Thursday, April 24, 2014

[ Askara ]

Assalammualaikum..


Tidak pasti seperti mana aksara-aksara ini patut disusun. Ringkasnya, Bismillahhirahmanirrahim. Dengan sepenuh cintaMu, Allah redhakanlah. Perlahan dari dalam tumpahkan semua yang terpendam. 




" Sering aku tertanya-tanya, apa yang aku punya? Ya, tidak aku punya apa, melainkan nyawa yang banyak kali tercungap-cungap bila jahiliyah merentap jantung. Itu pun pinjaman Allah jua. "

"Dan jika ditanya ke mana hati menyusup pergi, jawapannya di sini.  Dengan mengeja aksaranya setiap satu, kau sedang membaca aku."





* Rindu pada awan. Rindu pada laut biru. Rindu pada pasir pantai. Rindu pada ros putih. Rindu pada haruman bunga. Jiwaku pasti tersenyum. SemOga aku masih dengan senyuman yang menguatkan jiwa.



P/s :: Trust Allah Diana.

Friday, April 18, 2014

[ Akur ]

Assalamualiakum...


[ SemOga masih dengan senyuman yang menguatkan jiwa. ]


[ Jauhku menunggu, jauhku berharap, tenangkan jiwaku, jiwaku mati. ]



" Duhai hati, teguhlah, tabah dan sabar. Bukankah lebih dari ini kau pernah rasa? Aku belajar rendahkan jiwa dan akur sahaja bahwa Tuhan, ajar aku untuk masih membungakan senyum. Dan aku sedar, aku bukan sesiapa tanpa Tuhan. KOsOng."



P/s : Pada yang jauh, maafkanku kerana gagal mendekat. Pada yang hampir, maaf kerana tidak pandai membelai. Dalam kehidupan ini, kerap kali yang kita lihat sebagai satu pengakhiran rupa-rupanya adalah suatu permulaan yang baru.

Saturday, April 12, 2014

[ Semalam ]

Assalamualaikum..



Waktu, terus saja berjalan.
Melewat dan melewati, dengan apa yang tertinggal di belakang.
Sedang lewatinya waktu, aku belajar tentang sesuatu.
Sesuatu, yang tak mati dalam ingatan, tak mungkin sama sekali.
Walau kau mahu menidakkan dan tak mempedulikan.
Semalam sebagai satu [ Keterikatan ] buatku.



Semalam sebagai satu kenangan.
Dan keterikatan aku terikat pada hari semalam.
Aku mahu mengingat semua kenangan, dengan senyuman.
Walau mungkin, ada kenangan-kenangan yang pernah menyesakkan.
Tak mengapa.
Kerana aku tahu, dengan kenangan,
Tuhan sedang mengajarkan.
Tuhan sedang menguatkan.
Tuhan sedang memberi aku merasa pengalaman.



Kenangan, aku simpan di sudut hati paling dalam.
Terlalu jauh dan tidak mungkin terselam.
Cuma ada waktu, aku kembali menyelami.
Mengulang semula kenangan. 
Lalu, mengingatnya satu per satu,
Tanpa membuat ada air mata terurai sesalan.
Kerana, aku pikir, ada antara kenangan itu, indah memorinya.
Untuk dilupakan dan kenangan takkan mungkin terhapus.
Walau terpaksa atau memaksa melupakannya.
Kerna itu adalah cerita, cerita hidup yang pernah dirasakan.


Cuma, jangan terlalu angkuh mendOngak ke langit hingga alpa pada semalam, 
Kerna ada kalanya perlu menOleh ke belakang,
Untuk menilai diri sendiri yang semalam,
Nah, sekarang aku sedar, perit untuk melawan diri yang semalam,
Aku tidak pernah bertarung dengan siapa-siapa.
Aku hanya melawan diri aku yang semalam.



[ Semalam yang membangkitkan aku untuk kuat seperti hari ini ]



[ Masih penuh dengan mimpi-mimpi dan impian. Yang sepertinya sama seperti semalam. 
Yang sederhana dengan senyuman yang menguatkan jiwa. MOga dipermudahkan segalanya. ]




Tuhan, yakini perempuan ini dia lebih tegar dari apa yang dia ffikirkan. Tuhan, yakni dia agar hatinya tak patah di persimpangan jalan. Dia cumalah seOrang perempuan biasa yang takkan pernah sempurna. Yang pernah punya sisi gelap dalam hidupnya. MOga masih dalam rahmat Tuhan hendaknya. Kepada Tuhan sahaja dia meminta mOga sampai ke pengakhirannya. Ameen Ya Rabbal'alameen.




P/s :: Terima kasih semalam. Semalam, seminggu, sebulan atau setahun yang telah menjadi hari semalam buatku. Semalam yang bertarikh 11 April 2014.

Wednesday, April 9, 2014

[ Wordless Wednesday #14 ]





















[ Diam. Hanya dengan diam kau bisa dengarkan suara jiwa aku dalam-dalam. Diam-diam perlahan dari dalam tumpahkan semua yang terpendam. Pada apa di jiwa malah depan mata beri tanpa karat caci-maki yang kOngsi tanpa rasa benci ] 



P/s :: Biarkan dunia berputar, seiring waktu berjalan.

Tuesday, April 8, 2014

[ Keterikatan ]

Assalamualaikum..



[ Ikat. Terikat. Diikat. Ikatan. Keterikatan ]


Perjalanan hidup ini tidak pernah terlepas dari rasa keterikatan. Keterikatan kepada yang Maha Kuasa, manusia, sesOrang, sesuatu, benda atau apa sekalipun. Namun, aku bersyukur kerana rasa keterikatan ini yang membuat aku terus berpegang pada tali yang satu walau ada kalanya membuatkan hidup penuh dengan kecemasan dan kegelisahan hingga akhirnya membawa aku belajar untuk sentiasa menjadi hamba yang memperindah diri kearahNya.




'Keterikatan'. Iyaaa, aku sering dirundung perasaan ini. Kerap merasakan bahawa hati aku terikat pada tempat yang aku kunjungi. Aku jadi terngiang-ngiang bau udaranya, teringat-ingat wajah-wajah Orangnya, terbayang-bayang kabut dan damai suasananya. Mungkin lebih tepat, aku rindu saat-saat indah itu. Entah, sebenarnya adakah aku sahaja yang disesak dengan perasaan dan penyakit ini? Hingga terkadang aku sendiri tidak pernah faham dengan keadaan diri aku sendiri. KOmpleks bunyinya bukan? 



Aku bukan terikat pada tempat atau merasakan bahawa hati aku tertumpah pada tempat yang aku kunjungi. Macam yang aku kata, aku rindu saat-saat itu. Bila aku rindu, aku akan jadi teringat-ingat. Bila teringat-ingat, aku akan sebak. Hari-hari yang aku lalui, akan dihantui dengan rasa sebak. Iya, lagi kOmpleks bukan? Gila! Memang, pernah satu saat aku merasa diri sendiri sudah gila. Keterikatan dan merasa terikat ini adalah satu kegilaan. Dan yang penting aku tidak pernah minta untuk difahami.



Hinggalah akhirnya, aku mula mengerti kegilaan dan keterikatan ini atas dasar apa. Lalu, lantas aku letakkan kegembiraan atau kesedihan sesuatu keterikatan itu disandarkan pada Tuhan semata-mata. Walhal hakikatnya, aku sedang berperang dengan jiwa untuk kuatkan hati. Aku akan sentiasa mengemis-ngemis dengan Tuhan, "Kuatkan aku. Kuatkan aku. Kuatkan aku. Aku sebenarnya tak mampu." Namun, terkadang bila iman aku condong, aku terhenti pada titik tanya, "Kenapa aku jadi begini?" "Kenapa aku buat begini?" Dan kunci jawapannya semua tersimpan hikmah pada Tuhan. Aku cuba cari kekuatan dari dalam diri dan yakini setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.



*****
Perempuan gila, Perempuan gila-gila dan Perempuan Keras Kepala, 
Perempuan biasa, Perempuan hati luar biasa dan Perempuan Tak Sempurna.
Niadeanna.


 [ Kau bOleh menyandar pada seribu bahu kalau kau mahu, tapi kau memilih untuk yang satu itu,
yang paling dungu, yang buat kau bersandar sambil air mata jatuh bertalu dan hati kau pecah seribu ]




P/s :: Tuhan jagakan mereka yang aku kasih dan sayang.  Tuhan jagakan kamu buat diriku. Pasti dan ini yang membuat aku mampu terus tersenyum. MOga kau juga tersenyum sama bila mana mata terhenti baca pada nOktah terakhir. With lurve, Niadeanna.

Sunday, April 6, 2014

[ Dia ]

Assalamualaikum..

Bissmilahirrahmanirrahim..

Dia..
Hati seOrang dia..
Hati dia sebuah taman rahsia,
Bersama pagar yang tinggi binaannya.


Dia hanya seOrang yang lagak tabah sahaja,
Gemar hadiahkan senyuman pada sesiapa,
Padahal dia, dia sembunyikan tangisnnya.
Cukup sekadar Orang rasa dia baik-baik sahaja.


Iyaa, Dia baik-baik sahaja,
Dia tak mahu nampak kalah tampak tewas.
Dia tahu jiwanya kental. 
Dia bukan perempuan berjiwa rapuh,
Hanya kerana pernah terjatuh, 
Hati dia tidak mudah lumat,
Hanya kerana pernah dikecewa hebat.


Kini, hati dia bukan lagi hati biasa,
Telah dia kunci dengan kunci yang luar biasa,
Dan telah dia serahkan kuncinya pada Pencipta,
Biar sahaja Tuhan yang buka semula.


****
Dea'adeanna, Niadeanna.
 

dan hujan pun mula turun 
menjadi memori yang tersusun nan indah


P/s :: Heart fOr the Only One. Only.