Saturday, March 2, 2013

[ Because she is Diana ]

Assalamualaikum.


" Kadang-kadang, kita rasakan sesuatu benda itu tidak sempurna pada pandangan mata. Namun pada hakikatnya, ia terlalu sempurna apabila dinilai dengan kaca mata hati. "


Kisah [ Orang Kecil ]. Kenapa aku lebih rela berdiam diri dari bersuara. Kenapa aku memilih untuk membiarkan saja, Kenapa aku memilih untuk menyepi. Kenapa aku mengasingkan diri. Kenapa aku lebih sanggup memendam rasa dari berkOngsi. Kenapa aku memilih untuk menanggung sendiri. Kenapa aku lebih pentingkan nasib Orang lain dari nasib diri aku sendiri. Kenapa aku pilih untuk hanya untuk berserah kepadaNya. Kenapa dan kenapa.



Tidak cukup dengan itu, kenapa aku terlalu mudah mempunyai perasaan kasihan terhadap Orang lain.  Kenapa aku terlalu mudah mempercayai setiap kata-kata. Kenapa aku terlalu cepat suka membantu. Kenapa aku sukar untuk  membantah. Kenapa aku sukar untuk menOlak. Kenapa aku selalu mahu menjaga hati Orang lain sedangkan hati aku tidak siapa yang peduli. Kenapa aku mempunyai sekeping hati yang terlalu lembut. Kenapa dan kenapa.


Aku berfikir lagi, kenapa aku masih mampu bersabar atas apa yang telah berlaku. Kenapa aku sukar untuk berterus terang. Kenapa aku sanggup membiarkan Orang lain merendah aku. Kenapa aku dengan mudah akan memaafkan saja apa yang berlaku. Kenapa aku perlu tabah untuk hadapi semua ini. Kenapa. Ku persOalkan lagi. Kenapa. Ku pertikaikan lagi. Kenapa. Namun hanya satu jawapan yg mampu ku  berikan. 


[ Because she is Diana ]
















" Dan apabila aku sakit Dialah yang menyembuhkannya "
Surah As-Syura Ayat 80



This is reflectiOn tO me. Sesungguhnya yang baik datang dari Allah s.w.t dan yang buruk itu datang dari diri saya sendiri. Seandainya ada sifat yang baik, kekalkan dalam dirimu Diana. Namun seandainya ada sifat yang buruk berusahalah untuk menjauhinya. Selagi aku mampu, semOga aku mampu, walau [ Hati Yang Tercedera ]. Aku bermOhOn agar aku mampu menjalani perjalanan yang penuh berliku ini. Redhakan aku dengan setiap ketentuanMu, ikhlaskan diriku. Sesungguhnya aku tiada yang sempurna. Aku hanya insan biasa yang penuh dgn kekurangan.


P/s :: After Allah, nO one can understand me, except yOu "MelOdy frOm my sOul". I'll cOnfide tO yOu.

1 cOmments (",):

Eza Boom Boom :) said... [Reply]

semoga ada hikmahnya ye dear.. all is well.. Insya Allah.