Tuesday, December 9, 2014

[ Last but nOt least ]

Assalamualaikum.


Disangka paling gagah menongkah api dengan kaki
Hingga jatuh terhenyakkan pun masih mahu berjalan
Degil!

Tetap dirangkul jiwa paling hitam, menuju ke gaung dalam,
Lalu terperangkap dalam segenap ruang, ruang menyesakkan.

Suara dilaung tak kedegaran, sepi dalam hingar,
Tangis mengesak tak kelihatan, mimpi dalam sedar,

Dirasuk-rasuk tanda tanya. Diragut-ragut dengan kenapa.
Ditusuk-tusuk sama ragu. Namun jawapnya hanya satu.
Tuhanku.


Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Aku lihat sendiri banyak yang terbentang mata,
Andainya tidak pandai menghargai,
Jangan pelik suatu masa akan hilang semua.
Selagi Tuhan memberi mohOn dakap seeratnya.

Insyaallah, Insyaallah. Insyaallah.

Aku belajar erti redha, belajar erti tabah.
Aku belajar erti sabar, belajar erti kepayahan.
Aku belajar erti pengOrbanan dan belajar erti kesyukuran.



" When yOu have friends, dOn't expect yOur friend to fill yOur emptiness. When you get married, dOn't expect yOur spOuse to fullfill yOur every need. When yOu're an activist, don't put yOur hope in the result. When yOu're in trOuble don't depend On yourself. Don't depend On people. Depend On Allah " -------- Yasmin MOgahed.





P/s : Jalan ini jalan perjuangan. Perjuangan yang ada tujuan. Syurga biar cita-cita dan impian. Alhamdulillah. [ #Peristiwa ]. Masih perempuan biasa yang tidak akan pernah sempurna.