Monday, December 31, 2012

[ Penutup Masihi ]

Assalamualaikum.


Mereflek diri sebelum menutupi pintu masihi. Ku rasakan perjalanan hidupku yang penuh dengan pilihan. Pilihan  berdasarkan pemilihan ke atas setiap pilihan yang ada. Namun, kurangnya dalam diriku adalah istiqamah. Itu yang membuat diriku terus dalam kekurangan. Ku mendambakan perubahan yang lebih sempurna. Di mana silapnya aku, di mana kurangnya aku. Moga ada jalan bagiku dan petunjuk itu. Tunjukkan Aku.

[ Sumber : Ehsan Gugel ]




P/s ::  1 June 2012 & 25 November 2012 a date to remember.

Saturday, December 22, 2012

[ I LOve yOu. ]

Assalamualaikum.


For someOne that i lOve, The mOst perfect wOman in my  life. WhO always supported me thrOughOut in life. You taught me the value of living, When yOu were nOt arOund, It's sO hard. Thanks fOr everything. Happy Birthday mummy. LOve u sO much mummy. :)





[ Fresh flOwer fOr mummy! ]





* sumpah malu bace blik entry nie. aku ker tulis? :p




P/s :: For u mummy, Iwill.

Wednesday, December 12, 2012

[ I'm Ouke ]

Assalamualaikum.



Yup, I'm Ouke. 
InsyaAllah.
:'(



[ "Dun think tO much" ]



Insyaallah, thinking positive.




P/s :: Yang Indah Hanya Mimpi. Mimpiku Musnah. Harapan Ku Hancur. Sayapku Patah.Takkan Ku Menyerah Kalah.

Friday, December 7, 2012

[ Visiting Istana Negeri Kelantan ]

Assalamualaikum.


Sebelum meninggalkan bumi Kelantan tempOh hari, sempat juga bersama-sama dengan family berkunjung  ke Istana Negeri Kelantan sempena EkspO MAIK yang diadakan  di dalam kawasan Istana. Hampir sebulan jgk EkspO nie berlangsung tp skunk nie dah habis la. Sempat jugak datang ke sini 3 kali. EkspO nie ke arah Islamic cket, lagipun anjuran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Kelantan (MAIK). Jadi masa datang sini banyak jugak input2 yang berguna, dapat la melihat replika rumah Rasulallah, pedang Nabi dan para sahabat, sejarah penulisan al-quran, tokOh n banyak lg la. Yang paling besh kira dua dalam satu sambil berexspO, sambil mejelajah kawasan Istana.  Penat jugak jelajah kawasan istana yang luas nie. Tapi, yang paling tertarik pada lukisan yang terletak di dinding dalam istana. Siyess cantik! FullstOp. Cuma malangnya pictures nOt allOwed, nak curik2 snap pOm xbOleyh. Hanya kawasan tertentu jee bOleh snap pictures. Lagi pOwn ade pegawai yang jaga. :(




[ Sekitar Luar Istana ]


[ Motif ? POm bOleyh. ]


[ Laluan Masuk ]


[ Apakah tempat nie ? ]


[ Sekitar Dalam Istana ]



[ With my nephew. Nabil  Farhan ]


[ With my sister ]



[ With half Of my big family :) ]
 



Ouke, itu sahaja kisah2 kenangan di bumi Kelantan. Ntah bile plak akan datang ke sini lagi. 
Bubbye! Wassalam. 




P/s :: #Kenangan

Tuesday, December 4, 2012

[ Officially GraduatiOn ]

Assalamualaikum.



[ Ceritera suatu masa dulu : 2007 ]


Waktu itu, usiaku masih lagi belasan tahun ditambah pula dengan perasaan yang bercampur baur dalam diri yang sukar untuk dimengertikan, ku cuba melapangkan dada dan yakini bahawa ini adalah yang terbaik dalam hidupku. Ku bersyukur kehadratnya, ku cuba melihat diriku 6 tahun akan datang. Siapa diriku? Dan InshaaAllah, dengan izinNya bakal terjadi. Ku mula mengatur langkah demi langkah untuk demi bergelar Guru Pelatih. WalaupOn pengambilan diriku sebagai seOrang student secOnd intake, namun kupanjatkan rasa syukur ke hadratNya kerana rezeki buatku tertulis untuk aku ditempatkan disini. Allah s.w.t memakbulkan hasrat kedua ibu bapaku yang inginkan aku untuk menjadi guru. Alhamdulillah.


Namun, berat juga rasa hati kerana ini pertama kalinya aku akan berpisah dan berjauhan dengan ahli keluarga. Waktu itu terasa jauhnya bumi Penang dengan bumi Kelantan. Mungkin juga faktOr anak bOngsu yang mempengaruhi diriku. Banyak perkara dan benda baru  yang perlu aku pelajari dan sesuaikan. Tempat, kenalan, suasana, kehidupan asrama dan alam belajar. Ape pOwn, dari sini aku mula belajar untuk berdikari. Mencabar diri sendiri apabila melihat kawan-kawan yang juga mampu untuk berada di sini. Aku mula percaya dengan kekuatan diri sendiri. Aku juga mampu! Namun, sejujurnya ku akui bahawa rakan-rakan yang menjadi kekuatan untuk terus mengharungi hidup setiap hari di sini. Hinggalah tersemai bibit-bibit kasih sayang selama 5 1/2 bergelar guru pelatih.Kita seperti satu keluarga. Ini kisah kita, ini [ Kisah Kasih Kita ].




[ 5 1/2 years spending tyme at here  ]


[ PrOud tO be teacher ]



[ They shOuld prOud tO me, mybe. :p ]













[ My family n my everything ]











[ Ceritera masa kini : 2012 ]


Waktu ini sudah genap sebulan menamatkan pengajian. Bermakna sudah 5 1/2 tahun berlalu dan sudah 5 1/2 tahun perjalanan sebagai seOrang guru pelatih telah berjaya ku tempuhi. Cepatnya masa berlalu. Terasa bagai semalam baru bersama ahli keluarga yang mana mereka menghantar diriku untuk mendaftar. Namun realitinya kini mereka kembali ke sini untuk mengambilku dan menjemputku pulang setelah menamatkan pengajian. Alhamdulillah dan syukur. Hanya itu yang mampu aku ungkapkan. Bukan mudah untuk mengharungi perjalanan sepanjang 5 1/2 tahun ini. SemOga diriku tidak pernah alpa dengan setiap apa yang dikurniakan buatku.  SemOga setiap apa yang aku pelajari akan berguna buat diriku dan juga dapat memberi manfaat buat Orang lain. SemOga aku akan terus melangkah dengan lebih berani bersama bekalan yang ditimba sepanjang 5 1/2 tahun.


Kini, kenangan bersama sepanjang 5 1/2 tahun yang terlakar di bumi Kelantan tidak mudah untuk dilupakan. Segalanya menjadi yang terindah dalam hayat ini. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. WalaupOn pahit untuk ditelan namun ini hakikat dalam kehidupan. Sekali lagi aku diuji, berpisah dengan mereka yang aku sayangi sepanjang berada di sini. Namun, ungkapan si dia sentiasa aku ingati " Selalunya Orang yang kita sayang akan pergi meninggalkan kita ". Aku terpaksa mengakuinya dan ini  mengajar aku menerima kenyataan sebenar. Nilai persahabatan ini terlalu berharga. Aku hanya mampu bermOhon semOga Allah s.w.t memanjangkan nilai persahabatan ini. Kalian adalah anugerah terindah dalam 5 1/2 tahun ini especially my hOusemate. :)








P/s :: Doakan semOga diberi kelancaran semasa interview SPP.  SemOga cepat juga dipOstingkan.  Amin. InshaaAllah.

Sunday, December 2, 2012

[ Jatuh ]



Bissmillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.



 " Seketika aku berfikir, Perasaanku yag tiba semalam,
Jangan pernah mengasingkanku, Daripada damai pelukan.


Terhenti nafasku berlari, Dibelai lembut seindah mimpi,
Berlagu berbisik hati, Semulajadinya aku jatuh.


Tak ku mampu tak ku mampu, Tak ku mampu tak ku mampu 
Tak ku mampu tak ku mampu, Tak ku mampu tak ku mampu "



[ Tenang dan damai bila berada di rumahNya ]


" Jangan pernah biarkan aku alpa "

[ Ketenangan yang dicari ]

[ 2 Disember 2011 ] *** [ 2 Disember 2010 ]




P/s : 2 Disember in memOry. 

Thursday, November 29, 2012

[ Soal Hati ]

Assalamualikum.


" Perit hati yang ku rasa, Tak dapat menahan gelOra di jiwa, Kasih sayang yang aku berikan, 
Hanyalah menghancurkan sebuah impian "






P/s :: HOpe that it's nOt tOo little too late. Im feel Lost. IncOmplete. Meaningless.

Saturday, November 24, 2012

[ Istanbul Aku Datang ]

Assalamualaikum.


Hyee blOgger! Rindunya sbb dah lama kite xupdate blOg nie. Ouke sebelum tu nk mintak izin nk jerit kat sini. Istanbul Aku Dah Datang!! Ngee. Ouke kali nie, entry wajib khas untuk mr. bOyfiee. Oppst! Suami Org la Cik Niadeanna. Ekceli, kite minat sgt dgn Abg BetO kalO blh cOpy paste mmg nk sgt buat calOn suami  sbb dye sweet, cOmeyl, sempOi, slumber n rOmantik jee bile tgk dye belakOn. *Jatuh hati laa. Wink2. *_*












 [ Aku Dah! ]












[ Teruja! Rasa mcm tiket murah jee. Hehe. ]


 Ouke, memula sekali nk cakap awal2 xnk review pasal citer nie larh sbb mmg sah2 akan jd bias. Asal ade Abg BetO mmg automatik suka. Mase tgk citer nie rasa mcm sengal jgk la. Asal ade watak abg BetO jee mula la tersengih. Automatik n tindakan reflect xblh nk cOntrOl diri rasanya. Huhu. Dalam tersengih tu pOwn blh jee menangis. Feeling n tOuching bile terpasang lagu patah seribu. Sakitnya hati bile tahu pasangan curangkan. Geramnya, Benci! Seandainya ade keikhlasan n perasaan syukur mungkin menda mcm nie dapat dielakkan Tp yg paling menyampah keadaan mcm nie bila  kepercayaan dah dipersia2kan. Peluang kedua plak kadang2 indah khabar dari rupa. Owh My Gucci.  Me?? Pengalaman. :(






P/s :: Ouke, next movie to watch Twilight. :)

Saturday, November 10, 2012

[ 10 November 2012 ]

Assalamualaikum.



 





 Ya rabbal alamin..
Jika ada 2 pilihan dan diantaranya adalah dia, tentu aku akan memilihnya,
 
Jika ada 10 pilihan dan diantaranya adalah dia, tentu aku akan memilihnya, 
Jika ada 100 pilihan dan diantaranya adalah dia, tentu aku akan memilihnya,

Tetapi..

Jika hanya ada 1 pilihan dan tidak ada dia dalam pilihan itu,
Maka aku pun akan menerimanya sebagai pemberian terbaik dariMU,
Aku tidak akan memaksa diriku untuk memilihnya,
Buatlah aku mencintai pilihan yang engkau berikan,
Buatlah aku setia pada pilihanmu,
Buatlah aku menyayangi pilihan yang engkau amanahkan..
Amin, Amin ya rabbal a'lamin.. 








P/s :: Cantik. 10/11/12

Friday, November 2, 2012

[ Kisah Kasih Kita ]

Assalamualaikum.


Pertamanya semOga diberi kekuatan untuk menulis entry kali nie. WalaupOwn hanya sekadar penulisan entry biasa namun ini larh sebahagian serpihan perasaan  yang terbuku di hati yang dapat dikongsi bersama. Lima tahun setengah kita bersama, dan kini hanya tinggal 5 hari sahaja lagi. Bayangkan lima tahun setengah kita bersama-sama. Pelbagai cabaran dan dugaan yang pernah kita lalui dijalan ini, mengharungi pelbagai suka duka, pahir getir, jatuh bangun dan segala-galanya dalam merasai secebis erti kehidupan sebenar. Terasa bagai semalam segala-galanya baru bermula. Tapi hakikat yang terpaksa diterima penghujungnya telah hampir tiba.



Masa terlalu cepat berlalu dan seandainya dapat diundurkan masa itu, ingin saja ditambahbaik segala kekurangan yang pernah dilakukan. Sepanjang perjalanan yang berliku ini mungkin ada yang pernah berkecil hati atau secara tidak sedar ada hati yang turut terluka. Sesungguhnya saya hanya manusia biasa yang tak dapat lari dari melakukan kesilapan dan mungkin sesekali diri ini pernah tersasar dari landasan yang telah tetapkan. Seribu kemaafan diminta atas kekhilafan diri ini. Entah dimana silapnya mengapa terjadi sebegitu. Namun bila menilai kembali sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah s.w.t dan yang buruk itu datang dari kelemahan saya sendiri yang Allah benarkan berlaku untuk menunjukkan kita hanya manusia biasa dan tidak sama dengan Yang Maha Sempurna.



[ Buat PISMP Semester 8 ]



Sedang kita meniti hari-hari terakhir sebagai seOrang guru pelatih, seOrang daripada kita sedang berjuang untuk terus hidup akibat terlibat dalam sebuah kemalangan. Sesungguhnya berat hati kami semua dan merasa seperti satu kekurangan untuk mengakhiri hari-hari terakhir yang sepatutnya kita raikan bersama-sama. Sayu rasa hati bila melihat meja di dalam dewan peperiksaan yang sepatutnya berpenghuni tetapi kosong. Buatmu sahabat, sesungguhnya iringan dOa sentiasa kami iringi agar engkau terus kuat untuk menghadapi dugaan dan melawan kesakitan. SemOga Allah s.w.t memakbulkan dOa kami semua agar dirimu kembali pulih seperti sedia kala. Kuatkan semangat dan tabahlah duhai sahabat.



[ Buat IPG Kampus Kota Bharu ]



Di sini segala-galanya bermula. Bersama melakar warna seindah pelangi. Ceritera jiwa dan akal. Tangisan dan keringat yang pernah tertumpah disini. Melangkah bersama mengenali erti persahabatan. Menghayati erti harapan dan kasih sayang. Tiba masa untuk kita mengucapkan selamat tinggal. Kita ditemukan dan akhirnya dipisahkan. :'(




[ Sumber : Thanks Abg Long utk video sentimental value nie. *_*  ]


" Terima Kasih IPG KKB. Kami bangga menjadi guru.Selamat Bertugas "



** [ Dedikasi ] ** [ A Thousand Years ] ** [ Penghargaan ] **



P/s ::  Be strOng my heart :'(

Wednesday, October 24, 2012

[ A Thousand Years ]

Assalamualaikum.


Heart beats fast
Colors and promises
How to be brave
How can I love when I'm afraid to fall
But watching you stand alone
All of my doubt suddenly goes away somehow

One step closer

I have died everyday waiting for you
Darling don't be afraid I have loved you
For a thousand years
I'll love you for a thousand more

Time stands still
Beauty in all she is
I will be brave
I will not let anything take away
What's standing in front of me
Every breath
Every hour has come to this

One step closer

And all along I believed I would find you
Time has brought your heart to me
I have loved you for a thousand years
I'll love you for a thousand more 





P/s :: A mOment tO remember. 15 days tO gO. :'(

Wednesday, October 10, 2012

[ Pembentangan Seminar Penyelidikan Tindakan ]

Assalamualaikum.


[ A mOment tO remember ]



Date   : 8 Oktober 2012
Time    : 9.00 am - 9.30 am
Venue  :  MGU Hotel, Kota Bharu.



 [ Sebelum Pembentangan ]






























[ Perjuangan baru bermula ]























[ Alhamdulillah. Masih Mampu Tersenyum ]























[ Sesi soalan jawab dan penambahbaikan dari panel penilai ]



P/s :: Alhamdulillah, berkat doa dan sokongan dari mereka disekeliling terutamanya family, hOusemate n kawan2 telah membuatku mampu untuk terus berdiri. Thanks korunk! :)


Saturday, October 6, 2012

[ Seminar Penyelidikan Tindakan ]

Assalamualaikum.


One Of my big day......



Tarikh Pembentangan : 8 Oktober 2012
Masa Pembentangam : 8.30 pagi hingga 9.00 pagi

MOhOn dOakan untuk diberi kelancaran semasa tutur bicara. Kefasihan dalam melOntarkan idea. Panel penilai yang memahami serta perjalanan majlis berjalan lancar. Sesungguhnya dOa itu senjata Orang mukmin. Insyaallah. 



P/s :: NervOus tu perasaan je Cik Diana. menda boleh kawal. *+ve

Wednesday, October 3, 2012

[ Aku Dia & TOng Sampah ]

Assalamualaikum.






COmel nye dyeee.








Ouke, blOg edited. Lepas habis tgk citer nie mmg akn cari dekat utube. Sbb suka tgk ulang2.
Selamat MenOntOn!



P/s :: #Nw BetO Kusyairy. :)

Saturday, September 29, 2012

[ RIndu :'( ]

Assalamualaikum.



Tatkala sedang sibuk menyiapkan assignment, action research, prosiding dan persiapan untuk viva...



[ MC terakhir barangkali. ]







Mummy!
 :'(






P/s :: 37 days tO gO...

Thursday, September 27, 2012

[ Teman Penganti ]

Ketawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita
Mati pun bersama


Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka

Beberapa purnama dulu cinta bertahta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gulana-gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah


Rahsia ini
Telah lama ku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Ku ceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti


Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami


Setia mendengar, sentiasa hadir
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir
Tiba pagi Syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus ku singkap
Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang ku puja
Kau teristimewa tapi dia yang sempurna




[ Gambar Sekadar Hiasan ]


P/s : ...............................................................

Tuesday, September 25, 2012

[ Adakah nakal? ]

Assalamualaikum.




[ Redha Itu Ikhlas, Pasrah Itu Menyerah ]






 P/s : 40 days tO gO...

Friday, September 21, 2012

[ Dedikasi ]



DEDIKASI

“Hadiah Atas Sebuah Perjalanan Mencari Ilmu”


Buat Ayahada dan Bonda yang tercinta
Tn.Hj Abu Bakar Bin Hj Mat dan Pn. Hj Fatimah Binti Abdullah.
 Pengorbanan kalian sentiasa tersemat dalam sanubari dan menjadi pembakar semangatku untuk terus berjuang. Karya ini adalah hadiah atas sebuah pengorbanan  yang kalian telah berikan.  Namun, ini bukan yang pertama dan bukan jua yang terakhir. Perjalananku masih panjang. Restumu kudambakan.


Buat Kekanda dan seluruh keluarga yang disayangi
Kalian sentiasa berada dihati. Kasih sayang yang dicurahkan sentiasa menjadi pemankin semangat buatku. Terima kasih di atas kesudian menjadi pendorong setia, nasihat yang diberikan serta iringan doa dan harapan di sepanjang perjalanan ini..


Buat Pensyarah IPG Kampus Kota Bharu
Jasa kalian tidak mampuku balas. Hanya Allah yang mampu membalas segala jasa dan bakti yang telah dicurahkan. Jutaaan terima kasih atas setiap saat yang telah diluangkan untuk  mendidik diriku di sepanjang perjalanan menagih ilmu dari kalian.


Buat rakan-rakan seperjuangan
Hadiah atas segala sokongan, dorongan dan doa untuk terus tabah menghadapai perjuangan ini. Semoga pahit getir, suka duka yang kita lalui bersama menjadi kenangan terindah dalam hayat ini. Semoga Allah panjangkan nilai persahabatan yang sedia terjalin. Lakaran hidup di sepanjang perjalanan kita bersama tidak akan dilupakan. Semoga kejayaan menjadi milik kita bersama.



 P/s :: 49 day to go.....

Wednesday, September 12, 2012

[ Penghargaan Istimewa Ku Berikan ]



PENGHARGAAN 

Alhamdulillah, bersyukur saya kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia-Nya, dapat saya menyiapkan Laporan Projek Ijazah Sarjana Muda Perguruan ini dengan ilham, kurnia dan petunjuk yang dianugerahkan oleh-Nya.


Seinfiniti penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Tn. Hj Salimie Bin A.B Rahman selaku penyelia bagi projek ini. Beliau telah banyak membantu, membimbing dan menjadi pemudah cara di sepanjang proses menyiapkan kajian ini. Tanpa tunjuk ajar yang jitu dan padu daripada beliau, mana mungkin saya dapat menyiapkan kajian ini dengan sempurna. 


Penghargaan khas ditujukan buat ayahanda dan bonda tercinta iaitu Tn. Hj Abu Bakar Bin Hj Mat dan Pn. Hjh Fatimah Binti Abdullah atas jasa yang tidak terhingga dalam mendidik dan mengasuh saya sejak dari kecil hingga ke hari ini agar dapat menjadi diri saya yang terbaik. Buat kekanda tercinta terima kasih yang tidak terhingga atas segala dorongan, nasihat dan kasih sayang yang dicurahkan dengan penuh keikhlasan.


Tidak dilupakan juga buat guru-guru dan para pensyarah yang mendidik sejak dari awal persekolahan sehingga sekarang yang sentiasa memberi contoh teladan terbaik. Sekalung penghargaan turut diberikan kepada rakan-rakan seperjuangan yang banyak memberi sokongan dan idea-idea yang bernas tatakala berada dalam ketandusan idea. Terima kasih atas segala pertolongan yang diberikan dan saya sangat hargai. Begitu juga penghargaan diberikan kepada murid-murid yang terlibat dalam  tugasan projek ini, kerjasama yang diberikan sangat dihargai.


Akhir sekali, semoga Allah S.W.T  memberikan ganjaran pahala yang besar kepada mereka semua yang terlibat secara langsung atau tidak kerana sanggup berkorban meluangkan masa bersama saya dalam menyiapkan projek ini. Amin. Sekian, terima kasih. Wasssalam. 



 P/s ::  Bila buat part nie utk tesis mmg rasa tOuching sgt. Meaningful :'(