"Mengecilkan hati orang adalah berdosa, berkecil hati juga adalah berdosa. Tetapi lebih besar dosanya jika kita berkecil hati."
I'm so confused...
Kenapa orang kecilkan hati kita, kita pulak yang berdosa?
Then I asked my dad what's that mean.
**********
Ayah: Jika seseorang hina kita, dia berdosa. Jika kita terasa hati dengan penghinaan dia, kita juga berdosa. Tetapi dosa kita lebih besar dari dosa dia.
Anak: Uiks...Tapi kenapa pulak? Kita tak buat apa-apa pun?
Ayah: Kerana orang yang menghina kita itu adalah peringatan daripada ALLAH.
Anak: *Blur
Ayah: Kenapa kita dihina oleh orang itu? Kerana itu adalah ujian dari ALLAH. Kenapa ALLAH hadiahkan kita ujian itu? Kerana DIA nak mengingatkan diri kita yang dah leka dengan dunia. Bila kita berkecil hati dengan orang tersebut, bermakna kita tak redha dengan ujian yang ALLAH turunkan. Kesimpulannya, kita bukan kecil hati dengan orang, tetapi kita kecil hati dengan ALLAH.
Anak: Ooo..Ok...
Ayah: Lagi parah bila kita pun cerita pada kawan-kawan kita, "Dia dah banyak buat aku macam ni, macam tu..." dan sebagainya. Dan kawan-kawan kita pula akan cerita pada kawan-kawan lain, "Kesian kawan kita tu..budak tu dah banyak sakitkan hati dia..." Jadi keredhaan kita terhadap ujian ALLAH itu lesap.
Anak: *Termakan cili
**********
Subbahanallah. Hanya itu yang mampu saya lafazkan. Sesungguhnya manusia itu sentiasa berada dalam kerugian. Malu sendiri kerana saya memiliki sikap ini. Astagfirullah hal azim. Ringkasnya saya cuba untuk menjauhi sifat ini, sifat mudah berasa hati. Insyaallah akan sedaya upaya untuk redha dengan ketentuan Allah dan bersyukur di atas peringatan yang diberikan.
:: 9 /10 / 11 ::
14 cOmments (",):
mtk izin hana ambik entry nie ek.. untuk ingatkan kepada kawan2 yang lain:)
thnx for the info..sies baru tahu~
@Onitsuka_hana
bOleyh2.. sile kan.. :)
@me suya
wc. sy juga baru tahu setelah hidup sekian lama.. syukur masih belum terlewat..
wow... serious berguna info ni.. 1st time dgr.... i nk link kan entry i kay :)
@eeqa~
Ouke dear.. :)
jom kita muhasabah diri...
@nabella
jOm.. insyaallah..
da klik nuff awak . hehe tenkiu .
@noraauliyya
ngee. tenQ jgk larh.. huhu
eh,ini betul ye?terkesima.sebab alin selalu dan cepat emosi.hu3
@aleen aiden
sy juga seOrg yg cepat emOsi.. plus lg cepat sgt sensitif..
p/s :: ambil iktibar dan pengajaran. Insyaallah
Nice.. like3 :)
@Fikri
:)
Post a Comment