Bissmillahhirrahmanirrahim,
Mengenal jiwa
Mengenal diri sendiri tidak sukar
Mengenal jiwa itu yang nyata sukar
Diri sendiri dan jiwa dua perkara berbeza
Sama seperti jasmani dan rohani
Jiwa dan raga, zahir dan batin
Itu bezanya, rasanya yang berbeza
Entah bagaimana sisi aku pada semua, layakkah aku?
Perit mana rasa yang menusuk, tetap aku selamanya hamba,
Kekal merendah jiwa, pada Tuhanku sujud menunduk,
Tadah tangan tutup muka, dOa dalam setiap sujud,
Biarkan jiwaku pulang merindu Tuhan
Aku akan terus berjalan di jalan ini, jalan rasa
Engkau pula berjalan pada jalan yang nyata
Jalan kita berbeza, manakah benarnya?
Jalan engkau atau aku, jalan nyata atau jalan rasa?
Kedua-duanya benar, kerna perlu kedua-duanya
Dengan itu, engkau aku dapat mengenal
Engkau aku yang selama ini saling terahsia.
Berjalanlah engkau pada jalanmu dan aku pada jalanku,
DOakan untuk dipertemukan agar dapat berjalan sejalan,
Namun, jangan pernah sekali pun jalan ini engkau aku dilupakan.
[ Its yOur rOad, and yours alone, Others may walk it for you, but no one can walk it for you"
P/s :: Doakan aku biar menang kalahkan jahiliyyah dalam diri. Dengan rela hati niatku kerana Illahi. Rabbiryassirwalatuaasir.
0 cOmments (",):
Post a Comment