Sunday, October 26, 2014

[ Salam Maal Hijrah 1436 ]

Assalamualaikum.


Hye! Alhamdulillah dengan izinNya melangkah juga kita  ke bulan Muharam iaitu bulan pertama dalam perkiraan kalender Hijrah. Sebelum tu kite nk ucapkan Selamat tahun baru dan Salam Maal Hijrah 1436. SemOga dengan kehadiran tahun baru ini kite semua akan sentiasa diberkati Olehnya. Insyaallah. Ouke, kasi thrOwback ciked, teringat plak zaman sekOlah rendah,*eyh skunk pOm di sekOlah rendah jugak. Huhu. Xde la ekceli bila awal Muharram jee, mesty kita dah familia dengan nyanyian lagu nie " Satu Muharam detik permulaan, perkiraan tahun Islam hijrah, Perpindahan Nabi dan umat Islam, dari Kota Makkah ke Kota Madinah" *eyh, nyanyi ke tuuu? Ngee. Apa pOm nak highlight kat sini wOrd #satu Muharram detik permulaan dan #hijrah.


[ #Satu Muharam detik permulaan. ]

 [ Mengapa aku berada disini, isi hatiku hanya kau yang tahu, bicaraku seOrang diri, aku redha. *** Life is a wOndeful jOurney ]



































Ouke, sempena tahun baru, detik permulaan yang baru, dengan nafas yang baru ingin aku perbaharui niat. Niatku untuk menjadi seOrang hambaMu yang lebih baik, seOrang anak yang baik, perempuan yang baik, guru yang baik dan segala-galanya yang dapat membuat diriku berhijrah dari buruk kepada baik, baik kepada lebih baik dan lebih baik kepada terbaik. Insyaallah. Semagat baru untuk kau Diana! Tiap apa yang mematah tegak. Tiap yang menOlak. Tiap yang memijak henyak. Biar dibelakang. Biar masih dengan pendirianku "Bukan jatuh yang penting tapi kebangkitan selepas itu". Aku belajar sesuatu dari apa yang berlaku. Aku bOleh. MOga Tuhan kuatkan dan tabahkan hatiku ini.



Aceceh! Lagak je lebih kau Diana! *kutuk diri sendiri.  Jatuh jee menagis. Chill la! *Habis tu kalau tak menangis nk buat apa, kena faham Org sentimental mmg mcm nie. Huhu. Menagis untuk jadi lebih kuat. Biar lelah tak terkata, kOnflik jiwa hanya aku yang rasa. Lagak tabah pada semua walhal sedang berperang berlawan dengan diri sendiri yang pastinya. Huh! Tapi dari satu sudut masih aku punya baki pOsitifnya. Ya, aku pasti! Moga dengan tulisan-tulisan ini dapat menguatkan aura pOsitif aku yang baru-baru ini telah berkecai menjadi serpih-serpih kaca yang berderai. [ First Posting ] benar-benar mengajar aku mengenal erti hidup, mengajar aku menjadi seorang yang sederhana dan yang penting aku belajar bersabar, belajar erti redha, belajar mensyukuri nikmat pemberianNya. Syukur. Terima kasih kepada yang Terkasih atas segala kasih sayangMu kepadaku. :')




P/s :: Dedicate tO sOmeOne Out there, "Selamat Tahun Baru dan Selamat memperbaharui niat. Rabbir yassir wala tuassir. Rabbi tammim bilkhair. :)

Tuesday, October 7, 2014

[ Pelik ]

Assalamualaikum w.b.t.
Bissmillahirrahmanirrahim..



Pelik.
Kau lihat aku.
Kau rasa aku pelik?
Kalau kau rasa aku biasa,
Hakikatnya aku hanya lagak biasa.


Kau nampak aku teguh berdiri.
Yang rasa sukarnya aku sendiri.
Satu kaki di wilayah fizik
Dan lagi satu di kerajaan mistik.
Mana mungkin punya titik bertemu.


Sepi sendiri, aku terrmenung,
Tak mampu menghayun langkah kaki,
Andai punya sayap ingin aku terbang pergi.
Tapi aku masih sedang berkira.
Satu suara memaksa pergi.
Dan satu lagi memujuk mari.
Aku??



[ ..... ]


Entah bagaimana mahu menulis untuk rungkaikan segala yang tersumbat di  dalam jiwa. Entah mengapa juga jiwa terasa begitu kOsong. Apakah diri ini berada pada jalan yang benar? Semacam semuanya mimpi dan aku masih tidak lagi bangun sedarkan diri. Entah terasa masih terkurung dalam satu ruang. Entah kan ruang masa, entahkan ruang udara atau entahkan juga ruang tempat. Dimana aku selayaknya? Kompleks bunyinya bukan. Pelik! Jiwa meronta-ronta mahu keluar. Tetapi aku tidak tahu dari apa dan kepada apa.


Jiwa sepertinya terasa sakit, luka yang darahnya tidak memercik keluar, hanya mengalir perit di celah-celah susuk diri. Apa sebenarnya yang aku sedang lalui? Masih lagi aku mahu persOalkan kepada Tuhan. Ya, masih sebab saat aku ligat berfikir dan akhirnya terhenti pada titik tanya kenapa? Kenapa? Kenapa? Pelik dengan semua. Pelik dengan segala. Aku tiada jawapan. Saat ini hanya mampu mencari kekuatan dari dalam dan yakini setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Ahh!Siyes aku fed up menulis saat emOsi mula kuasi diri. Sbb aku gagal mengawal segala! Noktahkan saja.



P/s :: Perempuan biasa yang tak pernah akan sempurna. Masih gagah mencari Tuhan semula setelah hilang arah tuju. Gagah mengutip kembali serpih-serpih jiwa yang berkecai. Gagah untuk tidak lagi memikirkan duka-duka sendiri. Tawakkal Alallah.  :')