Alhamdulillah. Syukur. Itu sahaja yang dapat aku katakan untuk hari ni. Segala yang dirancang dapat dilaksanakan walaupOwn banyak perkara yang tidak diduga terjadi. Kalau bOleh digambarkan keresahan dihati hanya Tuhan yang mengetahui saat itu. Hal ini bermula seawal pagi sebaik sahaja aku menerima satu panggilan telefOn yang mendebarkan jiwa raga. Panggilan telefOn dari pensyarah yang senantiasa aku tunggu kehadirannya walaupOwn sudah pasti akan membuatkan hatiku bagai dipukul Ombak keresahan dan kegelisahan.
Namun, walaupOwn keadaan resah gelisah mula menghantui diri, aku cuba gagahkan diri untuk berpijak di bumi yang nyata. Mencubit paha sekuat hati agar dapat menyedarkan aku tidak bermimpi disiang hari. Aku sendiri tidak mengerti entah kenapa harus aku berkeadaan sedemikian rupa sedangkan ini bukan yang pertama kalinya buat diriku. Aku cuba buangkan segala keresahan yang mula menyesakkan dada. Aku meredah keheningan pagi dengan memandu penuh berhati-hati menuju ke sekOlah. Setibanya di sekOlah, aku persiapkan segala kelengkapan terakhir yang akan menjadi senjata untukku bertempur di medan pertarungan.
Sungguh tidak ku duga, seawal pagi juga pensyarahku akan tiba di sekOlah sedangkan aku masih terkapai-kapai dengan kekalutan perasaan sendiri. Beliau mengajak aku bersama dengan rakan untuk bersarapan pagi terlebih dahulu. Aku mula buntu. Mahu bersarapan tapi masih belum cukup persiapan aku rasakan untuk bertempur di medan perang. WalaupOwn ketika itu, sungguh aku lapar. Ingin sahaja aku menjerit dan katakan pada semua yang aku ingin makan dan minum pada waktu itu. Namun, menyedari saat genting yang bakal terjadi, secawan air pOwn aku tidak mampu untuk habiskan. Sungguh pahit anak tekakku untuk menelannya.
Sebaik sahaja jam menunjukkan 8.45 pagi, maka bermulalah pertempuran bagi aku di medan perang selama satu jam. Aku cuba untuk mengemudi prOses pengajaran dan pembelajaran dengan sebaik mungkin. Namun, aku manusia biasa yang tak dapat lari dari membuat kesalahan. Entah dimana silapnya, aku seperti lupa apa yang telah dirancang. Langkah pengajaranku mula bercampur-baur. Namun, bila aku menyedarinya, secepat mungkin Otakku ligat berfikir mencari helah untuk menutupi tindak-tandukku agar dapat mengaburi mata pensyarah. Sememangnya banyak idea spOntan dan benda yang tidak diduga terjadi. Sungguh aku perlu memOtivasi diri sendiri pada saat ini. Berlagak seperti biasa.
Walau bagaimanapOwn, sungguh aku berasa beruntung kerana mempunyai anak murid yang sentiasa aktif untuk melibatkan diri dalam prOses pengajaran dan pembelajaran. Perkara yang paling bermakna dan indah buat diriku, saat di mana sebuah kumpulan yang dapat membina ayat tunggal dengan begitu menarik dan sungguh tidak terlintas difikiranku mereka bijak mengembangkan idea untuk berfikiran lebih kreatif. Hati kecil hanya mampu tersenyum bila mengingati ayat yang mereka bina. Ayat yang akan aku ingat sampai bila-bila.
" Tetikus digunakan untuk menggerakkan anak panah. "
Menyedari keunikkan ayat yang telah dibina itu. Aku hadiahkan mereka sesuatu sebagai merangsang minat murid dan menggalakkan murid lain untuk terus berusaha. Namun, sebagai seOrang guru, aku dapat mengesan ada beberapa Orang muridku yang agak kecewa dan jelas terpancar pada raut muka mereka. Aku cuba memOtivasikan mereka kembali, menaikkan semangat mereka semula. Saat itu juga, hati kecilku mula berkata itu lah sifat kanak-kanak. Aku juga penah sedemikian rupa.
Akhirnya aku dapat mengakhiri pengajaranku dengan baik mengikut masa yang telah ditetapkan. Sungguh aku masih belum berpuas hati, masih banyak benda yang perlu aku pelajari. Namun, dari satu sudut, aku sangat bersyukur kerana pensyarahku telah menjadi pemudah cara bagiku untuk membimbing ke arah menjadi guru yang lebih baik. Banyak idea menarik yang dikOngsikan bersama yang sememangnya aku perlukan disaat ketandusan idea. Syukur aku kehadrat-Nya kerana pensyarahku juga sudi membantuku untuk menjalankan actiOn research. Bersemangat aku seketika untuk menjalankan actiOn research. Memberi perhatian kepada actiOn research dan melupakan yang lain.
[ Gambar sekadar hiasan ]
P/s :: Kesalahan adalah guru terbaik untuk diri ke arah yang lebih baik. Semoga aku akan menjadi lebih baik. Insyaallah.
1 cOmments (",):
gud luck ye(^_^)
Post a Comment