Saturday, April 12, 2014

[ Semalam ]

Assalamualaikum..



Waktu, terus saja berjalan.
Melewat dan melewati, dengan apa yang tertinggal di belakang.
Sedang lewatinya waktu, aku belajar tentang sesuatu.
Sesuatu, yang tak mati dalam ingatan, tak mungkin sama sekali.
Walau kau mahu menidakkan dan tak mempedulikan.
Semalam sebagai satu [ Keterikatan ] buatku.



Semalam sebagai satu kenangan.
Dan keterikatan aku terikat pada hari semalam.
Aku mahu mengingat semua kenangan, dengan senyuman.
Walau mungkin, ada kenangan-kenangan yang pernah menyesakkan.
Tak mengapa.
Kerana aku tahu, dengan kenangan,
Tuhan sedang mengajarkan.
Tuhan sedang menguatkan.
Tuhan sedang memberi aku merasa pengalaman.



Kenangan, aku simpan di sudut hati paling dalam.
Terlalu jauh dan tidak mungkin terselam.
Cuma ada waktu, aku kembali menyelami.
Mengulang semula kenangan. 
Lalu, mengingatnya satu per satu,
Tanpa membuat ada air mata terurai sesalan.
Kerana, aku pikir, ada antara kenangan itu, indah memorinya.
Untuk dilupakan dan kenangan takkan mungkin terhapus.
Walau terpaksa atau memaksa melupakannya.
Kerna itu adalah cerita, cerita hidup yang pernah dirasakan.


Cuma, jangan terlalu angkuh mendOngak ke langit hingga alpa pada semalam, 
Kerna ada kalanya perlu menOleh ke belakang,
Untuk menilai diri sendiri yang semalam,
Nah, sekarang aku sedar, perit untuk melawan diri yang semalam,
Aku tidak pernah bertarung dengan siapa-siapa.
Aku hanya melawan diri aku yang semalam.



[ Semalam yang membangkitkan aku untuk kuat seperti hari ini ]



[ Masih penuh dengan mimpi-mimpi dan impian. Yang sepertinya sama seperti semalam. 
Yang sederhana dengan senyuman yang menguatkan jiwa. MOga dipermudahkan segalanya. ]




Tuhan, yakini perempuan ini dia lebih tegar dari apa yang dia ffikirkan. Tuhan, yakni dia agar hatinya tak patah di persimpangan jalan. Dia cumalah seOrang perempuan biasa yang takkan pernah sempurna. Yang pernah punya sisi gelap dalam hidupnya. MOga masih dalam rahmat Tuhan hendaknya. Kepada Tuhan sahaja dia meminta mOga sampai ke pengakhirannya. Ameen Ya Rabbal'alameen.




P/s :: Terima kasih semalam. Semalam, seminggu, sebulan atau setahun yang telah menjadi hari semalam buatku. Semalam yang bertarikh 11 April 2014.

0 cOmments (",):