Saturday, September 29, 2012

[ RIndu :'( ]

Assalamualaikum.



Tatkala sedang sibuk menyiapkan assignment, action research, prosiding dan persiapan untuk viva...



[ MC terakhir barangkali. ]







Mummy!
 :'(






P/s :: 37 days tO gO...

Thursday, September 27, 2012

[ Teman Penganti ]

Ketawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita
Mati pun bersama


Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka

Beberapa purnama dulu cinta bertahta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gulana-gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah


Rahsia ini
Telah lama ku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Ku ceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti


Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami


Setia mendengar, sentiasa hadir
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir
Tiba pagi Syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus ku singkap
Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang ku puja
Kau teristimewa tapi dia yang sempurna




[ Gambar Sekadar Hiasan ]


P/s : ...............................................................

Tuesday, September 25, 2012

[ Adakah nakal? ]

Assalamualaikum.




[ Redha Itu Ikhlas, Pasrah Itu Menyerah ]






 P/s : 40 days tO gO...

Friday, September 21, 2012

[ Dedikasi ]



DEDIKASI

“Hadiah Atas Sebuah Perjalanan Mencari Ilmu”


Buat Ayahada dan Bonda yang tercinta
Tn.Hj Abu Bakar Bin Hj Mat dan Pn. Hj Fatimah Binti Abdullah.
 Pengorbanan kalian sentiasa tersemat dalam sanubari dan menjadi pembakar semangatku untuk terus berjuang. Karya ini adalah hadiah atas sebuah pengorbanan  yang kalian telah berikan.  Namun, ini bukan yang pertama dan bukan jua yang terakhir. Perjalananku masih panjang. Restumu kudambakan.


Buat Kekanda dan seluruh keluarga yang disayangi
Kalian sentiasa berada dihati. Kasih sayang yang dicurahkan sentiasa menjadi pemankin semangat buatku. Terima kasih di atas kesudian menjadi pendorong setia, nasihat yang diberikan serta iringan doa dan harapan di sepanjang perjalanan ini..


Buat Pensyarah IPG Kampus Kota Bharu
Jasa kalian tidak mampuku balas. Hanya Allah yang mampu membalas segala jasa dan bakti yang telah dicurahkan. Jutaaan terima kasih atas setiap saat yang telah diluangkan untuk  mendidik diriku di sepanjang perjalanan menagih ilmu dari kalian.


Buat rakan-rakan seperjuangan
Hadiah atas segala sokongan, dorongan dan doa untuk terus tabah menghadapai perjuangan ini. Semoga pahit getir, suka duka yang kita lalui bersama menjadi kenangan terindah dalam hayat ini. Semoga Allah panjangkan nilai persahabatan yang sedia terjalin. Lakaran hidup di sepanjang perjalanan kita bersama tidak akan dilupakan. Semoga kejayaan menjadi milik kita bersama.



 P/s :: 49 day to go.....

Wednesday, September 12, 2012

[ Penghargaan Istimewa Ku Berikan ]



PENGHARGAAN 

Alhamdulillah, bersyukur saya kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia-Nya, dapat saya menyiapkan Laporan Projek Ijazah Sarjana Muda Perguruan ini dengan ilham, kurnia dan petunjuk yang dianugerahkan oleh-Nya.


Seinfiniti penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Tn. Hj Salimie Bin A.B Rahman selaku penyelia bagi projek ini. Beliau telah banyak membantu, membimbing dan menjadi pemudah cara di sepanjang proses menyiapkan kajian ini. Tanpa tunjuk ajar yang jitu dan padu daripada beliau, mana mungkin saya dapat menyiapkan kajian ini dengan sempurna. 


Penghargaan khas ditujukan buat ayahanda dan bonda tercinta iaitu Tn. Hj Abu Bakar Bin Hj Mat dan Pn. Hjh Fatimah Binti Abdullah atas jasa yang tidak terhingga dalam mendidik dan mengasuh saya sejak dari kecil hingga ke hari ini agar dapat menjadi diri saya yang terbaik. Buat kekanda tercinta terima kasih yang tidak terhingga atas segala dorongan, nasihat dan kasih sayang yang dicurahkan dengan penuh keikhlasan.


Tidak dilupakan juga buat guru-guru dan para pensyarah yang mendidik sejak dari awal persekolahan sehingga sekarang yang sentiasa memberi contoh teladan terbaik. Sekalung penghargaan turut diberikan kepada rakan-rakan seperjuangan yang banyak memberi sokongan dan idea-idea yang bernas tatakala berada dalam ketandusan idea. Terima kasih atas segala pertolongan yang diberikan dan saya sangat hargai. Begitu juga penghargaan diberikan kepada murid-murid yang terlibat dalam  tugasan projek ini, kerjasama yang diberikan sangat dihargai.


Akhir sekali, semoga Allah S.W.T  memberikan ganjaran pahala yang besar kepada mereka semua yang terlibat secara langsung atau tidak kerana sanggup berkorban meluangkan masa bersama saya dalam menyiapkan projek ini. Amin. Sekian, terima kasih. Wasssalam. 



 P/s ::  Bila buat part nie utk tesis mmg rasa tOuching sgt. Meaningful :'(