Mereka kata ikhlas itu datang dari hati,
Bila melakukan sesuatu tidak mengharapkan apa-apa balasan,
Bila memberi dengan serela jiwa hanya kerana Allah SWT,
Bila hati rela semua pasti akan menjadi mudah dan tenang,
Ikhlas untuk mencari keredhaan Allah SWT semata-mata.
Namun, mengapa sOalan ini berterusan diragui?
"Ikhlas ke aku?" atau "Ikhlas ke dia?"
Walhal mulut sentiasa mengujarkan "Saya ikhlas"
Kemudian dipersOalkan pula "Ikhlas ke?" atau "Macam tak ikhlas je"
Sepertinya adakah sebuah penimbang untuk mengukur keikhlasan?
Ikhlas itu terlalu subjektif, payah dan sukar untuk ditafsirkan,
Ia lahir dari dalam hati diri sendiri tanpa perlu ada nOda hitam,
Mencampuri urusan hingga memesOngkan hati selain dari jalanNya,
Berlandaskan niat itu ikhlas hanya antara kita dengan diri-Nya
Siapa kita untuk menilai keikhlasan sesama manusia?
Sedangkan [ Manusia Tidak Yang Sempurna ]
*******************
Ikhlas itu milik Allah :
Ikhlas itu milik Allah :
"Ikhlas itu satu rahsia dalam rahsia-Ku, Aku titiskan ia dalam hati hamba-hambaku yang aku kasihi "(Hadis Qudsi)
"Sesungguhnya Allah Taala tidak memandang gambaran lahir kamu tapi dia melihat apa yang ada di dalam hati kamu."(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Pss :: Saya tidak sempurna.
2 cOmments (",):
Eza jugak tidak sempurna. Tapi, insyaAllah Eza memang selalu sebatikan nilai ikhlas dalam diri.
:)
ikhlas mmg bukan benda senang.
Post a Comment