Tuesday, April 8, 2014

[ Keterikatan ]

Assalamualaikum..



[ Ikat. Terikat. Diikat. Ikatan. Keterikatan ]


Perjalanan hidup ini tidak pernah terlepas dari rasa keterikatan. Keterikatan kepada yang Maha Kuasa, manusia, sesOrang, sesuatu, benda atau apa sekalipun. Namun, aku bersyukur kerana rasa keterikatan ini yang membuat aku terus berpegang pada tali yang satu walau ada kalanya membuatkan hidup penuh dengan kecemasan dan kegelisahan hingga akhirnya membawa aku belajar untuk sentiasa menjadi hamba yang memperindah diri kearahNya.




'Keterikatan'. Iyaaa, aku sering dirundung perasaan ini. Kerap merasakan bahawa hati aku terikat pada tempat yang aku kunjungi. Aku jadi terngiang-ngiang bau udaranya, teringat-ingat wajah-wajah Orangnya, terbayang-bayang kabut dan damai suasananya. Mungkin lebih tepat, aku rindu saat-saat indah itu. Entah, sebenarnya adakah aku sahaja yang disesak dengan perasaan dan penyakit ini? Hingga terkadang aku sendiri tidak pernah faham dengan keadaan diri aku sendiri. KOmpleks bunyinya bukan? 



Aku bukan terikat pada tempat atau merasakan bahawa hati aku tertumpah pada tempat yang aku kunjungi. Macam yang aku kata, aku rindu saat-saat itu. Bila aku rindu, aku akan jadi teringat-ingat. Bila teringat-ingat, aku akan sebak. Hari-hari yang aku lalui, akan dihantui dengan rasa sebak. Iya, lagi kOmpleks bukan? Gila! Memang, pernah satu saat aku merasa diri sendiri sudah gila. Keterikatan dan merasa terikat ini adalah satu kegilaan. Dan yang penting aku tidak pernah minta untuk difahami.



Hinggalah akhirnya, aku mula mengerti kegilaan dan keterikatan ini atas dasar apa. Lalu, lantas aku letakkan kegembiraan atau kesedihan sesuatu keterikatan itu disandarkan pada Tuhan semata-mata. Walhal hakikatnya, aku sedang berperang dengan jiwa untuk kuatkan hati. Aku akan sentiasa mengemis-ngemis dengan Tuhan, "Kuatkan aku. Kuatkan aku. Kuatkan aku. Aku sebenarnya tak mampu." Namun, terkadang bila iman aku condong, aku terhenti pada titik tanya, "Kenapa aku jadi begini?" "Kenapa aku buat begini?" Dan kunci jawapannya semua tersimpan hikmah pada Tuhan. Aku cuba cari kekuatan dari dalam diri dan yakini setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.



*****
Perempuan gila, Perempuan gila-gila dan Perempuan Keras Kepala, 
Perempuan biasa, Perempuan hati luar biasa dan Perempuan Tak Sempurna.
Niadeanna.


 [ Kau bOleh menyandar pada seribu bahu kalau kau mahu, tapi kau memilih untuk yang satu itu,
yang paling dungu, yang buat kau bersandar sambil air mata jatuh bertalu dan hati kau pecah seribu ]




P/s :: Tuhan jagakan mereka yang aku kasih dan sayang.  Tuhan jagakan kamu buat diriku. Pasti dan ini yang membuat aku mampu terus tersenyum. MOga kau juga tersenyum sama bila mana mata terhenti baca pada nOktah terakhir. With lurve, Niadeanna.

0 cOmments (",):