Tuesday, December 4, 2012

[ Officially GraduatiOn ]

Assalamualaikum.



[ Ceritera suatu masa dulu : 2007 ]


Waktu itu, usiaku masih lagi belasan tahun ditambah pula dengan perasaan yang bercampur baur dalam diri yang sukar untuk dimengertikan, ku cuba melapangkan dada dan yakini bahawa ini adalah yang terbaik dalam hidupku. Ku bersyukur kehadratnya, ku cuba melihat diriku 6 tahun akan datang. Siapa diriku? Dan InshaaAllah, dengan izinNya bakal terjadi. Ku mula mengatur langkah demi langkah untuk demi bergelar Guru Pelatih. WalaupOn pengambilan diriku sebagai seOrang student secOnd intake, namun kupanjatkan rasa syukur ke hadratNya kerana rezeki buatku tertulis untuk aku ditempatkan disini. Allah s.w.t memakbulkan hasrat kedua ibu bapaku yang inginkan aku untuk menjadi guru. Alhamdulillah.


Namun, berat juga rasa hati kerana ini pertama kalinya aku akan berpisah dan berjauhan dengan ahli keluarga. Waktu itu terasa jauhnya bumi Penang dengan bumi Kelantan. Mungkin juga faktOr anak bOngsu yang mempengaruhi diriku. Banyak perkara dan benda baru  yang perlu aku pelajari dan sesuaikan. Tempat, kenalan, suasana, kehidupan asrama dan alam belajar. Ape pOwn, dari sini aku mula belajar untuk berdikari. Mencabar diri sendiri apabila melihat kawan-kawan yang juga mampu untuk berada di sini. Aku mula percaya dengan kekuatan diri sendiri. Aku juga mampu! Namun, sejujurnya ku akui bahawa rakan-rakan yang menjadi kekuatan untuk terus mengharungi hidup setiap hari di sini. Hinggalah tersemai bibit-bibit kasih sayang selama 5 1/2 bergelar guru pelatih.Kita seperti satu keluarga. Ini kisah kita, ini [ Kisah Kasih Kita ].




[ 5 1/2 years spending tyme at here  ]


[ PrOud tO be teacher ]



[ They shOuld prOud tO me, mybe. :p ]













[ My family n my everything ]











[ Ceritera masa kini : 2012 ]


Waktu ini sudah genap sebulan menamatkan pengajian. Bermakna sudah 5 1/2 tahun berlalu dan sudah 5 1/2 tahun perjalanan sebagai seOrang guru pelatih telah berjaya ku tempuhi. Cepatnya masa berlalu. Terasa bagai semalam baru bersama ahli keluarga yang mana mereka menghantar diriku untuk mendaftar. Namun realitinya kini mereka kembali ke sini untuk mengambilku dan menjemputku pulang setelah menamatkan pengajian. Alhamdulillah dan syukur. Hanya itu yang mampu aku ungkapkan. Bukan mudah untuk mengharungi perjalanan sepanjang 5 1/2 tahun ini. SemOga diriku tidak pernah alpa dengan setiap apa yang dikurniakan buatku.  SemOga setiap apa yang aku pelajari akan berguna buat diriku dan juga dapat memberi manfaat buat Orang lain. SemOga aku akan terus melangkah dengan lebih berani bersama bekalan yang ditimba sepanjang 5 1/2 tahun.


Kini, kenangan bersama sepanjang 5 1/2 tahun yang terlakar di bumi Kelantan tidak mudah untuk dilupakan. Segalanya menjadi yang terindah dalam hayat ini. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. WalaupOn pahit untuk ditelan namun ini hakikat dalam kehidupan. Sekali lagi aku diuji, berpisah dengan mereka yang aku sayangi sepanjang berada di sini. Namun, ungkapan si dia sentiasa aku ingati " Selalunya Orang yang kita sayang akan pergi meninggalkan kita ". Aku terpaksa mengakuinya dan ini  mengajar aku menerima kenyataan sebenar. Nilai persahabatan ini terlalu berharga. Aku hanya mampu bermOhon semOga Allah s.w.t memanjangkan nilai persahabatan ini. Kalian adalah anugerah terindah dalam 5 1/2 tahun ini especially my hOusemate. :)








P/s :: Doakan semOga diberi kelancaran semasa interview SPP.  SemOga cepat juga dipOstingkan.  Amin. InshaaAllah.

23 cOmments (",):

Admin said... [Reply]

tidak jemu menimba ilmu,
bakti setulus hati dan budi :)

Cik Diana said... [Reply]

@ahsfantasy24

Penyayang berakhlak mulia,
Mendokong visi misi IPG. ;)

Cik Nor said... [Reply]

selamat pagi cikgu..:)

Cik Diana said... [Reply]

@normi nieza

Pagi. :p

Nyue said... [Reply]

salam cikgu...

semoga cepat posting...

nyue singgah komen n follow sini.. :))

Azie said... [Reply]

besarnya jasa cikgu pada bangsa.. sy amat respek pada yg jadi cikgu ni sbb budak sekarang tak mcm budak dulu.. cabaran sungguh hebat, pernah jadi cikgu ganti...huhu

apa pun gud luck 4 future

Jom singgah blog azie plak
www.vitasihatcantik.blogspot.com

Cik Diana said... [Reply]

@Nyue

InshaaAllah. Doakan. :)

Cik Diana said... [Reply]

@azi hashim

Thanks. :)

Anonymous said... [Reply]

semoga menjadi guru yang dedikasi :)

Nik said... [Reply]

lama gak yea.lbh 5 tahun

apappun moga cepat2 posting :)

snf said... [Reply]

all the best akak untuk interview SPP nanti. :-) all the best juga untuk IPGKBians hehehe. boleh boleh boleh pastii boleh! kami guru malaysia berikrar dan berjanji bla bla bla...

diana lee said... [Reply]

tahniah sis.. gudluck too :>
sy lagi 2 tahun.. huhuhu

Unknown said... [Reply]

gud luck kak!!!
rumate sy sama cam akak gak..
semoga dipermudahkan temuduga dan cepat posting...
Amin.. :)

Cik Diana said... [Reply]

@Rapunzeel Cikilolo

InshaaAllah. Harap2 nya mcm tu larh. :)

Cik Diana said... [Reply]

@nik ros

Lame kan. dekat 6 thn. Thanks akak. :)

Cik Diana said... [Reply]

@snf

Same. Utk awk jgk. Gud Luck interview nnty. IPG KKB dihati. :)

Cik Diana said... [Reply]

@diana lee

Study leklOk yee my juniOr. Perjalanan anda masih panjang.

Cik Diana said... [Reply]

@Cikgu Fikri

Amin. Thanks yea Fikri. :)

s h a said... [Reply]

Goodluck cikgu.Semoga smeuanya berjalan lancar dan dipermudahkan Allah :)

kucokelat said... [Reply]

lepas ni jd cikgu dah. tu la cepat je masa berlalu...

Annamariana1989 said... [Reply]

good luck akak..
moga segala impian
akan lekas terlaksana...
amin..

Miss Zahirah said... [Reply]

gud luck for ur future undertakings.. ;)

shekechik said... [Reply]

Good luck cikgu!!!