Thursday, June 5, 2014

[ Segenap Rasa ]

Assalamualaikum..


Soal hati. Aku senyumkan. Sinis.
Betapa lebatnya hujan dalam hatiku.
Betapa kencangnya ribut dalam jiwaku.
Mesti semua pengsan berkali-kali.
Penat, letih dengan semua tu.
Cukuplah dengan itu saja.
Noktahkan segalanya.


Saat hati berkata ingin.
Namun Allah berkata tunggu.
Saat air mata menitis,
Namun Allah berkata bersenyumlah.
Saat segalanya terasa memenatkan,
Namun Allah berkata teruslah melangkah.
Aku merancang, Allah juga merancang,
Tapi perancangn Allah itu yang Terbaik.


Tidak aku mahu mencari cinta lagi.
Cukuplah dengan segenap rasa yang dirasakan.
Kerna manusia tak pernah sempurna sifatnya.
Aku, dia, engkau dan mereka juga sama sifatnya.
Yang penting ajari jiwa mensyukuri segala nikmatnya.
Biarlah kali ini cinta itu datang dengan sendiri. 
Cinta halal dari Ilahi. 



Allah mempunyai cinta dan kasih yang lebih besar untukku!
Dia telah menciptakan seseorang buat hidupku.
Ketika merasa aku mencintai seseorang,
Namun aku tahu cintaku tidak berbalas.
Allah tahu apa yang ada di depan ku ,
Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik bagiku.



Aku gantungkan segenap harapan kepadaMu Tuhan.
Engkau yang Maha Memberi. Nescaya aku tidak dizalimi.
Engkau mendengar setiap pengharapanku dalam setiap sujud. 
Engkau menunaikannya dengan cara tersendiri.
Cukup rasa cinta hadir dalam diam dari kejauhan.
Dengan kesederhanaan dan keikhlasan.
Kerana tiada yang tahu rencanaMu Tuhan.


Mungkin saja rasa ini ujian.
Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan
Serahkan rasa itu pada Yang Memberi dan Memilikinya.
Biarkan Tuhan yang mengatur semuanya.
Hingga keindahan itu datang pada waktunya.
Sesuai dan tepat pada masa.


Kumpulkan segala keringat.
Moga jodoh itu ada.
Yang dapat menerima seadaanya.
Doa dalam setiap sujud.
Tadah tangan, tutup muka.
Insyaallah.



 [ Adakala laluan kita makin payah. Sedangkan langkah kaki mula lelah dan langkah makin lemah. Namun, hanya hati yang sarat dengan keyakinan terhadap janji dan rahmat Allah sahaja yang akan kekal kuat dan tidak pernah merasa sendiri. ]




[ Tumpahkan. Limpahkan. Bebaskan pada Tuhan.  Lepaskan semua rasa punah yang tersimpan yang tergenggam yang terpendam. Lawan semua takut dan gundah yang menyesakkan.  Its tyme tO renew my life, refresh and relax. ]



**Kenapa pandang bawah? Jawapannya. Siapa aku untuk terus mendOngak kerana aku sedar aku hanya perempuan biasa yang pernah punya sisi gelap dalam hidup yang masih berusaha memperindah diri kepadaNya.



P/s : Ketika takdir itu sulit untuk difahami, apa yang perlu hanyalah yakin. Yakin dengan janji Allah. Unknown. Yang dirahsiakan oleh Tuhan. Yang kental. Yang gagah perkasa. Yang akan hadir bila sudah tiba masa. Love yOu Mr. Unknown dengan izin darinya. Moga akan hadir menemani di setiap langkah yang menyakini di jalanan ini. Insyaallah. With lurve, Niadeanna.

6 cOmments (",):

Cik Nor said... [Reply]

Allah sentiasa ada bersama mu...

Nur Atiqah said... [Reply]

Deep sangat...

Keep strong and have faith :)

Cik Diana said... [Reply]

@Normi Nieza

Insyaallah. Thanks awk. :)

Cik Diana said... [Reply]

@eeqa~

keep calm and keep smiling. :)

kucokelat said... [Reply]

insyaallah moga baik2 saja...ye..

kucokelat said... [Reply]

moga baik2 saja ye