. Moga akan hadir menemani di setiap langkah yang menyakini di jalanan ini. Insyaallah. With lurve, Niadeanna.
Saturday, April 12, 2014
[ Semalam ]
Dan keterikatan aku terikat pada hari semalam.
Terlalu jauh dan tidak mungkin terselam.
Cuma ada waktu, aku kembali menyelami.
Cuma, jangan terlalu angkuh mendOngak ke langit hingga alpa pada semalam,
Kerna ada kalanya perlu menOleh ke belakang,
Untuk menilai diri sendiri yang semalam,
Nah, sekarang aku sedar, perit untuk melawan diri yang semalam,
Aku tidak pernah bertarung dengan siapa-siapa.
Aku hanya melawan diri aku yang semalam.
P/s :: Terima kasih semalam. Semalam, seminggu, sebulan atau setahun yang telah menjadi hari semalam buatku. Semalam yang bertarikh 11 April 2014.
Sunday, February 16, 2014
[ Terima Kasih ]
Tangis dan tawa hanya nyanyian yang selalu mengiringi. Nyata hatiku rindukan cinta dijalanMu. Namun ku percaya, hatikan menyakini semua akan indah pada akhirnya.
Tuesday, January 14, 2014
[ 14.01.14 : My 25th Birthday ]
![]() |
| [ Shortest love stOry. She found Allah and lived happily ever after. Insyaallah. ] |
P/s :: [Happy Birthday Niadeanna]. 25 years Old, too little too late.
Saturday, March 23, 2013
[ Bahagia ]
Bahagia.
Bahagia itu subjektif.
Aku masih mencari bahagia.
Aku juga turut dambakan kebahagiaan di akhirat sana.
Dengan dari izin-Nya,
Aku ingin merasai setiap saat kebahagiaan bersama mereka yang aku sayangi.
Kebahagiaan dalam menyelusuri perjalanan sebuah kehidupan saban hari.
Kebahagiaan yang bakal menjadi nadi kekuatan buat diriku terus gagah berdiri.
Lantas aku terfikir.
Sampai bila hidup harus begini? Tanda tanya yang tiada penghujungnya.
Dan dari situ aku mula sedar, dalam mencari kebahagiaan itu,
Saat-saat ini aku perlu isikan hidupku dengan-Nya terlebih dahulu.
Tempat untukku bermOhon agar diriku teguh segalanya.
Aku ingin menjadi seOrang wanita yang bahagia.
Membawa mimpiku ke alam yang nyata.
Dan mungkin bahagia itu akan hadir ...
![]() |
| [ One day. InshaAllah ] |
I dOnt need a perfect One, i just need sOmeOne whO can make me feel that i'm the want. It will make me feel part Of true happiness.
Thursday, July 12, 2012
[ LOok DOwn TO Other PeOple ]
Siapa kita untuk menyOmbOngkan diri.?
"Dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sOmbOng, kerana sesungguhnya engkau tidak akan dapat menembus bumi dan tidak akan mampu menjulang setinggi gunung."
[al-Isra':37]
P/s :: Ucapkan Alhamdulillah. Jangan pernah [ Berkecil Hati ].
Thursday, July 5, 2012
[ Butterfly ]
P/s :: Salam Nisfu Syaaban. HOpe Allah make Our jOurney in this wOrld and in Akhirat a pleasant One. Insyaallah.
Saturday, June 9, 2012
[ Sunset : Batu Ferringghi ]
" Semua yang ada di dunia ini hanya pinjaman semata, Bagai mengharap sinar suria, menanti hari esOk, Bila waktunya tiba masa, Jangan salahkan atau tangiskan "
P/s : Ucapkan Alhamdulillah.
Monday, April 30, 2012
[ Warna-warni Hidupku ]
****************************
p/s :: kau ajarkan aku bahagia kau ajarkan aku derita.
Friday, January 13, 2012
[ Ikhlas ke?? ]
Mereka kata ikhlas itu datang dari hati,
Bila melakukan sesuatu tidak mengharapkan apa-apa balasan,
Bila memberi dengan serela jiwa hanya kerana Allah SWT,
Bila hati rela semua pasti akan menjadi mudah dan tenang,
Ikhlas untuk mencari keredhaan Allah SWT semata-mata.
Namun, mengapa sOalan ini berterusan diragui?
"Ikhlas ke aku?" atau "Ikhlas ke dia?"
Walhal mulut sentiasa mengujarkan "Saya ikhlas"
Kemudian dipersOalkan pula "Ikhlas ke?" atau "Macam tak ikhlas je"
Sepertinya adakah sebuah penimbang untuk mengukur keikhlasan?
Ikhlas itu terlalu subjektif, payah dan sukar untuk ditafsirkan,
Ia lahir dari dalam hati diri sendiri tanpa perlu ada nOda hitam,
Mencampuri urusan hingga memesOngkan hati selain dari jalanNya,
Berlandaskan niat itu ikhlas hanya antara kita dengan diri-Nya
Siapa kita untuk menilai keikhlasan sesama manusia?
Sedangkan [ Manusia Tidak Yang Sempurna ]
Ikhlas itu milik Allah :
"Ikhlas itu satu rahsia dalam rahsia-Ku, Aku titiskan ia dalam hati hamba-hambaku yang aku kasihi "(Hadis Qudsi)
"Sesungguhnya Allah Taala tidak memandang gambaran lahir kamu tapi dia melihat apa yang ada di dalam hati kamu."(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Pss :: Saya tidak sempurna.
Sunday, November 27, 2011
[ Hati Yang Tercedera ]
Bila hati sesak dengan karenah manusia yang tidak memahami,
Bila jiwa sukar berlapang dada,
Bila hati disempitkan dengan sangkaan buruk terhadap saudara lain,
Bila hati sentiasa ingin marah,
Bila akal lupa tujuan asal hidup,
Bila diri terasa enak berlingkar dengan maksiat,
Bila hati puas melakukan perkara yang tidak berbuah amal,
Bila jasad duduk enak tanpa berbuat ma'aruf.
Bila air mata terlalu sukar untuk dititiskan untuk-Nya,
Bila hati mula mengeras,
Bila fikiran melayang untuk perkara sia-sia,
Bila hati mula berputus asa terhadap rahmat dan nikmat-Nya.
Bila diri mula meminta yang berlebihan,
Bila hati mula meminta untuk yang bukan haq,
Bila diri rasa sudah cukup,
Bila lidah terlalu keras untuk mengalunkan zikir.
Bila cemburu terhadap nikmat dan rezeki insan lain,
Bila diri berpura baik di hadapan manusia,
Bila hati merasa perbuatan dosa sebagai tidak apa,
Bila diri sentiasa mahu dipuji.
Bila hati tidak yakin dengan janji-Nya,
Bila diri menyesal dengan setiap taqdir-Nya,
Bila hati sentiasa mencari aib dan salah orang lain,
Bila diri sentiasa ingin memuaskan selain dari Allah.
Bila hati merasa bebas dari jagaan Allah,
Bila merasa diri milik mutlaq diri sendiri,
Bila hati merasa aman melanggar amanah,
Bila merasakan tiada yang lebih penting melainkan diri sendiri.
Bila diri terlalu banyak beralasan,
Bila setiap perbuatan tidak terniat untuk Allah,
Bila diri mula berasa berat untuk sembah dan sujud kepada-Nya,
Bila telinga lebih enak dilagukan dengan selain ayat-ayat suci-Nya.
Bila mulut lebih senang berbicara tentang dunia dari manisnya syurga,
Bila redha manusia lebih dicari daripada redha Allah,
Bila merasa cinta manusia lebih asyik daripada cinta Allah,
Bila hati tidak rindu untuk bertemu-Nya,
Bila hati mula disempitkan dengan dunia,
Bila diri sombong tidak mahu meminta kepada-Nya,
Bila setiap akal, jiwa dan jasad terikat dengan dunia.
Heal my heart Ya Allah,
Bless me with a new heart.
*******
sumber : tumblr
Mencari ketenangan. Diam seribu bahasa. Invisible.
Saturday, November 26, 2011
[ Muhasabah Maal Hijrah ]
Di awal tahun baru hijrah,
Ku sujud menghambakan diri pada-Mu,
Hati terus merintih mengenangkan dOsa lalu,
KOtOrnya diri dengan maksiat dan nOda,
Lemahnya jiwa berdepan dengan dunia,
Lalainya diri dari mengingati-Nya,
Astaghfirullahal 'adzim....
Banyaknya kekurangan diri,
Ampuni hamba-Mu ini Ya Allah.
Aku sedar,
Jiwa yang tandus taqwa,
TerdOrOng lakukan apa sahaja,
Sanggup menentang arus kehendak Ilahi,
Yang difikir hanyalah untuk kepuasan diri,
Maka, pabila dOsa telah larut,
Gelaplah hati, kOtOrlah jiwa, murunglah diri,
Itulah fitrah sang pendOsa,
Yang leka dari pencipta-Nya.
Namun, bila iman hadir di jiwa,
Mata hati mula bekerja,
Baru kusedar, betapa diri jauh dari-Mu Tuhan,
Asyik sibuk untuk dunia,
Hinggakan sOlat sering kutunda,
Al-Quran pun malas dibaca,
Lidahku kOtOr dengan kata-kata dusta,
Mata ini tak kujaga dari perkara dOsa,
Telinga ini mendengar apa yang tak sepatutnya,
Kaki ini sering melangkah ke tempat lagha.
Ya Allah,
Jauh sekali diriku dengan peribadi kekasih-Mu,
Kau teladan terbaik bagi seluruh umat,
Ingin sekali aku mencOntOhi peribadimu, Rasulullah
Meskipun dirimu suci tanpa dOsa,
SOlat malam tidak pernah kau lupa,
Munajatmu di tengah malam jadi rutin harian,
Pengharapanmu pada Tuhan terlalu tinggi,
Sedang aku???
SeOrang hamba yang penuh dosa....
SOlat fardhu pun kurang dijaga,
Apatah lagi sOlat malam sepertimu, Ya Nabiyullah.
Sungguh,
Aku ingin berubah,
Menjadi seOrang hamba-Mu yang taat,
Aku takut akan azab kubur,
Aku gerun dengan dahsyatnya neraka-Mu,
Dan kurindukan nikmat syurga.
Jadi,
KupOhOn padaMu wahai Tuhan,
Campakkan ke dalam hati ini niat yang tulus,
Ingin sekali aku berdiri di hadapan-Mu dengan jiwa yang tunduk,
Ingin sekali aku rukuk pada-Mu dengan hati yang pasrah,
Dan ingin sekali ku sujud ke hadhrat-Mu dengan punuh kehambaan,
Ya Rahim,
Sucikan hatiku dari sifat munafik,
Sucikan amalku daripada riyak,
Sucikan lidahku daripada dusta dan mataku dari khianat,
Jadikanlah diriku seOrang anak yang solehah,
Yang bisa mendamaikan hati Ummi dan Abiku,
Jadikanlah diriku seorang mukminat sOlehah,
Kerna mukminat sOlehah itu lebih cantik dari bidadari syurga.
Dan...
Kurniakan aku kesabaran untuk menunaikan ketaatan pada-Mu,
Anugerahkan aku kesabaran dalam meninggalkan maksiat pada-Mu,
Jadikanlah hati ini hati yang sentiasa mengingati-Mu,
Agar dapat ku miliki sekeping hati yang tenang,
Jauh dari hasad dengki dan kepalsuan dunia,
Hadirkanlah cintaku kepada-Mu mengatasi segalanya,
Agar Kau temukan hati yang terbaik buat diriku.
MOga dapat kukecapi, kebahagiaan yang hakiki,
Suatu hari nanti...
Amin....
*************
p/s :: Salam Maal Hijrah buat semua. SemOga tahun yg mendatang memberi seribu makna dalam mencari keredhaan dan bermanfaat buat kita membaiki segala kekhilafan diri. Insyaallah.
Friday, November 4, 2011
[ JOdOhku rahsia dari Illahi ]
Andai dirasa riang nukilan ini, keringanlah yang sedang bertakhta di hati.
Seiring bersama mengikut rentak hidupku yang bergelar musafir dibumi Illahi.
Tidak lepas dari berharap semOga rahmat-Nya sentiasa memayungi diriku ini.
Insyaallah.

Ya rabbal alamin..
Jika ada 2 pilihan dan diantaranya adalah dia, tentu aku akan memilihnya,
Jika ada 10 pilihan dan diantaranya adalah dia, tentu aku akan memilihnya,
Jika ada 100 pilihan dan diantaranya adalah dia, tentu aku akan memilihnya,
Tetapi...
Jika hanya ada satu pilihan dan tidak ada dia dalam pilihan itu..
Maka aku pun akan menerimanya sebagai pemberian terbaik dariMU..
Aku tidak akan memaksa diriku untuk memilihnya,
Buatlah aku mencintai pilihan yang engkau berikan,
Buatlah aku setia pada pilihanmu,
Buatlah aku menyayangi pilihan yang engkau amanahkan..
*****************************
Dia milikku tercipta buatku...
Satukanlah hatinya dengan hatiku...
Titipkanlah kebahagiaan antara kami...
Agar kemesraan itu abadi...
Ya Allah...
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani...
Seringkanlah kami melayari hidup ini...
Ketepian yang sejahtera dan abadi...
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku...
Bawalah dia jauh daripada pandanganku...
Luputkanlah dia dari ingatanku...
Dan periharalah aku dari kekecewaan...
Ya Allah Ya Tuhanku yang Maha Mengerti...
Berikanlah aku kekuatan...
Menolak bayangannya jauh ke dada langit...
Hilang bersama senja yang merah...
Agarku sentiasa tenang...
Walaupun tanpa bersama dengannya...
Ya Allah Yang Tercinta...
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu...
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik untukku...
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui...
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini...
Biar sekuat mana aku menyintainya..
Aku pohon agar lenyapkan perasaan ini..
Sekiranya dia ditakdirkan bukan milikku..
Ya Allah Ya Tuhanku..
Tetapi sekiranya dia ditakdirkan untukku..
KupOhOn agar takdir memperkuatkan kasihku padanya..
Selagi tidak melebihi kasih padaMu..
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat...
Dan periharalah kami dari azab api Neraka...
-Amin-
Disebalik kerasku ada air mata yang setia menemani..
Disebalik diam bicaraku ada impian yang ingin ku capai ..
Tuesday, October 11, 2011
[ Permudahkanlah segala urusanku ]
Ouke. Saya sgt tade mOod. Saya sgt sedih. Kadang2 saya rasa saya xmampu nk tanggung seOrang diri. Tp kenyataannya saya memang kena tanggung seOrang diri n perlu kuat tOk hadapi semua yang berlaku.
Thanks buat insan2 disekeliling yang menjadi kekuatan buat diri ini. Thanks sebab sentiasa menjadi pemudah cara tatkala diri dalam keadaan ketandusan lOgik akal fikiran. Thanks untuk setiap suntikan semangat yang diberikan.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
**********
Ya Allah Ya Tuhan Kami
Kurniakan Kami Rahmat Dari sisimu. Dan Berilah Petunjuk kepada kami dalam urusan kami dengan segala petunjuk.
Mudahkanlah Urusan Kami Ya Allah, Permudahkanlah jgn disulitkan, kerana engkaulah yang maha memudahkan, segala yang susah adalah mudah bagimu,
Ya Allah sempurnakanlah dengan segala kebaikan dengan rahmatmu,Ya Allah Wahai Yang Paling Mengasihani Daripada Segala yang mengasihani…. Amin Ya Rabal Al Amin…
Sunday, October 9, 2011
[ DOsakah aku Berkecil hati @ Terasa hati? ]
Tuesday, February 15, 2011
[ Rabiul Awwal : Sambutan Maulidur Rasul ]
Ouke.. sempena sambutan maulidur rasul hari nie.. i terpanggil jgk tOk hapdate n3 berkaitan hal nie.. jauh disudut hati rase trcabar jerk bile rmai gilak blOgger yg hapdate sal nie.. i pOwn mahu buat perkOngsian ilmiah jgk.. ;)
Ouke.. seperti yg sedia maklum sambutan Maulidur Rasul akn dismbut pd setiap 12 Rabiul Awwal sempena mmperingati hari kelahiran Baginda Rasulallah s.a.w.. means kt sni kita mmg dh trbiasa n mentality pOwn dh set dua perkara penting nieyh.. Rabiul Awal dan Sambutan Maulidur Rasul.. sO, dikesempatan nie i nk sentuh mgenai dua mende yg tampah biasa tp full of meaning..
Pengertian Rabiul Awaal
Bulan Rabiulawal bermaksud bulan dimana bermulanya musim bunga bagi tanaman. Mengikut kebiasaannya di Tanah Arab, sewaktu bulan Rabiulawal pokok buah-buahan mula berbunga dan seterusnya berbuah.Maka nama bulan ini diambil sempena musim berbunga tanaman mereka. Dan setelah kedatangan Islam, Rasulullah saw telah mengekalkan nama Rabiulawal ini sehinggalah sekarang..
.
.
Peristiwa Penting Bulan Rabiul Awwal
Ada banyak peristiwa penting yang telah dicatatkan oleh sejarah jatuh bangunnya tamadun Islam di dalam bulan Rabiulawal ini dan diantaranya ialah;
1. Kelahiran junjungan besar kita, Nabi Muhammad Rasulullah saw.
Mengikut sumber-sumber mengatakan bahawa Nabi lahir pada 12 Rabiul Awwal tahun gajah bersamaan 23 April 571M. Ini adalah sumber yang masyhur dan menjadi amalan umat Islam di Malaysia mengadakan sambutan Maulidurrasul pada 12 Rabiul Awwal di setiap tahun sehinggalah sekarang. Walau bagaimanapun ada sumber yang lain mengatakan bahawa nabi lahir pada 9 Rabiul Awwal tahun Gajah. Perbezaan pendapat ini akan disentuh lebih lanjut di bahagian Maulidur Rasul.
2. Perlantikan Nabi menjadi Rasul.
Dibulan Rabiulawal inilah Nabi Muhammad saw diangkat menjadi Rasul. Ketika ini Nabi Muhammad saw berumur 40 tahun. Maka dengan ini bermulalah dakwah baginda secara rasmi di Makkah al-Mukarramah.
3. Hijrah
Tarikh hijrah adalah tarikh tibanya Rasulullah di Madinah al-Munawwarah pada ketika itu di sebut Yatsrib. Rasulullah sampai di Quba' pada hari Isnin 8 Rabiulawal dan Baginda sampai di Kota Madinah pada hari Jumaat 12 Rabiulawal dan Baginda menunaikan solat Jumaat yang pertama.
4. Peperangan.
Banyak peperangan yang telah terjadi pada zaman Rasulullah saw diantara tentera Islam dan tentera kuffar. Diantara peperangan yang berlaku di bulan Rabiulawal ialah peperangan Safwan (Badar pertama), Bawat, Zi Amar (Ghatfan), Bani An-Nadhir, Daumatul Jandal dan peperangan Bani Lahyan.
5. Wafatnya junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw.
Rasulullah telah wafat pada hari Isnin 12 Rabiulawal 11H bersamaan 7 Jun 632M. Baginda wafat di rumah isterinya Aisyah ra dan dikebumikan di Madinah al-Munawwarah.
6. Abu Bakar ra. menjadi khalifah
Pada hari Rasulullah wafat, para sahabat tidak mahu menangguh urusan pentadbiran kerajaan dan segera membai'ah saidina Abu Bakar r.a di Dewan Bani Sa'idah. Ini adalah kerana urusan pentadbiran negara tidak boleh terhenti walau seketika dan ia adalah nadi sesebuah kerajaan. Sebahagian sahabat pula menguruskan pengkebumian jenazah Rasulullah saw yang diketuai oleh Saidina Ali ra Ahli Bait Rasulullah saw.
7. Pembukaan Iraq
Tentera Islam yang dipimpin oleh Khalid Ibni Walid ra telah memasuki Iraq dan bermulalah pemerintahan Islam di bumi Iraq di zaman saidina Abu Bakar ra.
8. Pembukaan Baitul Muqaddis
Salahuddin al-Ayubi telah memimpin tentera Islam menewaskan tentera Salib dan seterusnya membuka pintu bagi pembukaan Baitul Muqaddis pada tahun 583 H.
9. Kejatuhan Empayar kerajaan Islam Sepanyol
Kubu terakhir tentera Islam di Andalusia telah ditumbangkan oleh tentera Sepanyol yang dipimpin oleh Ferdinando dan Isabella pada tahun 897H. Bermulalah kemusnahan tempat-tempat bersejarah warisan umat Islam, masjid-masjid ditukar menjadi gereja dan muzium dan tiada lagi suara azan di negara tersebut.
.
.
Maulidur Rasul
Seperti kelaziman tahunan, umat Islam di Malaysia akan menyambut hari sempena keputraan Rasulullah saw pada 12 Rabiulawal setiap tahun.Umat Islam di Malaysia akan mengadakan berbagai aktiviti dalam acara sambutan Maulidur Rasul. Kerajaan Malaysia mengisyhtiharkan 12 Rabiulawal setiap tahun adalah cuti umum. Diantara acara-acara dalam sambutan Maulidur Rasul ialah Perarakan, Syarahan, Forum, Marhaban dan Jamuan di peringkat kampung sehinggalah ke peringkat kebangsaan.
Dalam menentukan tarikh kelahiran Rasulullah saw, ahli-ahli sejarah Islam berbeza pendapat. Pendapat pertama dan masyhur ialah Rasulullah saw lahir pada malam Isnin 12 Rabiulawal dalam Tahun Gajah sebelum subuh. Ini adalah pendapat Ibnu Ishaq yang dipetik oleh Ibnu Hisham dalam kitabnya yang terkenal, Sirah Ibnu Hisham. Dan pendapat yang kedua ialah pendapat yang mengatakan bahawa Rasulullah saw memang lahir pada malam Isnin, sebelum subuh Rabiulawal tahun Gajah tapi tarikh sebenarnya ialah pada 9 haribulan.
Diantara tokoh ulamak-ulamak yang sependapat mengatakan Rasulullah saw lahir pada 9 Rabiulawal ialah Yunus bin Yazid, Ibnu Hazam, Muhammad bin Musa Al-Khawarizmi dan Ibnu Taimiyyah. Dan diantara tokoh-tokoh falak moden yang membuat kajian semula tentang perbezaan pendapat ini ialah Mahmud Pasya seorang ahli falak Mesir dan Dr.(H) Hj. Kassim Bahali, Persatuan Falak Syarie Malaysia. Mereka menyatakan bahawa Rasulullah saw lahir pada 9 Rabiulawal. Ini adalah berdasarkan kepada Taqwim Qamariah tulen tanpa Nasi' dan dikebelakangkan 53 tahun dari tahun pertama Hijrah.
Didapati bulan kelahiran Rasulullah saw iaitu bulan Rabiulawal jatuh pada bulan April 571 M. Berdasarkan hitungan, Ijtimak berlaku pada 10 April 571M pada 8;21 UT. Menurut kaedah kebolehnampakan hilal, 1 Rabiulawal jatuh pada hari Ahad, 12 April 571M dan hari Isnin yang bertepatan adalah 9 Rabiulawal manakala 12 Rabiulawal jatuh pada hari Rabu.
Dalil seterusnya yang mengatakan bahawa Rasulullah lahir pada 9 Rabiulawal ialah pada Isnin 9 Rabiulawal (20 April), fasa bulan adalah 64.4% dan bulan ghurub pada pukul 2:26 pagi. Apabila bulan ghurub awal maka langit ketika itu kelihatan cerah dengan bintang-bintang yang dapat dilihat lebih banyak kerana tiada gangguan cahaya bulan. Ini bertepatan dengan kisah kelahiran sewaktu dilahirkan Rasulullah saw bahawa sebelum subuh, langit adalah kelihatan sangat cerah dengan cahaya bintang-bintang yang bertaburan. Walau bagaimanapun, itu adalah pendapat individu tertentu dengan pengkajian mereka.
Moga ada pihak lain yang dapat membuat kajian lebih lanjut dalam menetapkan tarikh kelahiran Rasulullah saw. Kajian-kajian lanjut itu sebenarnya akan lebih memajukan lagi perkembangan ilmu Sejarah dan Falak. Malah tarikh-tarikh peristiwa penting Islam yang lain juga wajar dibuat hitungan semula. Kita umat Islam di alaf baru sekarang telah banyak melahirkan ahli-ahli Sejarah Moden, Falak / Astronomi dan ahli-ahli Sains yang lain yang pastinya akan mengembang dan menyumbang kepada penguasaan ilmu pengetahuan kepada pembangunan ummah, InsyaAllah.
Objektif diadakan sambutan Maulidur Rasul ialah untuk mengembalikan ingatan kita umat akhir zaman terhadap junjungan besar kita Muhammad Rasulullah saw. Dengan mengingatinya akan menambahkan lagi perasaan cinta kasih kepadanya serta mengenang, menghargai serta mengambil iktibar kisah suka duka perjuangannya. Walaupun sambutan Maulidur Rasul ini adalah satu adat sahaja tapi ia adalah adat yang bersifat ibadah dan wajar diteruskan, InsyaAllah.
.
.











