Alhamdulillah! huh! bOleyh menarik nafas lega..
e2 jer perkataan yg bOleyh dilafazkan..
nape? xpercaya? nk bukti?
bOleyh.. meh nk kasi bukti..
.
.
.
:: Utusan Malaysia Online 27/01/2011 ::IPOH 27 Jan. - Kesemua 1,950 graduan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) boleh menarik nafas lega apabila Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) meluluskan akreditasi bagi kesemua kursus pengajian mereka sekali gus melayakkan mereka untuk menjalankan tugas sebagai guru.
Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong (gambar) berkata, pihaknya telah menerima surat akreditasi itu semalam dan Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) pula akan memaklumkan perkara tersebut kepada Jabatan Pelajaran Negeri.
"Akhirnya, MQA telah memberikan akreditasi kepada semua kursus PISMP dan graduan dijangka mula mengajar di sekolah yang ditetapkan pada 7 Februari ini.
"Namun, bagi memudahkan graduan PISMP, saya telah mengarahkan pegawai untuk memasukkan maklumat di laman web Kementerian Pelajaran supaya mereka boleh menyemaknya pada esok hari," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.
Isu mengenai akreditasi kursus graduan PISMP timbul apabila lebih 1,950 graduan berkenaan yang menamatkan pengajian November lalu tidak layak untuk menjadi guru.
Ini ekoran keengganan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran mengiktiraf kelayakan mereka berikutan kursus tersebut masih belum mendapat pengiktirafan MQA.
Kementerian Pelajaran dalam satu kenyataan sebelum ini memberitahu bahawa proses mendapatkan pengiktirafan daripada MQA dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah dilakukan dan masih menunggu keputusan kedua-dua agensi serta jabatan tersebut.
Ka Siong berkata, graduan PISMP boleh mengetahui lokasi negeri di mana mereka akan mengajar melalui laman web Kementerian Pelajaran.
"Jabatan Pelajaran Negeri pula akan memaklumkan nama sekolah untuk mereka melaporkan diri, seawal-awalnya pada Selasa depan," katanya.
.
.
hah! amacam.. kalO b4 nieyh seninOr2 i mesty rungsing..
tp skunk dh bOleyh menarik nafas lega.. senyum lebar2.. luas2..
sO.. skunk xyh nk jd penganggur terhOrmat lg eyh..
selamat bekerja lah pulak n brtugas sbg chegu lah plak..
nnty dapat gaji jgn lupa blnje i.. haha..
Ouke.. bubbye!