Saturday, March 30, 2013

[ Berduri ]

Assalamualaikum.




"Cinta seringkali akan lari bila kita mencari, tetapi cinta jua seringkali dibiarkan pergi bila ia menghampiri."


" Kaulah tanda tanya, kau tiada titik noktah. "  

 
" Biar ku pujuk hati ini, merawat rinduku sendiri "

" Jauhnya cinta, jauhnya bahagia, Lelap gelita, kOsOngnya jiwa "



" Kadang-kadang, kita rasakan sesuatu benda itu tidak sempurna pada pandangan mata. Namun pada hakikatnya, ia terlalu sempurna apabila dinilai dengan kaca mata hati. "


 " Tiada apa yg lebih mujarab drpd sebuah senyuman. Kerana senyuman itu kadang2 lebih erat dari berjabat tangan. Senyum dapat menjadi penyejuk hati yg penuh amarah juga mencairkan suasana yg tegang."


" Kita tidak akan kenal bahagia sebelum melalui sengsara, tidak kenal erti cinta sebelum faham erti benci, tidak menghargai senyuman tanpa air mata pedih. "


" I dOnt need a perfect One, i just need sOmeOne whO can make me feel that i'm the want. "



P/s ::  Menanti diam dan terus begini. MOve On.

Saturday, March 23, 2013

[ Bahagia ]

Bismillahirahmanirrahim.


Bahagia.
Bahagia itu subjektif.
Aku masih mencari bahagia.
Aku dambakan kehidupan yang bahagia di dunia.
Aku juga turut dambakan kebahagiaan di akhirat sana.


Dengan dari izin-Nya,
Aku ingin merasai setiap saat kebahagiaan bersama mereka yang aku sayangi.
Kebahagiaan dalam menyelusuri perjalanan sebuah kehidupan saban hari.
Kebahagiaan yang bakal menjadi nadi kekuatan buat diriku terus gagah berdiri.


Lantas aku terfikir.
Sampai bila hidup harus begini? Tanda tanya yang tiada penghujungnya.
Dan dari situ aku mula sedar, dalam mencari kebahagiaan itu,
Saat-saat ini aku perlu isikan hidupku dengan-Nya terlebih dahulu.
Tempat untukku bermOhon agar diriku teguh segalanya.
Aku ingin menjadi seOrang wanita yang bahagia.
Membawa mimpiku ke alam yang nyata.
Dan mungkin bahagia itu akan hadir ...



[ One day. InshaAllah  ]





I dOnt need a perfect One, i just need sOmeOne whO can make me feel that i'm the want. It will make me feel part Of true happiness.  



P/s : Aku pilih bahagia. Bahagiakan aku. *Bibir ingin meluah untuk berbicara, tp knp selalunya hanya air mata terdahulu bersuara. Mungkin ini muzik dari jiwa, lagu dari hati yang merintih untuk dimengerti.

Thursday, March 7, 2013

[ Harus Terpisah ]

Bissmilahirahmanirrahim.



[ Memandang Awan ]

[ Sumber : En Gugel ]



Sendiri, sendiri ku diam, diam dan merenung
Merenungkan jalan yang kan membawaku pergi 
Pergi tuk menjauh, menjauh darimu
Darimu yang mulai berhenti 
Berhenti mencuba, mencuba bertahan 
Bertahan untuk terus bersamaku


Ku berlari kau terdiam 
Ku menangis kau tersenyum
Ku berduka kau bahagia 
Ku pergi kau kembali
Ku cuba meraih mimpi 
Kau cuba untuk hentikan mimpi 
Memang kita takkan menyatu


Bayangkan.. bayangkan ku hilang, hilang tak kembali 
Kembali untuk mempertanyakan lagi cinta
Cintamu yang mungkin, mungkin tak bererti 
Bererti untuk ku rindukan


Ini harusnya kita cuba saling melupakan 
Lupakan, lupakan kita pernah saling bersama


Saturday, March 2, 2013

[ Because she is Diana ]

Assalamualaikum.


" Kadang-kadang, kita rasakan sesuatu benda itu tidak sempurna pada pandangan mata. Namun pada hakikatnya, ia terlalu sempurna apabila dinilai dengan kaca mata hati. "


Kisah [ Orang Kecil ]. Kenapa aku lebih rela berdiam diri dari bersuara. Kenapa aku memilih untuk membiarkan saja, Kenapa aku memilih untuk menyepi. Kenapa aku mengasingkan diri. Kenapa aku lebih sanggup memendam rasa dari berkOngsi. Kenapa aku memilih untuk menanggung sendiri. Kenapa aku lebih pentingkan nasib Orang lain dari nasib diri aku sendiri. Kenapa aku pilih untuk hanya untuk berserah kepadaNya. Kenapa dan kenapa.



Tidak cukup dengan itu, kenapa aku terlalu mudah mempunyai perasaan kasihan terhadap Orang lain.  Kenapa aku terlalu mudah mempercayai setiap kata-kata. Kenapa aku terlalu cepat suka membantu. Kenapa aku sukar untuk  membantah. Kenapa aku sukar untuk menOlak. Kenapa aku selalu mahu menjaga hati Orang lain sedangkan hati aku tidak siapa yang peduli. Kenapa aku mempunyai sekeping hati yang terlalu lembut. Kenapa dan kenapa.


Aku berfikir lagi, kenapa aku masih mampu bersabar atas apa yang telah berlaku. Kenapa aku sukar untuk berterus terang. Kenapa aku sanggup membiarkan Orang lain merendah aku. Kenapa aku dengan mudah akan memaafkan saja apa yang berlaku. Kenapa aku perlu tabah untuk hadapi semua ini. Kenapa. Ku persOalkan lagi. Kenapa. Ku pertikaikan lagi. Kenapa. Namun hanya satu jawapan yg mampu ku  berikan. 


[ Because she is Diana ]
















" Dan apabila aku sakit Dialah yang menyembuhkannya "
Surah As-Syura Ayat 80



This is reflectiOn tO me. Sesungguhnya yang baik datang dari Allah s.w.t dan yang buruk itu datang dari diri saya sendiri. Seandainya ada sifat yang baik, kekalkan dalam dirimu Diana. Namun seandainya ada sifat yang buruk berusahalah untuk menjauhinya. Selagi aku mampu, semOga aku mampu, walau [ Hati Yang Tercedera ]. Aku bermOhOn agar aku mampu menjalani perjalanan yang penuh berliku ini. Redhakan aku dengan setiap ketentuanMu, ikhlaskan diriku. Sesungguhnya aku tiada yang sempurna. Aku hanya insan biasa yang penuh dgn kekurangan.


P/s :: After Allah, nO one can understand me, except yOu "MelOdy frOm my sOul". I'll cOnfide tO yOu.